Sunday 23 October 2022

MR.A BALIK KAMPUNG - 20.10.2022 (KHAMIS) & BARANG-BARANG UNTUK BAWA KE PAKISTAN

Memang Mr.A terkejut tengok aku datang (malam semalam) sebab hari tu memang aku tak ada mesej atau telefon dia. Balik kerja terus tengok aku datang kan! Kau jangan main-main dengan aku. Ini Rehan tau! Keturunan Pakistan juga ni!

Dia nampak aku menyorok...lama tau aku menyorok dekat situ. Lepas tu ada sesi curhat antara kita orang dua orang. Dia duduk dekat kerusi dan aku duduk dekat penjuru katil. Bila dia cakap aku tunduk je sambil kuis-kuis kaki aku dekat lantai. Bila dia cakap aku pandang muka dia sekejap sahaja dan lepas tu aku tunduk balik sampai dia cakap, "pandang sini". Aku pandang tapi tunduk balik sebab tak boleh nak tengok mata dia.

Lama jugalah sesi perbincangannya dan memang nampak muka dia lain. Muka orang marah sebab perempuan dia (dia orang kan tak boleh tengok makwe dia ke bini dia ke cakap ke chat ke keluar apatah lagi dengan lelaki lain). Memang kena dengan dia sahaja! Muka orang tak puas hati sebab aku buat hal. Oh, kalau dia buat hal boleh pula! Aku buat tak boleh!

Bincang punya bincang, entah macam mana aku boleh duduk dekat dengan dia pula...dia dok kat kerusi lagi lah. Lepas tu nak tengok pula telefon aku. Dia cakap, "Ini sudah terbalik. Dulu you tengok telefon saya, sekarang saya tengok telefon you." Dia pula tahun pattern telefon aku dan dia buka WA aku dulu. Aku cakap aku dah buang semua chat dan nombor yang aku pernah chat tu (ada 3 nombor je pun!) dan lepas tu dia tengok pula dekat Messenger (kat sini yang kantoi tu!) 

Dia tanya mana mesej ____? Aku cakap aku dah delete lah. Dia scroll juga dan ternampak Messenger Abang Saifol Anuar (bekas pemandu JPB dan dah pencen pun). Aku duduk je dekat dia sebab takut dia delete Messenger dia dengan aku. Dia baca mesej aku dengan Abang Saifol dan Abang Saifol pula minta nombor telefon aku. Mr.A  tanya apahal dia minta you punya nombor. Aku kena terangkan dekat dia yang itu bekas pemandu department lama saya dan dia dah tualah. Dia baru pencen. Telefon dia rosak dan hilang semua nombor dan sekarang dia nak minta nombor telefon saya. 

Dahlah dia dah block aku dekat FB. Bila aku jengah dekat dia nak tengok dia buka Messenger siapa dia tegur aku, "You kenapa tengok ini macam, saya mau tengok saja." Aku cakap saya pun tengok juga nanti you delete you punya Messenger. You jangan delete eh macam hari tu, biarkan." Dia cakap saya tak delete

Setelah sesi melihat telefon berakhir, dia cakap dengan aku jangan buat lagi macam tu. Saya tak boleh tahan tahu (marah lah tu). Tadi pun dua tiga kali juga dia dah cakap macam tu yang dia tak boleh tahan bila dia dapat tahu aku buat macam tu. Masa mula-mula tadi aku ada cakap you pun pernah buat juga kan. Dia jawab, "So sekarang you nak balas lah. Aku jawab bukanlah nak balas tapi sekarang seri lah. You pun buat salah dan saya pun buat salah. Dia diam sahaja.

Lepas tu dia suruh aku janji jangan buat lagi. Aku pun ikut lah cakap dia...janji tak buat lagi. Lepas tu dia suruh pula cakap Demi Allah dan aku pun ikut. Eh, dia tak nak! Dia nak aku cakap ayat penuh, "Demi Allah, saya janji tak buat lagi". Dah macam budak-budak lah dia ni!

Aku pun ikutlah cakap dia dan cakap yang macam mana yang dia nak. Baharulah dia okay dan jadi macam biasa. Muka dia pun dah tak ada masa mula-mula tadi, marah dan lain daripada selalu. Aku tengok pun takut, mana tahu tiba-tiba dia naik angin ke tengking aku ke kan! Alhamdulillah dia tak macam tu.

Bila dah okay tu dia tanya nak tengok tak barang-barang yang dia beli tadi untuk bawa balik kampung. Barang tu ada kat luar dan kawan-kawan dia tengah tolong dia kemaskan bagasi dia. Dia tak pandai nak kemas! Sabar je lah! Itu pun nak minta tolong kawan datang rumah kemas kan. 

Patutlah tadi aku ingat dia yang balik rumah tapi bila tunggu dia tak masuk bilik dan dengar bukan suara dia, aku tahulah yang itu suara kawan dia. Dekat pukul 10 lebih baharu dia balik dengan sepupu dia tu. Bayangkan berapa lama aku duduk dalam bilik dengan tak buka lampu dan kipas sebab kalau aku buka kipas nanti kawan dia ingat siapa yang ada dalam bilik tu kan? Sudahlah bilik dia tu tak boleh kunci dari dalam lagi bahaya kan kalau dia orang tahu kan. Mesti terkejut beruk kan!

Aku cakap tak apalah biar dia orang kemas, esok pagi pun boleh tengok kan dan dia cakap ya boleh!

KAWAN DIA TOLONG KEMAS - ORANG LELAKI KEMAS TAK SAMA DENGAN AKU KEMAS!

MAK DATUK, NI KES MAIN SUMBAT JE AKU RASA! ASAL MUAT DAN BOLEH TUTUP BAGASI TU KIRA OKAY

BELI UNTUK AYAH DIA UNTUK MUSIN SEJUK NANTI - BERAT 8KG KAU!

DIA BAWA BILIK UNTUK AKU TENGOK...HIHI

LAGI SATU BAGAI YANG MASIH KOSONG. KOSONG SIKIT DAN BANYAK BARANG LAGI YANG DIA NAK ISI, MAKANAN UNTUK NANI DIA, BAJU DIA PUN TAK ISI LAGI DAN ADA T-SHIRT DIA TAK BELI LAGI PUN!

BEG PINK TU SEPUPU DIA KIRIM BARANG

TOTO- BELI DEKAT MYDIN



WARNA KESUKAAN AKU - UNGU!

DIA TAK SUKA KOREA (AKU KAN SUKA TENGOK KOREA DAN DIA BENGANG JE TERUTAMA BILA AKU LETAK DP WA AKU GAMBAR PELAKON LELAKI KOREA). DIA TERPAKSA TERIMA YANG AKU SUKA DENGAN KOREA. AKU PERNAH AJAK DIA PERGI KOREA, DIA CAKAP TAK NAK....HAHAHA


KAWAN DIA LETAK CAWAN DALM SELIMUT TEBAL NI - UNTUK ANAK BUAH DIA BIAR DIA ORANG ADA MUG MASING-MASING




ADA JUGA  SEJADAH YANG TEBAL BIAR TAK SAKIT LUTUT KATANYA. BILA DAH TAK MUAT DIA SIAP SURUH AKU AMBIL SATU. AKU CUBA MUATKAN JUGA - ADA 5 HELAI

TENGOK AKU KEMAS - CANTIK JE KAN! DIA TENGOK SAJA AKU KEMAS DAN LEPAS TU DIA BIARKAN AKU BUAT SENDIRI


DIA BERITAHU YANG KUCING BUNTING TU DA BERANAK JADI AKU PERGI TENGOK - DIA ORANG DAH PERGI KERJA. NAK BALIK KAMPUNG PUN PERGI KERJA LAGI!







LOSYEN DAN SYAMPU - BANYAK KAN!


NI BARANG DARIPADA BEG SEPUPU DIA UNTUK ANAK-ANAK DIA

AKU TOLONG KEMASKAN BALIK SEBAB BEG DIA KEBUNG SANGAT

BARANG SEPUPU DIA JUGA UNTUK KAMPUNG, ADA TELEFON JUGA

MR.A PUN ADA BELI COKLAT NI DAN SATU LAGI JENIS COKLAT

AKU DAH TOLONG KEMASKAN -  DAH 7.21 MALAM MASA NI DAN DIA ORANG BELUM BALIK LAGI

BEGA GALAS BAHARU MR.A, PEMBALUT PLASTIK UNTUK BALUT BAGASI DAN BEG SELIMUT TU NANTI

AKU SIAP TOLONG BASUHKAN TONG SAMPA DIA ORANG, BIARKAN KERING SEBULM LETAK BEG PLASTIK SAMPAH. BEG PLASTIK TU PUN AKU YANG BELI SEBAB DIA ORANG TAK ADA MASA NAK PERGI BELI.

MESIN BASUH DIA TAK BOLEH PAKAI PULA, DAH BERAPA KALI AKU CUBA TAK NAK JUGA SUDAHNYA AKU BASUH GUNA TANGAN SAHAJA DAN JEMUR KAT SINI. AKU BASUHKAN JUGA SELUAR KOTAK-KOTAK MR.A PUNYA SEBAB DIA NAK BAWA BALIK KAMPUNG NANTI. PAK CIK DIA MARAH KALAU DIA PAKAI SELUAR TIGA SUKU MACAM YANG DIA PAKAI DEKAT SINI. ORANG KAMPUNG DIA CAKAP ORANG NEPAL SEBAB ADA ORANG NEPAL YANG KERJA DI DUBAI PAKAI MACAM TU. TAK TAHULAH KENAPA DIA ORANG PANGGIL MACAM TU.

CAPATI TAPI DALAM DIA ADA ISI KENTANG, BAWANG DAN CILI - SEDAP JUGA. SEPUPU DIA DIA MASAK.AKU DUDUK DALAM BILIK SAHAJA MACAM MEM. AKU KAN MEM DALAM RUMAH TU....HAHAHAHA

DORANG LUPA BELI KERTAS COKLAT YANG BUNGKUS MAKANAN (MACAM PEMBALUT NASI KERABU TU), KERTAS SURAT KHABAR YANG AKU BAWA MR.A BUAT PEMBALUT CAPATI YANG TAK HABIS. AKU CAKAP KAT KERTAS TU ADA KARBON LAH DAN DIA CAKAP BUAT BALUT SAHAJA. AKU NAKA CAKAP APA LAGI...DIAM SAHAJA LAH


 

No comments: