Wednesday 26 October 2022

MR.A BALIK KAMPUNG - 21.10.2022 - JUMAAT (BHGN 1) - CINCIN

Aku ajak dia pergi beli barang untuk dia mana yang tak cukup lagi, dia cakap esok. Semalam cakap hari ni, hari ni cakap esok, esok cakap apa pula. Dia kata dia pergi shave dekat kedai Pakistan dan jumpa kawan sekejap.

Lepas tu cakap shave tu pergilah esok, dah akhirnya dia pun ajaklah aku keluar. Da kata nak beli mainan untuk anak buah dia. Aku ajak dia pergi GM Klang dan dia okay sahaja. Jalam macam biasa sesak teruk sebab waktu orang balik kerja kan! Aku dah ajak awal pagi tak nak, tengah hari pun tak nak dan petang baharulah nak pergi. 

Mula-mula dia minta aku tolong ajar dia transfer online sebab kawan dia nak pinjam duit untuk sambutan Deepavali. Dia baik hati dan bagi pinjam dekat kawan dia sebab katana kawan dia tu selalu tolong dia juga. Aku tanya nanti kawan dia (Charles) tu bayar balik tak? Dia cakap bayar. Dah cakap macam tu okaylah kan tapi dia sendiri pun nak pakai duit sebab nak balik kampung kan.

Lepas tu pergi cari mainan dulu dan aku ada bagi cadangan mainan untuk anak buah yang lelaki dan perempuan dan lepas tu dia buat keputusanlah nak beli yang mana kan!

NAK BAYAR DAH - KALAU BELI 3 BARANG DAPAT HARGA BORONG (BOLEH CAMPUR BARANG)

MINTA CUBA DULU KERETA-KERETA MAINAN

BANYAK JUGA DIA BELI MAINAN UNTUK ANAK BUAH DIA DAN JUGA TAMBAHAN UNTUK BAGI KEPADA SAUDARA-MARA NANTI


DIA TAK TAHU AKU AMBIL GAMBAR NI





SAAT AKHIR DIA TAMBAH ANAK PATUNG YANG NI - MASA ADIK-ADIK KEDAI TU TENGAH LETAK BATERI DEKAT MAINAN YANG MR.A DAH PILIH TU



Lepas dah beli mainan, Mr.A tana aku tak nak beli baju ke? Dia cakap nanti cakap saya tak belikan ___ apa-apa. Dah memang betul pun sebab hadiah ulang tahun aku dari bulan Januari pun dia tak belikan lagi. Aku jeling dekat dia. Singgah juga kat satu kedai tapi tak ada yang aku berkenan dan aku ajak dia jalan-jalan dulu dan lepas tu lalu depan kedai emas. 

Dia berhenti dekat situ dan suruh aku pilih cincin! Aku kaget! Biar betul! Aku tana betul ke ni dan dia cakap ya! Pilih lah yang mana satu ___ suka. Tiba-tiba pula dia nak belikan aku cincin. Aku pun pilihlah beberapa bentuk cincin dan cuba. Mula-mula pakai saiz 15 tapi macam kecil pula dan tukar ke saiz 16 baharu okay sikit.

Lepas tu penjual tu tunjuk pula cincin emas yang beratnya dua gram. Aku pakai dan tunjuk dekat Mr.A dan dia cakap okay. Dia suruh aku pilih yang mana aku suka. Ada yang aku suka dan aku tanya pendapat dia. Pilih punya pilih dan aku tanya pendapat dia juga dan aku pilih cincin yang kita berdua suka. Dia bayar pakai kad (tak adalah bawa tunai banyakkan!)

Aku tak pakai terus dan lepas tu aku singgah belikan baju tidur untuk anak buah dia yang perempuan. Tak adil lah yang lelaki dapat dua  (sepasang dia beli dan sehelai dari aku) tapi yang perempuan cuma dapat daripada aku sahaja.  Lepas tu nak cari t-shirt untuk dia tapi dah ak sempat sebab GM dah nak tutup. 

Itulah, aku kan suruh keluar dari tadi tapi dia tak nak. Sekarang dah tak sempat. Nasib baik dah dapat barangan utama iaitu mainan untuk anak buah dia. Dalam perjalanan balik, kita orang lalu jalan ke rumah Mamu (masa pergi tadi Mr.A ada cakap kalau nak lalu boleh saja sebab tak jauh pun). Mr.A dah terlupa sebenarnya dan aku yang ingatkan. 

Tak jauh pun tapi disebabkan dah malam, hampir terlepas lorong ke rumah Mamu tu (ada tayar besar di awal lorong ke rumah Mamu) dan kebetulan masa kita orang lalu, kereta Mamu baharu nak keluar nak ke masjid dan dah tentu Mamu tak perasan aku dalam kereta tu. Kita orang cuma lalu dan rumah dua orang tu aku tak perasan dan dah terlepas pun. Rumah Mamu gelaps sahaja (Aisyah dan lain-lain belum balik lagi lah tu) dan lepas tu kita orang balik rumah.






HARGA CINCIN YANG DIBELI OLEH MR.A



DAH PAKAI SEKEJAP UNTUK AMBIL GAMBAR



ESOK BAHARU NAK PAKAI - MR.A YANG SARUNGKAN...HEHEHE

No comments: