Saturday 22 October 2022

MR.A BALIK KAMPUNG - 19.10.2022 (RABU) - DATANG MALAM DAN SESUATU BERLAKU KEPADA AKU!

BELI MASA HARI GAJI RM10 4 BOTOL (BOTOL KECIL JE PUN) - 3 UNTUK MR.A DAN 1 UNTUK AKU

BANYAK KAN BARANG AKU BAWA SEBAB MR.A NAK BALIK KAMPUNG - MASA AKU SAMPAI NI, DIA TAK BALIK KERJA LAGI.

Mesti dia terkejut tengok aku dah sampai sebab dia kan marah aku masa hari Isnin (17.10.2022) siap cakap dia nak chat aku lagi, tak nak jumpa aku lagi. Siap cakap suruh aku block dia dan kalau aku tak buat nanti dia yang block aku. Aku cerita pasal Mr.A dekat Kak Yam semalam dan dia suruh aku cuba telefon Mr.A. Aku dah tahu yang dia tak akan jawab punya dan Kak Yam suruh aku cuba juga makanya aku pun cuba. Aku siap tunjuk dengan Kak Yam lagi, ada bunyi tapi lepas tu dia decline!

Aku gelak! Aku beritahu Kak Yam, aku dah tahu yang dia tak akan jawab punya call aku. Dua kali aku telefon dia! Masa tu dia tak tahu yang aku dah buat keputusan nak pergi terjah dia memandangkan dia nak balik kampung dah kan. Tak nak lah ada rasa bersalah.

Sampai sana rumah dia gelap dan satu perjuangan sebenarnya untuk aku masuk rumah dia sebab dia dah sorok kan kunci yang selalu ada dekat situ. Tak nak bagi aku masuk ke apa! Puas aku cuba macam-macam cara sebab aku dah nak terkucil. Nasib baik rumah depan dia tu pun gelap. Kalau tidak dia orang ingat pencuci ke apa ada orang mundar-mandir kat luar rumah kan.

Dekat setengah jam aku berhempas pulas nak masuk dalam dan aku berserah sahaja kepada Allah masa nak buat kerja gila nak masuk rumah. Kalau aku terjatuh dalam gelap memang tercucuklah paku ke kayu kat badan aku yang comel ni. Aku terpaksa pinjam sesuatu kat rumah jiran dia (minta maaf jiran) dan masa aku tercari-cari apa benda yang aku boleh gunakan untuk masuk rumah dia, aku ternampak sesuatu yang boleh aku gunakan dan bila capai je, tap! Lampu belakang rumah terbuka, cepat-cepat aku pergi dari situ! Takut dia orang nampak pula.

Berpeluh-peluh kot aku nak masuk dan setengah jam lepas tu baharulah aku dapat masuk. Lepas simpan barang dalam peti ais ada makanan dan air tebu kan, terus aku pergi mandi sebelum dia orang balik. Dah mandi tu baharulah aku rasa lega. Lepas tu aku duduk dalam bilik buka kipas.

PLASTIK OREN - MAKANAN UNTUK NANI DIA, PLASTIK PINK CELORENG TU BAJU UNTUK ANAK BUAH DIA DAN BAJU MR.A DAN PLASTIK MERAH TU BARANG UNTUK RUMAH DIA - MACAM BINI DIA PULA!

AKU TUTUP LAMPU SEBAB TAK NAK DIA TAHU ADA ORANG DEKAT RUMAH

AKU GI MANDI DULU SEBELUM APA-APA TERJADI SEBAB DAH BERLENGAS DAH NI!

NAK PULANGKAN SEKALI DUIT YANG DIA PERNAH BAGI DEKAT AKU!


KONON NAK BUAT ADA ORANG TIDUR DEKAT ATAS KATIL....HAHAHA


NAIK GRAB PERGI SANA - PEMANDU NI ASYIK BERBORAK SAJA. ORANG SIKH. DIA CAKAP DIA TENGOK DULU KALAU CUSTOMER OKA DIA AKAN BORAK DAN KALAU TAK DIA TAK DE NAK BORAK, JADINYA DIA PUN BERBORAK LAH DENGAN AKU DI SEPANJANG JALAN.







AKU SAJA SNAP PERJALANAN NI SEBAB NAK TENGOK BETUL KE TIDAK SEBAB DAH BEBERAPA KALI PERGI KAN.

No comments: