Sunday 9 October 2022

MR.A - 8.10.2022 - MR.A BERTEMU MAK DAN ADIK SECARA RASMI

Lepas balik dari rumah Ain, kita orang singgah ke kedai mamak (padahal Mr.A tadi lepas sini) dan Mak dan Adik aku jumpa Mr.A secara rasmi lah. Ini kali ke-2 Adik sebab hari tu masa aku bagi barang dekat dia, dia dah jumpa dan cakap-cakap dengan Mr.A.

Kita orang order air sahaja (Mr.A dah makan tadi masa tunggu kita orang) dan mak aku order tose dan pekerja yang ambil order tu cakap Urdu dengan Mr.A. Kan ramai pekerja dari Pakistan dekat kedai-kedai mamak. Sebelum ni pun masa kita orang keluar berdua pun memang akan ada yang tanya kat Mr.A dia dari Pakistan ke? Pakistan dekat mana? 

Borak-borak pasal Mr.A, mak aku tanya gaji dia cukup ke nak kahwin dengan aku dan lepas tu nak hantar dekat kampung nanti, dia jawab Alhamdulillah cukup. Mak aku cakap jaga aku elok-elok sebab aku anak kesayangan Abah dan dia angguk sahaja. 

Mak aku siap cakap lagi  mak aku susah masa mengandungkan aku  (yang ni aku dah tahu tapi tak adalah mak cerita kat Mr.A - mak aku sakit gigi dan ibu mengandungkan tak boleh cabut gigi dan keluar cacing dari hidung lah, masa nak beranak tu seksanya sampai arwah Abah cakap lepas ni tak payah beranak lagi sebab kasihankan mak aku).

Dia dengar dan angguk sahaja bila Mak dan Adik aku cakap dan adalah dia respon kan. Adik aku siap cakap, "Tapi dia ni tak tahu masak tau!" Selamba dia 'bedal' aku dan Mr.A jawab, "Ya, saya tahu. Nanti saya juga yang masak." Dia cakap sambil pandang aku dan leas tu kita orang gelak. Masa mula-mula kenal pun aku dah beritahu yang aku tak panai memandu dan tak tahu masak. Dengan siapa aku chat pun aku akan beritahu perkara yang sama.

Dalam pada borak-borak tu, tiba-tiba Adik aku tertepis gelas teh ais dia dan habis kena kat aku. Kena sikit dekat kasut aku. Dia cakap dia nak halau binatang kat telingat dia dan tertepis pula gelas tu. Bukan main kita orang gelak....dan tak lama lepas tu datang pekerja (orang kampung Mr.A hahaha.... - orang Pakistan juga) datang dan tolong lapkan meja. Lepas tu datang pula seorang lagi siap bawa mop dan lapkan yang tumpah kat lantai.

Lepas tu Mak aku tanya bila nak kahwin. Hari tu ada bincang juga dengan Mr.A dan dia cakap 14 Jan 2023 masa ulang tahun kelahiran aku tapi hari tu hari Sabtu. Elok nikah pada hari Jumaat kan! Ni dia suruh aku percepatkan pula tarikh. Dia suruh aku tanya agen nak tarikh awal bulan Januari. 1,2,3hb dia cakap? Aku tanya balik, "Betul ke ni? Jangan nanti dah minta tarikh tak boleh pula." Dia cakap okay, nanti tanya minta awal Januari dan aku okay sahajalah.

Lepas dah borak tu, Adik aku pergi beli roti dan dalam pada tu dia pergi bayarkan minuman yang kita orang minum dan rtose yang mak makan tadi. Mr.A cakap dengan aku tak payah suruh Adik bayar (dia nak bayar) dan aku cakap dia nak order roti untuk dia kot. Rupa-rupaya memang betul Adik dah bayarkan...hehehe. 

Lepas tu kita orang balik dan aku minta Adik tolong ambil gambar dahulu sebelum balik tapi aku suruh Adik ambil kan gambar kita orang semua (berempat) dia tak ambik pun! Dah lah berdiri tengah jalan nak ambil gambar kita orang! Pekerja kat kedai mamak tu tengok sahaja kita orang. Mesti dia cakap Mr.A kahwin dengan orang sini.


















NI IKLAN YANG DAH TAK PAKAI, AKU MINTA TOLONG MR.A PASANGKAN DEKAT GRILL BAHAGIAN DAPUR SEBAB ORANG ATAS BOLEH NAMPAK AKU (KALAU LAGI TAK BERTUDUNG KAN!)

No comments: