Wednesday 23 February 2022

COVID-19 - KENALAN FB & INSTAGRAM (BHGN 5) - BENJAMIN, NELSON, THAQIF

BENJAMIN CHUNG
INTERIOR DESINGER & BUILDING CONTRACTOR DI LONDON / 40 TAHUN
TEL: 1 (414) 988-3520

NI MAKWE DIA, KATANYA MENINGGAL SEBAB COVID-19



Mula-mula chat dia tanya kenapa aku tak letak gambar sendiri kt profil WA. Lepas tu nak dengar suara aku pula, siap suruh aku buat 'voice record'. Yang peliknya aku pun buat....hahaha. Aku cuma cakap "Hi, I'm Ryhamz". Dia ni orang ketiga yang aku kenal dari IG selepas Yusuf & Nozir.

Dia kata dia orang Vietnam dan dulu tinggai di AS, sekarang tinggal di London. Dia tanya aku pernah cuba tak aplikasi 'online dating' dan aku cakaplah pernah (di FB tu kan!) dan aku beritahu ada yang menipu dan minta duit dari aku. Dia tanya kenapa dia orang minta duit? Aku cakaplah yang pasal nk bagi hadiah tu dan bila barang sampai, aku pula yang kena bayar. Dia boleh tanya kenapa aku tak nak bayar! Aku beritahu dia orang yang kirim hadiah tu dekat aku, jadi dia oranglah yang kena bayar. Lepas tu dia boleh cakap yang dia tahu semua pasal 'shipment' sebab dia ada terima barang dari luar negara.

Lepas tu tanya aku tak 'claim' ke barang tu? Tu barang aku lah. Aku cakaplah tak nak.

10.5.2021 - dia panggil aku 'Hey' - aku cakap jangan panggil aku macam tu.

Lepas tu tanya ciri-ciri lelaki yang aku cari. Nak Muslim ke? Lepas tu banyak borak pasal kerja, tengah buat apa, pukul berapa kat sana, dia ucap Eid Mubarak.

13.5.2021 - Aku beritahu tengah dok WA kawan-kawan. dia tanya bf ke? Aku cakaplah kawan je. Eh, dia cakap dia cemburu dan dia beritahu dia suka aku! Dan dia nak jadi lebih dari kawan! 'I want you to be my girlfriend". Makwe kau dulu punya lah cantik, sekarang kau cakap kau suka aku? Hey, kau ingat aku nak percaya ke! Dia cakap lagi, "You're a good woman every man would like to have"

"I'm not in a good mood. I misplaced my wallet...inside I've my MasterCard dan driver license and there's money inside. The money inside I needed to make use of it to pay my rent and buy food stuffs. I don't waht to do now".

Dia beritahu macam tu, ingat aku nak begi dia duit ke? Kwan-kawan kau kan ada, minta tolonglah dekat dia orang bukan dengan aku yang jauh ni! Kan!!!

20.5.2021 - Dia beritahu dua buat pelaburan bitcoin @ crypto trading. ku beriahu tu tak boleh dalam Islam, HARAM. Aku cakap lagi kalau buat juga berdosa. Dia boleh hantar emoji gelak & LOL! Dia kata tak berdosa pun nak buat pelaburan perniagaan. Ye, tapi kena tengok juga perniagaan tu macam mana aku cakap. Dia cakap ada je kawan dia yang Islam buat macam tu.

Lepas tu masuk bab agama pula.dia kata dalam Islam, lelaki boleh kahwin lebih dari 1, bagus ke? Dia cakap dalam agama dia (dia Kristian Katolik) berdosa kalau kahwin lebih dari satu. Dia tanya aku percaya Jesus tak? Dia cakap Jesus tu anak Tuhan. "We're the children of  God right? God is out  creator. So he's our father and we're his sons and daughters" 

23.5.2021 - Dia minta aku tolong dia buatkan akaun FB untuk dia. Dia nak guna untuk perniagaan dia. Dia minta tolong aku dan aku suruh dia yang buat sendiri. Dia nak aku juga yang tolong dia buat akaun FB tu. Lepas tu aku tak balas pun chat dia sampai dia yang chat aku balik, tanya kenapa aku senyap semalam (isu akaun FB tu).

Dia tanya aku boleh tolong dia ke tak...beryea-eya dia suruh aku tolong dia. Aku cakap aku cuba tapi tak janji (aku tak buat pun!).

7.6.2021 - 
I don't know if you can help me. I'm shy. It's embarassing. I'm having financial issues now. I can't access my MasterCard at the moment. I want to ask a loan from you please.
Aku cakaplah gaji kita orang akan dipotong selama 3 bulan (masa ni MCO) dan maaflah.
Can you help me with $300 I will pay you back by the next week.

Lepas tu aku tak balas mesej dia dan dia pun tak ada nak mesej-mesej aku. Suka aku konon! Kau nak duit aku je kan! Macam lah aku tak tahu! Lepas tu aku ada nampak akaun lain dia yang guna nama Aaron pula. Lantak kau lah!

MULA CHAT DI IG: 3.5.2021
MULA CHAT DI HP: 3.5.2021
AKHIR CHAT: 7.6.2021
PANGGILAN: DEAR
SEBAB: SURUH BUKA AKAUN FB & NAK PINJAM DUIT $300

****************************************************************************

NELSON
TEL: 1 (469) 249-2052






 DIA TANYA RUMAH MACAM NI KALAU DEKAT MALAYSIA BERAPA RM?



Mula-mula borak, tanya pasal hobi, karakter lelaki yang aku kerja aku macam mana, famili aku ok ke? dah makan ke belum? & borak biasa lah. Dia cakap, " I like a woman is caring, loving, honest, sincere, understanding, supportive in everything I do. Hopefully one day my dear but I am happy for us knowing more about ach other and I want us to keep constant communication always."  - Banyak kau punya always. Lepas tu cakap, "I like you dear".

Baru chat kau dah suka aku ke? Biar betul ni?

10.5.2021 - Always take care of  yourself for me and have a nice and lovely dreams. Lepas tu hantar lagi Westlife, I Lay My Love On You. Listen ti this music and remember me always dear.

9.6.2021 - I wish am there with you to keep you company dear. Always know am here for you and I care about you so much.

10.6.2021 - Dia hantar lagu lain pula. 
 Breathless by Shayne Ward

If our love was a fairy tale
I would charge in and rescue you
On a yacht, baby, we would sail
To an island where we'd say I do
And if we had babies they would look like you
It'd be so beautiful if that came true
You don't even know how very special you are
Tu antara lirik lagu tu.....hahaha. Bukan main lagi hantar lirik macam tu dekat aku yer... Siap cakap I miss you so much dear.

Lepas tu dia hantar gambar rumah (scroll kat atas ni) dan tanya berapa harga. Aku cakaplah dalam RM500k hingga RM 1 juta. Dia balas, "Okay dear because I want to know the price so I can know mu budget because I want to buy in your country so we can be close to each other, plan further and I want to do invesment and open a construction company my dear."

Aku - Oh, ok. You want come here.
Dia - Dear I know we just met but I am happ having you in my life and I take you dear to my heart.
Aku - Ok
Dia - You are such a nice lady and you have a kind heart dear.

Dia hantar lagu lagi lah! Kali ni lagu All of Me by Glee Cast pula dekat WA.

13.6.2021 - Dia beritahu aku dia kena  'out station' pagi ni untu temuduga. Ada kontrak yang dah lama dia nak. Ada 5 calon dan nak seorang sahaja. Aku pun cakaplah all the best for the interview. Dia jawab, " Thanks dear I will be happy to win this contract because is worth a lot of money si I can use the money to buy a better house in your country for us, invest and make you happy dear.

14.6.2021 - Aku hantar gambar aku tengah pakai inai kat dia. Lepas tu dia cakap, " I am going to do my contract in the offshore for two months in Afghanistan after the contract would like to visit you in your country to be with you and spend time with you and be happy.

15.6.2021 - Dia minta account details aku untuk dia masukkan duit dan aku belilah apa yang aku suka. Sebelum tu dia minta alamat macam mamat-mamat sebelum ni (Alfred & Ruhaan tu kan!). Aku cakaplah aku tak nak. Aku nak kawan je dengan dia, aku tak perlukan apa-apa pun dari dia. 
Dia cakap, "If you can not accept now then better you block me."
Aku - I don't want  to do that. You say you wanna make me happy always... (saja aku nak tengok dia jawab apa)
Dia -  That's why I bought gift for you why now rejecting it
Aku - That's not make me happy.

20.6.2021 - Dear I need your help right now with something. Can you help me with it. Aku dah agak mesti nak duit lah ni dan tekaan aku betul...dasar penipu!!!

21.6.2021 - "It just small money dear is just and I can't do it from here in United State Okay I want you to help me transfer only 2,000 to a lawyer account that is helping me process my document so that my contract can be officially approved in your country Malaysia." - Kau kata 2,000 tu small money!

"All I need is for you to help me transfer the 2,000 I will pay back to you later whne I come to Malaysia once this contract is approved. So once you help me transfer this my contract will be approved and I can come to Malaysia to stary my contract and also be close to you and when am done we can be together and spend time too. Are you going to help me dear?" 
Aku balas, AM so sorry...I can't help you
Why?

22.6.2021 -  Aku cakaplah 2,000 satu jumlah yang banyak. Dia cakap kalau macam tu tolong dia 1,000 nanti dia bayar balik. Dia cakap lagi, Please is urgent." Aku cuma balas Am so sorry. I can't help you.

Lepas tu tak ada mesej aku lagi. Dah tak dapat duit dari aku tak adalah dia nak mesej aku kan!

MULA CHAT DI FB: HUJUNG APRIL 2021
MULA CHAT DI HP: 29.4.2021
AKHIR CHAT: 22.6.2021
PANGGILAN: DEAR, HONEY, SWEETHEART, SAYANG, BABY
SEBAB: NAK BAGI HADIAH KEMUDIAN NAK MASUK KAN DUIT DALAM AKAUN AKU & NAK PINJAM DUIT 2,000 (TAK TAHU DALAM RM KE DOLLAR)

****************************************************************************

MOHAMMED THAQIF
PEMILIK RESTORAN DI USA 
DUDA ANAK SEORANG (ANAK BUJANG - HAKEEM)
TEL: 1 (413) 49-7724




KATANYA NI ISTERI DIA - WANITA THAILAND, NAMA BOONSRI DAN DAH MENINGGAL DUNIA


MASA TENGAH HANGAT ISU TANGMO NIDA, PELAKON THAILAND YANG DIBUNUH DAN DIPERANGKAP OLEH PENGURUS SENDIRI, K.YAM ADA BUKA YOUTUBE DAN AKU TERNAMPAK MUKA DIA NI. EH, DIA NI PELAKON THAILAND KE? ORANG GUNA GAMBAR DIA KE, AKU PUN TAK TAHU. KEBETULAN AKU TERNAMPAK MASA K.YAM TENGAH TENGOK TU....

NI AKAUN FB DIA

Dialah yang hantar sticker 'I Love You Sayang" kat aku...hehehe

23.5.2021 - dia cakap kat WA yang dia bermimpi dan mimpi dia tu macam ni, "I think we get married together and we go to the beach together. I really don't feel good enough to deserve somenone like you. You're breathtakingly beautiful, extremely, smart and so fun to be around. You're amazing." - mana  kau tahu aku amazing lah seronok dekat dengan aku lah...pandai-pandai je kan!

Aku ada tanya dia, dia ada rancangan nak balik Malaysia ke? Dia cakap ada.

"I want you to love me. Lepas tu aku tanya apa kemudian dia jawab, "Bcoz I already found you."

Dia cakap sebelum dia jumpa aku, dia tak faham macam mana rasa cintakan seseorang (habis tu kau tak cinta ke kat bini kau tu!). "I don't want to lose you to another man okay".

Dia ada telefon aku tapi aku tak angkat. Lepas tu dia ada cakap nak bagi barang dan macam biasa aku cakap yang aku tak nak hadiah dan sebarang pemberian daripada dia. Aku tolak dengan baik lah sebab dah ada pengalaman kan sebelum ni.

Lepas tu dia suruh aku tolong dia bukakan akaun FB untuk dia. Ni lagi seorang nak suruh aku pula yang buatkan. Kau boleh buat sendiri kan! Aku tak buat pun dan abaikan mesej dia je.

10.6.2021 - Kali terakhir dia mesej aku.

Lepas tu 18.11.2021 dia mesej aku balik dengan tiba-tiba. Dia boleh cakap yang anak dia ada belikan barang untuk aku dan anak dia nak sangat bagi barang tu dekat aku. Kau ingat aku nak percaya ke? Anak kau pun tak kenal aku, dan-dan tu beli barang banyak untuk aku. Dia siap hantar gambar penuh bonet kereta dengan beg-beg shopping dan bila aku cakap aku tak boleh terima hdiah tu langsung tak ada mesej aku lagi dah. Nampak sangat menipu kan!

MULA CHAT DI FB: MEI 2021
MULA CHAT DI HP: 20.5.2021
AKHIR CHAT: 10.6.2021 & 18.11.2021
PANGGILAN: DEAR, HONEY, SAYANG
SEBAB: SURUH AKU BUKA AKAUN FB UNTUK DIA & NAK BAGI HADIAH DEKAT AKU

No comments: