Thursday 24 February 2022

COVID-19 - KENALAN FB & INSTAGRAM (BHGN 6) - NICHOLAS AWANG, ADAMS GEORGE, RYAN DANIEL

NICHOLAS AWANG
43 TAHUN / PERTH, AUSTRALIA / DARI SARAWAK
TEL.: +1 (669) 258-4305 

Mula-mula dia mesej dulu dekat IG dan lepas tu aku tengok Ya (yang keje Molly Fantasy tu) 'kawan' dengan mamat ni kat IG. Aku pelik juga kenal dari mana dia orang ni kan! Masa aku chat dengan dia, aku juga mula chat dengan Mr.A yang aku kenal di FB Dating. Aku bukan playgirl yer tapi aku saja-saja chat sebab bukan semua orang yang kita kenal tu elok perangainya kan!

3.7.2021 - Dia tanya aku Malay ke Indo? - Jawab Malaysian
Cakap aku nampak macam Indian Malaysia - No...maybe like Penang girls.
Aku tanya dia Muslim ke sebab nama dia ada Awang & dia cakap dia bukan Muslim
Tanya aku dah kahwin ke belum? - Mestilah aku cakap belum kan!

5.7.2021 -  Dia cakap bila dia tengok gambar aku, nampak macam 27, 28 tahun. You look ery young and beautiful. Lepas tu dia boleh pula bergurau cakap, " Or rather God has a better plan for us ada icon monyet malu tutup muka tu) - Ni bila dia tanya kenapa perempuan cantik macam aku bujang lagi dan aku jawablah Tuhan ada rancangan yang lebih baik untuk aku. Percayala sajalah.

Borak-borak biasa sebab baru nak kenal kan, cerita pasal Covid-19, vaksin, pasal adik beradik, dah makan ke belum, pasal kerja, buat apa hujung minggu, pasal keluarga

6.7.2021 - Do you want to be my future gf? Well I think you won't like me, icon monyet malu lagi.
8.7.2021 - Aku beritahu pasal lelaki yang aku kenal sebelum ni ramai yang penipu. Dia tanya dorang dari mana? Dia suruh aku cerita lagi pasal dia orang ni.
10.7.2021 - Dia mesej dulu lepas tu aku tanya dia balik. Dia jawab, "It has been good thank you my dear friend. My most amazing and wonderful friend. My soon to be girlfriend." Dia tanya pasal lelaki penipu tu, aku cakap nanti aku cerita.
11.7.2021 - Dia tanya lagi
19.7.2021 - Dia cakap aku tak nak komited dalam perhubungan dan tak serius.
21.7.2021 - Tanya lagi pasal lelaki penipu tu!
22.7.2021 - Aku pun beritahu kat dia pasal mamat-mamat yang chat dengan aku lepas tu nak minta duit. Dia tanya tu orang Malaysia ke?
23.7.2021 - Dia tanya dia orang tu orang Malaysia ke? Masalah apa yang dia orang ada sampai nak kena minta dekat aku. Lepas tu aku ada beritahu yang ada sesetengah lelaki ni yang ada akaun palsu dan aku terjumpa akaun tu, dia tanya macam mana aku tahu tu akaun palsu? Dia kata dia pun nak berhati-hati bila berkawan dekat media sosial ni. 

Aku cerita pada dia pasal Khalish yang mak dia perlu buat pembedahan dengan segera Adams Wong yang cakap nenek dia sakit, pasal Nelson yang nak perbaharui kontrak. Aku cakap masing-masing kerja profesional tapi masih lagi minta duit daripada aku dan mungkin juga minta dekat perempuan lain.

Aku beritahu yang aku tahu bila tengok akaun tu nama lain tapi gambar orang yang sama. Dia cakap, "How can the person be so daft to use same picture with different name to talk to you?"

31.7.2021 - Dia send kat aku gambar pertama dekat IG aku iaitu gambar aku, Kak Yam bersama PU Azman (masa bulan Ramadan) dan dia tanya siapa lelaki tu? "I'm feeling jealous now. Is he your boyfriend?" Aku pun jawab, "Haha...I hope so"

Who is the person I want you to tell me dear. Or you don't want to tell me? - aku beritahu tu bukan bf aku.

3.8.2021 - Dia send lagi gambar masa aku dan Adik pergi Hijriah Home masa tahun 2018. Masa ni aku tak ada IG lagi, Adik aku yang dah ada akaun IG. Mana dia dapat gambar tu pun aku tak tahu. Aku tanya mana dia dapat gambar tu? Dia tanya tu aku kan? Aku jawablah, Yeah.

Dia tanya siapa dengan aku tu? Dia cakap dia suka gambar tu. Aku cakap tu Adik aku.
"Really, your youngest sister?"
Yeah. You don't believe
Why is she bigger than you? I thought she's your elder sister (icon monyet malu tu lagi). I believe you dear honestly I do.
Aku beritahu Adik aku tak sihat dan dia ada ambil ubat sebab tu dia lagi besar dan tinggi daripada aku.
Do you think I will be talking with you till now if I don't trust you?
Aku jawab, "I don't know what you think
I'm just scared and afraid that you will hurt me for loving you. I am beginning to develop love for you but I'm so scared about it because I feel you will hurt me.
Am also scared you'll do the same for me
You should understand me when I say that
Of course I understand
I can never hurt you and wii I ever do anything to hurt you.
Aku buat icon sedih
How can I do something to hurt the woman I am in love with?
You make me sad right now
Hurting you is as good as hurting my own self. I'm so sorry if I make you feel sad. Pelase forgive me.
Aku hantar banyak lagi icon sedih.
I just want you to understand my feeling
I understand lah
As for me, I gie you my word today that I can never do anything to hurt you. Do you promise me the same?
Yeah - aku pun janji. Dia siap cakap yang dia 'honourable man and my word is my honour'.
Lepas tu aku tanya dia, dia dah bersedia ke nak masuk Islam? "You know am a Muslim right"
Yes, I know and I am ready to do whateer it takes just to be with you. What ever it takes, I can do it to prove to you how much I really need you in my life. But you must promise me to give me to adjust and you will be the one to guide me through. Do you agree?

Aku cakap lagi jadi Muslim ni macam-macam kau tak boleh buat. Dia jawab dia bukan peminum (alkohol), tak makan daging babi, tak merokok, dia tak gatal dengan perempuan sejak dia dah aku. Gitu!!!!

Lepas tu aku tanya macam mana dia boleh jumpa IG aku? Dia jawab, "I can't even remember anymore. I think it was God that brought us together. I do not remember any more how I find you on IG. I asked myself that question sometime ago when I realised that I'm starting to feel love for you.

Aku beritahu, Okaylah.  This is the longest conversation for us...right
"Yes that's right. Are you happy about it"
Lepas tu dia send dua gambar aku sendiri yang aku letak di IG aku. Dia cakap,
" You are so beautiful and adorable. Of course I know there (bila aku cakap tu gambar aku). Your smiles makes me very happy."

Lepas tu pasal umur adik beradik aku dan umur dia sama dengan Along. "Do you like that I'm the same age with your sister"
Why not
Ok dear. Thanks for the time today. I do really appreciate it.

5.8.2021 - Dia hantar gambar dia kat tempat kerja dengan pekerja-pekerja di tapak.
7.8.2021 - Aku beritahu yang aku suka tengok filem Korea. Lepas tu dia cakap aku suka lelaki Korea. Lepas tu dia kata dia cemburu. Is it wrong for me to be jealous for the woman I love? Because I'm a human. It's normal for me to feel that way. Aku cakap tak payahlah nak cemburu. Dia jawab, "Yes my sweetheart I won't be anymore. Don't hurt me or betray my love for you. You promised me that remember. Don't go back on your promise to me. 
I remember my promise to you.
I really need you in my life because I want to build a family with you. I want to be with you and spend the rest of my life with you. It's time to rest my love. It's late here already so let me rest now. Tomorrow we shall talk again ok.

8.8.2021 - Dia minta nombor telefon aku dan esoknya baharu aku bagi nombor aku dekat dia. Dia pun ada juga bagi ayat-ayat berbunga-bunga dekat aku...panjang juga dan penat aku nak taip cuma ayat yang terakhir tu dia cakap, "I am looking forward to the day I will finally be with you."
Aku jawab, "Me too. Aamiin ya rabbal alamin". Masa tu memang aku ada hati jugalah dekat dia sebab dari cara dia mesej tu macam ok dan setakat ni tak adalah minta duit kat aku. Tak tahulah esok lusa kan. 

Dengan Mr.A pun aku ada chat juga sebab dalam tempoh PKP kan. Dia dan aku masing-masing duduk rumah je jadinya di lebih kerap bermesej dengan aku berbanding si Nicholas ni. Dia mesej waktu malam sahaja (lepas dia balik kerja kot) dan kalau dia mesej aku pada waktu siang tu kira bertuahlah. Ada tapi jarang. Ada juga aku buat perbandingan antara keduanya. Dah bersediakah aku kalau ianya jadi kenyataan? 

Aku ada bagi gambar aku kat dia. Dia balas, "My beautiful woman, the queen of my heart. The love of my life. I cherish you so much in my life." Lepas tu boleh pula dia bergurau cakap dia lapar, suruh aku hantarkan makanan untuk dia kat sana...hahaha

Dia cakap dia nak ada 4 anak dengan aku + icon monyet malu lagi. Hahaha.........aku cakap aku nak dua anak sahaja. Dia tanya kenapa nak dua je? Aku tak nak anak ramai dengan dia ke? Mungkin tiga orang...dia nak 2 lelaki dan seorang perempuan. Lepas tu aku sajalah cakap OK, dia balas " That's my darling, you see why I said you're angel. My own angel. Lepas tu dia cakap kita orang kena mula rancang tentang masa depan bersama... Aikkk!!!

Aku cakaplah pasal kena belajar tentang Islam. Lepas tu dia cakap ok, ada  Pusat Islam dekat sana. Lepas tu dia tanya aku cintakan dia macam mana dia cintakan aku tak? Aku bagilah jawapan yang selamat tapi dia tak puas hati. Dia cakap aku tak cintakan dia lah, aku tak betul-betul suka dia lah itulan inilah...sampai aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Dia kan orang keje profesional jadi pandai nak bersoal jawab dan aku ni payahlah nak menjawab dalam B. Inggeris dengan dia. 

Nak senyapkan dia aku cakaplah ILU Sayan.....
Dia balas - Okay my darling. I have to rest now. I'm feeling so sleepy. DO have a good night and sweet dreams.

15.8.2021 - Hello Sayang....then borak macam biasa dia tanya macam mana hari aku hari ni, dah makan malam ke belum? Tanya pasal famili aku, dia orang ok ke? Dia cakap selain dari kerja dia hanya fikirkan tentang aku )nak percaya ke tidak ni?) "Can you make me smile forever as my wife?" Kemudian dia adalah tanya macam mana nak jadi orang Islam yang bagus? Apa yang diperlukan? Dia tanya aku ada cuba buat tak macam mana nak jadi Muslim yang baik?

16.8.2021 - Dia cakap dia lahir sebagai Kristian tapi dia tak kisah pun pasal agama. Dia percaya kepada spritualiti.
20.8.2021 - Hello my sayang. Aku tanya dia tahu tak maksud Sayang tu,dia cakap dia tahu. Masa ni ada isu hangta pasal politik Malaysia yang mana ada yang nak Dr. Mahathir letak jawatan,
21.8.2021 - Borak punya borak dia tanya aku dah beritahu famili aku ke pasal kita orang? Aku cakap belum lagi. Dia tanya lagi, aku tak nak dia orang tahu ke? Aku jawab, bukan macam tu. Dia cakap lagi dia nak hantar surat berhenti kerja di sana. Dia beritahu yang dia bukan teruna lagi!!! Pula!!! Dia cakap dia dah putus dengan bekas awek dia 5 tahun lepas.

Kat Perth - 1.58pm / KL - 2.01pm - dia cakap dua tempat ni kongsi waktu yang sama .

22.8.2021 - Borak-borak dengan dia. Tanya pasal masak dan aku beritahulah yang aku tak pandai masak dan sapa-sapa yang chat dengan aku pun aku akan cakap benda yang sama. Aku tak pandai masak dan tak tahu memandu. Buat apa nak menipu kan! Kalau kau ikhlas nak berkawan dengan aku, kau akan terima aku seadanya. Betul kan!

Kalau tak silap aku dalam masa yang sama aku dok chat dengan Mr.A. Jadi ada masa aku balas lambat chat dia...hihi. Dia cakap nampaknya aku sibuk sekarang dan tiada masa untuk dia. Mungkin dia patut biarkan aku kalau aku sibuk. Aku cakaplah aku tak sibuk dan dia cakap kenapa aku ambil masa nak balas mesej dia.
"You know wife shouldn't be talking with someone else when spending time with his husband right"
Really
Yes darling. Am I wrong or right
I don't know
Ok. I'm getting jealous already hahaha
Why. Just my officemates
I don't  want my wife talking to someone else. You're are so precious to my life more than anything in this world. I don't want someone else to steal you away from me.
Lepas tu dia tanya kalau dah kahwin nanti nak tinggal dekat mana? - KL
Kenapa aku suka KL?  - Aku cakap Selangor pun ok
You know the best for us. You can decide that for me. - KL or Selangor...hihihi
Lepas tu aku cakaplah dia kena jumpa mak dan Mamu untuk minta izin - Dia cakap ok bila dia dah balik Malaysia nanti.  "I'm so scared of that. If they don't accept me to marry you, I might kill myself because I can't live without you as my wife." - kata dia
23.8.2021 - Aku hantar gambar aku kat opis kat dia (semalam dia minta). "My precious Queen, the woman of my heart. How was your day today my darling". You are most beautiful my love. I love you with all my heart. I can't wait to make you my wife." Lepas tu chit chat then, "Kissess from me to you my love." Aku adalah hantar info berkaitan Islam dekat dia.

5.9.2021 - Aku tertekan untuk VC. Aku cakap aku tertekan. Lepas tu dia VC balik. Dia cakap dia dah beritahu syarikat dia kerja dia nak balik Malaysia. Dia orang tak terima dengan baik pasal tu. "You are my wife and I don't want to keep anything about me away from you going forward. I want youvto know everything I'm doing."

Aku tanya dia ada belajar tak pasal Islam? DIa cakap belum lagi, lebih baik tunggu dia balik sini. Dia cakap dia sibuk, dia tiada masa untuk diri sendiri jadi susah untuk dia nak kerja dan belajar tentang Islam dalam masa yang sama. Dia tanya pasal nak tinggal mana, dia suruh aku cari dan hantar gambar rumah kat dia. Aku cakap tunggu dia balik sini, nanti boleh pergi sama-sama tapi dia cakap dia nak tahu bajet berapa. Aku cakaplah dalam RM350k. Dia cakap okay lah nanti tunggu dia balik.

8.9.2021 - Dia hantar gambar dia dan aku pun hantarlah gambar aku dekat dia. Petang tu chat, dia beritahu dia dah hantar surat berhenti kat syarikat. Dia tanya pasal mak dan adik beradik aku. Dia hantar gambar aku bergambar dengan Dato' YDP dan tanya siapa tu?
Are you jealous Sayan...
No I'm not, I just want to know the person standing with my wife on the picture.
Hahaha...ok. My x big boss.
I trust my wife so much so much so I'm not jealous.
Thanks
Your x big boss?
Yeah
Okay dear. I only asked to know nor that I don't trust you.
It's okay.
I trust you and I know you won't hurt me for loving you.
Insya Allah.
You have promised me of your love to me and I trust and believe in you. I will not doubt you if you tell me something. I love you also very much with all my heart. You are my life and I want to spend it all wish you as my wife and the mother of my unborn kids. We will make a wonderful couple and family.

13.9.2021 - Dia hantar mesej pertama di WA aku
15.11.2021 - Aku mesej dia, "You didn't active on IG"


Kali akhir mesej pada 3.11.2021 bila dia cakap,
" That's because I'm heartbroken, I loved you and all you could do is to betray the love I have for you. I don't want to force myself on you anymore so it's better for me to keep silant and bear the heartbreak I fell alone  You are a very mean person, you have actually been playing with my love for you."

Lepas 1 Jan 2022 aku sajalah mesej dia bagi ucapan Selamat Tahun Baharu 2022 dan tak sangka pula dia balas, "Thank you. Happy New Year too."

Lepas tu dia cakap tak kan aku perempuan muda yang cantik, masih bujang? Ke aku layan lelaki sama macam aku layan dia. AKu tak hormat dia katanya lagi. Dia cakap lagi, aku fikir semuanya kena ikut aku dan aku fikir yang aku ni 'saint'. tak ada orang yang jadi 'saint', bukan aku bukan dia atau sesiapapun kecuali Tuhan.. Ikut suka dia je kan! Tapi aku layan je mesej dia tu.

Lepas tu tanya pasal  dia letak gambar Kaabah dekat profil WA dia. Dia tanya kenapa? Ye lah kau bukan Islam lepas tu letak gambar Kaabah, memanglah aku tanya. Dia boleh jawab, Perlu ke dia bagi penjelasan dekat aku kenapa letak letak gambar kat profil WA dia. Lah, aku tanya sahaja kalau kau rasa tak nak jawab sudah. Tak payah nak banyak bunyi pula kan!

Lepas tu macam-macam lah dia cakap pasal aku. Aku buang masa dialah sebab dia cintakan aku tapi aku layan dia macam apa. Aku perempuan yang tak ada hati perutlah dan pentingkan diri. Lepas tu dia mesej aku lambat reply pun dia bising. "It took you 20hrs to answer my question, is my question difficult for you to answer? I've waited for your reply since yesterday till now."

19.1.2022 -  
Dia - So how do you feel about me now?
Aku - I don't now. How about you?
Dia - I ask you question
Aku - Yeah...but I don't know
Dia - You don't know, what does that mean? You don't know how you feel about me?
Aku - We don't messages for last few months right and I thought you don't wanna to chat with me again and you've been found someone else...
Dia - We didn't talk to each other for that long because you stopped talking to me. It took you months to reply my question to you. You can't say for me because  you're not me. You don't think I'm a flirt because I'm not. Maysbe you are but I;m not. And for your information, I;m not here to chat with you. I'm talking to you because I want something serious. If you're not ready for a serious relationship with me, then we should end t here. I don't want to waste time with someone who doesn't to be committed to me."
Aku - Okay understand
Dia - Do you really understand?
Aku - Yelah
Dia -  I don't think you understand. I think you're happy to remain with your family. Maybe you still see yourself as a young woman because  you're not thinking of haing your own family. As for me, I know what I want. I want to get married and start a family. If you don't want the same thing as me, you should let me know so I won't be wasting my time talking here talking with you.
Aku - Of course I want my own family

2.2.2022 - Ada mesej lagi dengan dia. Dia panggil pula aku 'dear'.Sebelum ni panggil you you je dengan aku.

7.2.2022 - Paggil aku darling pula

13.2.2022 - "Let's get married and live together as one." Dia ajak aku kahwin pula dah!!!
14.2.2022 - DIa 'wish' Happy Valentine Day tapi aku tak cakap apa pun. Aku tak cakp pun yang aku tak sambut pun. Nanti dia membebel pula.

17.2.2022 - Dia mesej beritahu ada penting dia nak kongsikan dengan aku pasal kerja dia. Dia cakap dia konfiden dan percayakan aku dan dia nak aku simpan rahsia ni. Cuna aku dan dia sahaja yang tahu. Dia nak aku janji dan aku janji lah. Aku nak beritahu kat siapa kan!

Dia cakap lagi dah beberapa bulan ni dia risau sebab dia tengah cari cara untuk selamatkan duit dia yang ada dalam syarikat tempat dia kerja tu. Dia nak keluarkan duit dari 'security company' sebab dia tak boleh nak bawa duit tu dekat benak atas isu keselamatan.

"I want ypu to stand by me at this time. I trust you with my heart and I believe you will neer do nything to hurt or betray my trust in you. So therefore, I want to move the money out of the security company to you in Malaysia for you to secure for me and keep it safe while I sort myself out here and then return to meet you once everything is over. Are you with me on this my darling???"

Aku - You just said this to me and am ready just to hear it (mesej yang dia suruh aku janji, lepas tu baharu dia nak cerita lanjut pasal ni). I don't know how much the money you wanna me to secure for you but let's me think first. It's okay right for me to answer anything about what you ask me to do?"

Dia - It's okay dear, you can think about it as you said. Just know that I'm asking you for this because I trust and believe in you. That is my life and my future and I want you to keep is a secret with you just as you promised me. You are the only one I trust on this.

Aku - Ok

Dia - All my financial activities now with my bank are being monitored by the i'national monetary agency so the best thing now to do is for me to secure the money by moving it out from the security company where I deposited it to a place off safety while I sort myself out here. I need you to help me on this my dear, to receive and keep the money safe for me while I sort myself out here and then travel down to Malaysia to start a new life with you as we have planned in the past. This is my hard eran money and our future depend in it. I will wait for you to think and get back to me as soon as possible okay. Hae a good night and sweet dreams.

Hari-hari lain ada lah borak-borak biasa, tanya pasal makan, kerja, buat apa dan dia tak ada cakap pun pasal nak aku tolong dia tu.

19.2.2022 - Dia tanya aku dah buat keputusan ke? - Aku diam dan tak balas pun mesej dia

23.2.2022 - Dia mesej tanya kenapa aku diam je. Dia tunggu jawapan aku. "If you don't want to help me with what I asked you to help me with, why not tell me instead of keeping silent on me. WHat kind of person are you? You don't have regard for people. (Dia selalu cakap aku tak ada regard)

Aku balas - Sorry...I forgot to tell you about that. Yeah..I can't help you. Sorry.

Dia pula balas - You don't have regard for people. You didn't forget anything, you just don't care about me. You are so  wicked. Yeah, you should keep you help to yourself - dia jawab yang ni untuk mesej aku "Yeah...I can't help you"

25.2.2022 - Dia mesej lagi sebab aku ingatkan dia dah tak nak mesej dah. Tapi mesej dia marah-marah aku lah. Dia cakap aku 'mean and wicked" dekat dia. 
"What have I ever done to you to do that you are this mean and wicked to me? Is this how you behae to people? Why is it difficult for you to stand by me in this time? If you care about me or even regard me as anything,t his is the time for you to show it. You should stand by me in this difficult time to get through this difficult time I'm in at this point in time. Why do you find is difficult to stand by me now?"

Ambik kau panjang lebar dia bagi ceramah dekat aku. Aku pernah beritahu dia pasal isu duit yang lelaki -lelaki sebelum ni buat dekat aku. Mana aku tahu tu duit yang tak kana dtangkan masalah kat aku di kemudian hari. Jumpa dia pun tak pernah dan cakap dalam telefon pun tak ada, mcam mana aku nak percayakan dia. Berapa banyak duit yang dia nak suruh aku jagakan. Dahlah pakai nombor akaun aku dan kalau dia salah gunakan nanti macam mana. DIa cakap je dia percayaka aku. Mana tahu dia pun sama.

28.2.2022 - I wish you good luck with your life. I don't want to ever have anything to do with you. You're a very wicked and heartless person. I wonder how you want to meet a man to marry you when you're like that. I have wasted my time with you and it's obvious to me now that you never cared or even regard me as anything. Have a good life bye.

Mesej di IG
31.3.2022 - Dia cakap aku tak tolong dia bila dia perlukan pertolongan aku. Dia cakap lagi sekarang aku gembiralah sebab duit dia dah 'confiscated'. Aku patut gembira sebab itu yang aku nak dan sekarang ianya dah berlaku. Terima kasih. 

"I begged you you to help me but you refused. Thank you very much, I'm sure you're happy now." Lepas tu ada dia membebel lagi pasal dia kognsi masalah dia kat aku  dan minta tolong. Kalau aku tolong tentu duit dia ada lagi. Aku cakaplah aku dah pernah beritahu dia pasal lelaki yang minta duit dengan aku tapi dia cakap aku tak pernah beritahu pun. Aku scroll balik dah hantar semula mesej aku dekat dia (aku suruh check balik dia cakap dia tak check perbualan kita orang yang dah lepas!).

Dia cakap kawan apa aku ni yang tak boleh tolong bila kawan dia susah? Aku ni tak tahu ke erti persahabatan / perhubungan? Jadi salah ke bila kawan kau minta tolong? Banyak pula dia  membebel kat aku.

"You can go to hell with your help, it's already late and I don't need it anymore. And don't tag me again in any of your post. Thank you."

Don't worry I won't tag you anymore. You don't have right to say like that to me... - aku balas balik kat dia. Aku tag dia sebab ingat dia dah tak aktif dekat IG, jadinya aku buatlah sekali dua. Mana aku tahu dia masih aktif dekat IG dia kan. Aku tak tag pun dia lepas ni...ingat aku terhegeh-hegeh sangat ke nak tag dia.

 MULA CHAT DI IG: 3.7.2021
MULA CHAT DI HP: 13.9.2021 & 1.1.2022
AKHIR CHAT: 3.11.2011 & 28.2.2022
PANGGILAN: DEAR, MY PRINCESS, MY SWEETHEART, MY LOVE, MY QUEEN & DEAR, DARLING
SEBAB: SEBAB 1ST AKU YANG DIAMKAN DIRI & TAK TOLONG DIA SIMPANKAN DUIT DIA DARI LUAR NEGARA KE MALAYSIA

******************************************************************************
ADAMS GEORGE
PILOT / UK
TEL: +1 (609) 227-0522 / 2. +44 7441 417227



BEZA UK DENGAN SINI = 8 JAM. MASA CHAT SINI 9.41PM SANA 1.42PM

DIA CAKAP ISTERI DIA DAH MENINGGAL


DIA TENGAH BERJOGIN - KATANYA


Borak pasal isu COvid-19, tanya apa yang aku cari kat FB Dating tu. Famili dia ada kat Malaysia, tak pandai cakap BM, isteri dia dah meninggal tahun lepas (2020) dalam kemalangan masa nak balik dari kerja. Aku tanya isteri dia orang Pakistan ke, dia cakap dari UK.

26.6.2021 - Ada benda dia nak cakap tapi malu.  - 
"I want to tell you that for sometime, feelings have developed between you and I, I feel emotional for you, I like you and everything you do please me alot." "My dear, I want to be part of you, I want to have a relationship with you." 
Aku balas, "We can be friends"
Icon sedih. I want to be part and par soul of your life - Baru kenal nak cakap macam ni kat aku!
I'm looking for a woman who can take care of my daughter.

27.6.2021 - Baby give me a chance to love you, make you feel young again.
Please don't call me that
What?
Chit chat.....
My dear, I really love you, and I want you to be that special woman in my life, the one who always be by my side all day and night.

5.7.2021 - Last mesej dekat nombor ni. Aku yang mesej dulu...aku tulis "Assalamualaikum. Morning." tapi dia tak balas pun dan hanya satu tick sahaja.

31.7.2021 - DIA HANTAR KAT AKU - INGAT AKU NAK PERCAYA KE? TUNJUK DUIT NI KAT AKU BUAT APA, KAU INGAT AKU NAK KE DUIT KAU TU!

31.7.2021 - MASA DIA NAK PERGI BELI HADIAH ULANG TAHUN UNTUK ANAK DIA





NOMBOR KEDUA
29.7.2021 - Mesej pertama - dia beritahu tu nombor UK dia. Line kat sana tak elok (Alabama). Lepas tu cakap ILU kat aku
30.7.2021 - Dia cakap kenapa aku dah tak mesej dia, sibuk ke? Aku cakap Yeah, tengah tengok Sukan Olimpik.
31.7.2021 - Dia cakap lagi 2 hari ulang tahun anak dia, HANNAH dan dia nak pergi shopping nanti. Lepas tu dia minta alamat aku nak bagi hadiah. Sperti biasa aku cakplah aku tak nak hadiah tu semua. Lepas tu dia boleh cakap yang aku tak suka dia dengan anak dia. Tak ada kaitan kan dengan dia nak bagi aku hadiah!

Aku dah cakap tak nak tu kan, boleh pula dia minta aku belikan nombor Malaysia. Penting katanya sebab dia nak terbang ke sini minggu depan. Dia nak buka WA baharu.

2.8.2021 - Aku bagi ucapan hari lahir untuk anak dia dan lepas tu dia minta nombor WA yang dia minta tu? Aku tak balas pun.
8.8.2021 - Dia mesej dulu dan bila tanya khabar, dia cakap dia tak OK. Tanya kenapa aku tak nak bagi nobor WA tu? Eh, dia minta juga nombor tu sebab dia nak buka WA nanti. Aku cakaplah dia boleh guna nombor yang dia guna sekarang ni (+44 7441 417227), dia cakap nombor ni tak ok. Aku hantar icon berfikir tu. Dia balas, 
"I will block u now".
B'coz of that.
Yes.
Ok...if that make you feel better.

Kurang asam, aku tak belikan nombor telefon terus kau nak block aku. Lantak kau lah!

 MULA CHAT DI FB: JUN 2021
MULA CHAT DI HP: 23.6.2021 & 29.7.2021
AKHIR CHAT: 5.7.2021 & 8.8.2021
PANGGILAN: BABY, DEAR, & BABY, HONEY, DEAR
SEBAB: TUKAR NOMBOR & TAK BELIKAN NOMBOR TELEFON BAHARU


******************************************************************************

RYAN DANIEL
JURUTERA / ROMANIA 
TEL: +40 737 161 107

Mula-mula chat tanya pasal makanan kesukaan, warna kegemaran, hobi aku apa. Lepas tu dia hantar link YouTube lagu All Of Me (John Legend) dan cakap tu lagu kesukaan dia. Tanya pasal filem kesukaan, buah dan air apa yang aku suka. Dia cakap dia nak siapkan kerja dulu dan bila sampai rumah dia akan mesej aku.

Dia beritahu aku yang mak bapa dia dah tak ada (sejak umur dia 15 tahun) dan ada adik dia tinggal di Singapura (25 tahun). DIa membesar di Romania dengan pakcik dia. Katanya dah lebih 10 tahun.

11.6.2021 - Nak voice call dengan aku tapi aku cakap tak boleh, sebab aku tak selesa. Dia cakap dia tak merokok dan minum alkohol, tak pergi kelab malam. Habis kerja dia baik rumah (ye ke? Boleh percaya ke?). Dia cakap dia dari Kuala Lipis dan kontrak kerja dia akan habis tak lama lagi (20.10.2021).

12.6.2021 - Dia pun layan drama Korea seperti Boys Over Flower dan My Girlfriend Is A Nine Tails Fox.
13.6.2021 - "You too very beautiful dear."

17.6.2021 - Aku hantar gambar nasi goreng yang Adik masak. 
Dia cakap, "Wow delicious". 
Saja aku tanya "You wanna some..."
Yes my dear friend. When am back in Malaysia can I visit you
Haha dan sambung chit chat lepas tu dia cakap "Free text me okay my dear.

18.6.2021 - Dia cerita pasal kerja dia lebih kurang macam Nelson dulu. Ada seminatl meeting untuk projek baharu, ada 8 jurutera dan nak 5 kontraktor sahaja..dia minta aku doakan untuk dia supaya dia terpilih sebagai salah seorang yang terpilih tu. Dia dah lama tunggu untuk dapatkan projek tu.

19.6.2021 - Dia dah selesai temuduga dan terpilih sebagai salah seorang kontraktor dan nak pergi shopping dan belikan barang untuk aku. - "I wanted to make it a surprise to you dear". Aku cakap aku tak nak hadiah daripada dia. Dia cakap dia pergi beli hadiah untuk aku dan sanggup tinggalkan 'celebration party' sebab nak belikan hadiah untuk aku. - Oh, so sweet!!!

Aku suruh pulangkan dia cakap tak boleh. Aku suruh bagi kat adik dia, dia cakap dia dah belikan banyak barang untuk adik dia tu. Aku tanya dia beli apa untuk aku? Dia jawab, "3 pair of different color of bags, necklace, gold wrist watch, gold wrist band and cosmetics." - Ingat aku nak percaya ke kau belikan semua tu untuk aku!!! Aku cakaplah maaf aku memang tak boleh terima. Aku beritahu aku tak suka hadiah dan kejutan!!! Dia balas, "Am very sorry for doing that accept my apology."

Lepas tu dia cakap balik rumah nanti dia nak buang je barang-barang tu. Sejak tu kita orang ada mesej lagi tapi chit chat hal biasa sahaja. Dah makan, keje ke? tidur semalam macam mana?, tengah buat apa, tengok cerita apa? Dia nak siap-siap nak pergi kerja, dia nak nak sarapan, dia nak mandi dulu. Borak-borak biasa sahaja...

26.6.2021 - Nak telefon aku tapi aku cakap tak selesa dan cakap nantilah. Dia jawab, "Alright dear."

30.6.2021 - Beritahu aku dia ada masalah dengan akaun bank dekat sana yang mana dia nak transfer duit dekat agen di Malaysia untuk 'building material machine'.
Hope your problem will solve soon.
Yes but agent in M'sia told me have now till on Friday.
Oh...ok.
My bank manager told me my account will start working after 14 days. Am so ashame on my self to tell you this. Siap letak icon sedih mata bergenang tu banyak-banyak.
You want my money right. To help you.
Not that  I want your money not going to return back to you. Help me dear once my acc. help I transfer back to you. Why didn't reply me back.Sorry for telling this okay if this is what going to make you stop chatting with me.
Am sorry. I don't think I can't help you
Thanks
Sorry
Is okay thanks so much
But we still friends right
Yes will are still friends now need to ty settle my problem I loss my job.

10.7.2021 - Dia mesej,"Hi" tapi aku tak balas pun.



APAHAL KAU AMBIL GAMBAR MACAM NI...MASA MULA-MULA TENGOK GAMBAR NI AKU TERGELAK SENDIRI...



19.6.2021

29.6.2021 - KATANYA DI PROJEK YANG DIA BUAT - MACAM DEKAT NEGARA MEMBANGUN KE PROJEK NI! KAN...DIA CAKAP HABIS PROJEK NI DIA NAK BALIK SINI. AKU INGAT NAK BUAT APARTMENT TAPI DIA CAKAP BUSINESS HOTEL


KEJAP NAMA RYAN KEJAP NAMA LAIN PULA!

 MULA CHAT DI FB: JUN 2021
MULA CHAT DI HP: 10.6.2021
AKHIR CHAT:10.7.2021
PANGGILAN: MY DEAR FRIEND ,
SEBAB: NAK PINJAM DUIT NAK BAYAR AGEN DI MALAYSIA

No comments: