Mamat ni aku kenal di IG selepas dia DM aku dulu nak kenal - orang Brunei katanya. Duda dan ada seorang anak lelaki. Kata dia lagi, dia perkahwinan dia tak bahagia dengan bekas isterinya dan khabarnya bekas isteri dia dah pun berkahwin lain dengan VVIP di Brunei. Perkahwinan dia diatur keluarga dan atas urusan perniagaan (KAHWIN KONTRAK), kononnya lah kan!
DIA KATA UMUR DIA 49 TAHUN! |
DIA KATA NI GAMBAR DIA ORANG PERGI BERCUTI - KORANG PAKAI KOT BAGAI BILA PERGI BERCUTI? NI PERGI BUAT BISNES OK LAH KALAU AKU NAK PERCAYA PUN KAN! |
GAMBAR ANAK DIA, DEREK HASSAN - SEKRANG DAH BESAR KOT, 12 TAHUN RASANYA |
NI AKU JUMPA AKAUN DIA KAT FB DATING - DAH JADI ABDULLAH PULA! |
NI JADI ORANG LAIN PULA - GAMBAR ANAK DIA PUN KECIL LAGI...KAN! |
MULA CHAT DI FB: HUJUNG APRIL @ AWAL MEI 2021
MULA CHAT DI HP: 2.5.2021
AKHIR CHAT:31.5.2021
PANGGILAN: DEAR, MY LOVE, BABY, HONEY, DARLING,
SEBAB: Dia suruh aku buka akaun FB untuk dia, konon senang dia nak buka bisnes dekat Malaysia tapi aku tak buat pun. Aku cakap dia kan ada staff dan boleh tolong buatkan untuk dia, dia tak nak sebab kata Mamat ni lagi, dia ada aku buat apa suruh staff dia yang buatkan. Tak nak aku ambil risiko, dia pun boleh buat sendiri akaun dekat FB tu apa pasal nak suruh aku pula yang buat kan!
******************************************************************************
MOHAMMED KHALISH
HOUSTON, TEXAS / 41 TAHUN / JURUTERA (OFFSHORE)
MUKA DAH BOLEH TAHAN - ORANG PENANG KATANYA |
MOHAMMED KHALISH |
DUDA ANAK SORANG - DULU SUKA TENGOK GAMBAR NI...HAHAHA |
KONON DIA SAVE NOMBOR AKU GUNA NAMA NI....HAHAHA |
DIA LETAK NI DEKAT STATUS WHATSAPP DIA...AKU CAKAP DIA BUAT UNTUK AKU TENHOK JE KAN...DIA CAKAP TAK. lEPAS U TUNJUK DAH BERAPA ORANG TENGOK STATUS DIA...ER-YER JE NAK KELENTONG AKU KAN! |
DIA NAK GI KERJA |
LAST GAMBAR KAT WHATSAPP PROFIL DIA |
NI SURAT DOKTOR UNTUK MAK DIA - PERLUKAN DUIT UNTUK BUAT PEMBEDAHAN SEGERA |
MULA CHAT DI FB: HUJUNG APRIL 2021
MULA CHAT DI HP: 30.4.2021 AKHIR CHAT: 5.6.2021 PANGGILAN: DEAR, HONEY, SWEETHEART, SAYANG, BABY SEBAB: Aku tak belikan kad Google Play, tak tolong duit pembedahan mak dia dan tak join bitcoin dia (yang aku rasa je lah) |
******************************************************************************
ERIC /
Masa mula-mula chat borak macam biasa, apa yang suka dan tak suka. Dia bagi tahu dia tak suka orang penipu (padahal kau tu yang penipu!!!), Dia pernah cakap "I dislike people who lie to me, because I am a very honest man".
Dia selalu mesej ku pada waktu malam sahaja dan bila dia dah tanya apa-apa lepas tu ok, I got to go atau Sorry, I have to go to bed now @ Sorry, I have to take a break now. Tanya pasal famili aku dan aku pun tanya lah pasal famili dia. Dia cakap ada seorang kakak di Taiwan dan tinggal dengan ayah dia kat sana. Pastu cakap nak melawat aku kat Malaysia lah. Aku eyakan saja. Bukan aku nak jumpa dia pun kan! Dia cakap,dia patut jumpa ibubapa aku bila dah sampai masa...hahaha. Yelah tu! Pastu minta gambar famili aku dan aku tak bagi sebab tak ada gambar tu dalam telefon. Kalau ada pun aku tak bagi...nak buat apa?
Dia cakap dia tak suka beritahu kawan-kawan dia kalau dia ada hubungan dengan seseorang dan dia ada sorang kawan sahaja. Lepas tu ada satu hari, dia cakap telefon dia rosak dan susah dia nak 'video call' dengan ayah dan kakak dia. Aku suruh dia beli telefon baharu dan dia cakap bila duit dia dah cukup, nanti dia beli telefon baharu dan nak belikan untuk aku satu katanya. Aku cakap tak perlu dan beli untuk dia sahajalah.
Masa kita orang chat tu dekat nak masuk bulan puasa dan dia tanya berapa lama puasa dan pesan jangan lupa doa untuk dia. Dia cakap doa untuk dia sebab dia tengah tu kontrak satu projek untuk diberikan kepada dia dan dia harap dia dapat projek tu nanti.
Aku ada beritahu tentang lelaki yang aku chat dan dia orang minta duit kat aku. Dia kata " I wounder how can I man be asking woman for money, when it should be the man that will sent the woman money." Tu kata kau! lepas tu ada juga dia tanya asal gaji aku berapa? Dia ingat gaji aku RM3000? Dia kata dia dah pernah pergi banyak negara, Singapura, HK dan Mexico dan dia paling suka Singapura dan bercadang nak buka syarikat pembinaan sendiri di sana. Siap cakap aku boleh melawat dia kat sana sebab dah dekat.
Dia cakap aku kawan Muslim pertama dia dan dia rasa gembira jumpa aku...hihihi. Paling kelakar bila dia cakap kat aku, dia dah beritahu kakak dia pasal aku. Dia cakap lagi yang dia dah jumpa seorang perempuan dan nak habiskan seluruh hidupnya dengannya dan kakak dia sangat gembira. Kau ingat ni novel ke?
17.4.2011 - Dia tanya aku "DO you love me?" Hahaha...tiba-tiba tanya aku soalan ni. Lepastu aku sajlah cakap dia dah bersedia ke nak masuk Islam? Dia jawab nanti dia fikirkan.
Profil WA dia sekarang dah jadi gambar perempuan dan dia berani nak kawan dengan aku lagi dengan guna akaun baharu di FB dan dia guna nama Eric juga. Cara dia tanya tu macam baru pertama kali kenal aku...aku layan sikit je lepas tu sia tanya aku tak balas apa pun!
KATANYA NI MENDIANG ISTERINYA |
NI AKU YANG MINTA GAMBAR DIA |
EH, DAH JADI ORANG LAIN PULA! |
MULA CHAT DI FB: PERTENGAHAN APRIL 2021
MULA CHAT DI HP: 8.4.2021 AKHIR CHAT: 6.5.2021 PANGGILAN: PANGGIL YOU SAHAJA.... SEBAB: SENYAP MACAM TU SAHAJA DAN TAK ADA MESEJ APA PUN! |
No comments:
Post a Comment