Monday 21 February 2022

COVID-19 - KENALAN FB & INSTAGRAM (BHGN 4) - RUHAAN, KENNETH, JEFFREY

RUHAAN HAFIZ MIZAN
CONTRACT MANAGER / UK
HARAP MUKA JE HANDSOME TAPI PERANGAI!










KONON DIA MENGAJI - CHAT MASA BULAN PUASA

ADA DIA CAKAP MUKA AKU DENGAN ANAK DIA SAMA! SAMA TANG MANA PUN AKU TAK TAU! NAMA ANAK DIA SOPHIA (3 TAHUN)


NI AKU TERJUMPA IG DIA

NI GAMBAR YANG DIA PERNAH HANTAR KAT AKU MELALUI WHATSAPP

Mula-mula kenal dia berani 'sound' aku lepas tu dia macam ok sikit dan aku pun chat dengan dia. Duda anak sorang, anak perempuan namanya Sophia (3 tahun). Cuma ayat-ayat cinta tu macam biasalah kan, ada saja dia bagi. Wife dia dah meninggal sebab kanser buah pinggang? Katanya.

Masa mula-mula chat tu dia ada beritahu yang dia ni heavy temper.

Siap suruh aku ikut dia ke London bila dah kahwin dan berhenti kerja bagai. Aku beritahu dia aku sebagai penjawat awam, tak kan aku nak berhenti kerja. Dia tana pula gaji aku berapa. Siap beritahu nanti dalam setahun boleh lah 3 ke 4 kali balik sini. Amboi, bukan main dia punya rancangan. Lepas tu dia beritahu nak bagi aku hadiah, aku cakap tak nak. Aku tak nak hadiah ke apa tapi dia dok cakap punya cakap, aku pun bagilah alamat rumah kat dia. Dia dah pos kemudian aku cakap lagi aku tak nak hadiah tu. Dia mula marah, dia cakap sekarang baru aku nak cakap lepas dia dah pos barang ke sini.

Aku cakaplah dari hari tu aku tak nak. Dia punya marah dengan aku. Dia ugut, tak kira macam mana punaku kena juga bayar dan ambil barang tu dekat kastam nanti. Ada duitlah, ada dokumen penting lah! Angah kau! Dia pujuk suruh aku bayar bla...bla...bla dan bila aku tak nak dia marah. 

Beberapa hari lepas tu kono ada orang dari syarikat kurie mesej aku beritahu barang tu ada kat kastam Malaysia sekarang dan aku kena bayar RM1,350 untuk dapatkan barang tu. Dah lah guna Google Translate! Macam lah aku tak tahu sebab ayat dia memang kelakar bila kau guna aplikasi macam tu. BM dia sangat kelakar pada aku sebab kalau kita chat, kita tak guna ayat skema macam tu.

Macam kes dengan FB Alfred tu kono mula-mula kena bayar RM4,300 dan lepas tu dia cakap kita dah semak barang tu dan ada barang apa entah, jadinya kena bayar lagi RM14 ribu kalau tak salah aku dan kalau tak bayar juga nanti aku kena tangkap lah itu lah in lah. Ingat aku nak percaya ke taktik scammer macam korang ni! Selalu baca kat surakhabar sahaja kan tapi ni aku nyaris-naris nak kena!

Lelaki bernama Yusuf ( sarikat kurier OCS) kata ni pembayaran sekali sahaja, aku cakap jangan nak tipulah, nanti bila ah bayar yang ni kena bayar untuk yang pula. Dia cakap tak ada.  Bila aku cakap nak tengo barang tu dulu, dia snap gaambar barang dekat stor (kalau tak silap aku lah!) aku cakaplah nak tengok barang yang katanya aku  punya bukan gambar barang orang lain dekat stor tu (entah-entah ambil dari Google je), dia cakap "Puan, barang anda hanya akan dikeluarkan apabila anda telah membayar caj kastam".

Lepas tu aku cakap bagilah nombor akaun, eh dia boleh tanya pula, "Adakah anda mahu membuat pembaaran skarang?. Ada ke orang tanya macam tu. Tadi kau panggil aku Puan sekarang anda je. Kemudia aku tanya siapa yang hantar barang tu? Dia jawab, " Apa yang anda mahu sahkan dengan dia Puan?. Aku jawablah suka hati sayalah. Awak beritahu je lah siapa yang kirim kat saya?.

Dia beritahu, " Puan, pengirimnya adalah Ruhaan  Hamiz Fizan. Saja aku tanya lagi dari Sydney ke London? Dia jawab iya, London. Lepas tu dia boleh cakap macam ni dengan aku:

"Puan saya tidak faham semua yang anda katakan, saya tidak mempunyai masa untuk semua ini, membuat pembayaran dan menjimatkan masa saya. Jika anda belum bersedia untuk pembayaran, beritahu saya." - 26 April 2021

Lepas tu aku terus 'block' nombor dia. Si Ruhaan ni chat dengan aku tanya aku dah dapat mesej ke belum dai orang kurier tu. Aku cakaplah belum padahal aku dah chat. Dia kata nanti dia telefon orang tu dan suruh orang tu berurusan dengan aku. Chat punya chat dia marah dan bersikap kurang ajar dengan aku. Sebelum dia dia ada call aku masa aku ada pendaftaran kat Galeri dan aku ada jawab. Dengarlah suara dia dia dengan slang English dia tu kan! Aku cakap aku ada 'meeting' dan tak cakap lama pun terus aku letak. Dia punya bereya nak aku bayar barang tu.

Sambung pada chat dia dengan aku, dia cakap kalau aku tak bayar juga nanti dia akan buat hidup aku susah nanti. Dia ada alaamt aku, dan dia boleh datang sini cari aku bila-bila masa. Aku tak kan selamat dan dia akan pastikan aku terima akibatnya sebab tak nak bayar barang tu. (kiranya dia tak dapat balik barang tu juga). Lepas tu hantar gambar perempuan dengan muka berdarah (sirap ke apa aku tak tahul ah). Dia cakap aku punya pasal sampai dia pukul pembantu rumah dia sampai macam tu. Aku tengok sekali je dan lepas tu terus padam gambar tu.

Aku cakaplah tu bukan salah aku, kau yang pukul dia kenapa? Lepas tu cakap nanti anak dia pun sedih bila tengok dia sedih lah apa lah. Taik kucing lah! Anak kau kenal aku pun tidak! Lepas dia maki-maki dan marah tu, aku tak balas pun chat dia! Lama-lama dia pun senyap dan profil dia kat FB tu dia dah padam. Dia nak gertak aku je tu..tak kan ko nak buang duit semata-mata nak balas dendam kat aku kan! Kau marah sebab aku tak nak bayar dan kau tak dapat tipu aku....

Ni antara perbualan akhir aku dengan dia:
26.4.2021
The agenc contacted me, hae they contacted you also?
No
Wait I will contact them again to ask if that contact you. I have contacted with them. And the said they're contacting with you. Is it true? 
Yeah...just read their WA.
Pay tha customs fees to them. (Ewah-ewah, suka hati je arah aku suruh bayar!). Let them continue with the delivery please.
You give an order to me right now? To pay your gift.
Dear, wh do you talk like this. - bila aku cakap dia mengarah aku.
Please pay the customs fee.
Aku balas, you transfer your money to me...then I'll pay to them. That;s yours not mine...right.
Pay to them. Eh, dia suruh aku bayar juga!
I send it to you so pay to them. You have started again. Make the payment now. Don't get me annoyed. I'm getting angry now.
Aku jawab lagi, You use Islam, your daughter and your sweet talker to fool me...
How dare you?  Hahaha...dia marah aku, dulu bukan main ber'honey' bagai. Sejak aku tak nak terima parcel dia tu terus jadi you.
Yeah, aku jawab lagi. That's what I thought about you right now. You can't force me to pay to them.
Your nonsense talking will put you to trouble
You're not my husband
I will force you. Why did you accept the first time? You don't know what you're getting into.
You must pay for it. Like it or not. It's a must. You will pay for it.
Of course not - balas aku lagi.
You will die because of this. You think it's a joke. Better you pay it and hae rest.
You blackmail me?
You will diee. This is the truth. You're about to die. And your money will not  accompany you to your grave. You think this is minor case.
I know that - aku jawab bila dia cakap duit aku tak bawa ke kubur.
Why are you holding tight to pay the package?
You want my money right...you don't even love me at all.
You claims that I fool you. Dia jawab ni bila aku cakap yang dia cuma nak duit aku je bukan cinta kan aku pun - How? You're just stupid and saying nonsense. - dia cakap aku bodoh! BODOH! Kurang ajar betul! 
Yeah...I'm stupid. Stupid b'coz believe in you.
Yes, really stupid.
Tqvm for say that.
No, stupid because you didn't believe in me. Your blood will pay for this. I'm telling you this. You think I;m joking.
Why you do that to me.
Because you're so wicked. Before you frustate me I will let you know that you will do that in hell after your death.
If I wicked, what are you? - aku balas balik. Suka hati kau je kan nak cakap apa kat aku!
I'm trying to be good to you. But your wickedness has made you want to do this to me. You make me hate you. And you will sleep and never wake up. Try me. My mom laying curses on you. (Mak ko kenal aku ke?) I will call the courier never to ask you to pay anything because you are paying with your life. They will block you as my package will remian there. You will die. Your blood will be a sacrifice.
Aku hantar sticker Astaghfirullah je tapi dia dah block aku kot sebab satu tick sahaja.

Lepas tu aku perasan dia friends dengan seorang perempuan ni kat FB dan aku pun friends dengan perempuan ni (kenal kat mana tak ingat dah!). Aku tanya lah kat FB Messenger, kenal tak Lelaki nama Ruhaan ni? DIa cakap tak kenal. Aku cakap tengok dia friends dengan akak kat FB. Dia pun terkejut. Dia cakap lagi nama pun pelik semacam sahaja. Lepas tu aku ada cerita sikit pasal aku chat dengan Ruhaan dan dia minta duit, dia kata sekarang ramai penunggang agama yang dia jumpa. Tunjuk baik, gunakan Islam sebagai medium untuk menipu orang. Dia suruh aku jangan kawan lagi dengan Ruhaan tu dan dia pun nak unfriend mamat tu.

MULA CHAT DI FB: APRIL 2021
MULA CHAT DI HP: 13.4.2021
AKHIR CHAT: 26.4.2021
PANGGILAN: DEAR, HONEY, SAYANG, DARLING
SEBAB: DIA NAK KIRIM BARANG UNTUK AKU TAPI AKU TOLAK. DIA PAKSA AKU BAYAR BILA BARANG TU SAMPAI!

*****************************************************************************

KENNETH



KONON NI BEKAS MAKWE DIA DAN PEREMPUAN NI CURANG DENGAN KAWAN BAIK DIA SENDIRI DI PARIS MASA TENGAH BELI BARANG KAHWIN DIA ORANG!. SEKARANG DIA SINGLE DAN BERSEDIA NAK JADI HERO AKU! HAHAHAHA....


EH, MUKA SAMA TAPI NAMA DAH JADI LAIN...HAHAHA


Baru je chat dah cakap suka aku. Siap hantar lagu Joe - I Wanna Know kat aku!. Dia beritahu "If I don't like or be with you, I will not ask for your WA number. I don't add random people om my WA list." Lepas tu dia adalah minta gambar aku...aku bagi je lah gambar swafoto aku tu. Dia cakap mak dia dari KL

Mamat ni beriya cakap dia suka aku dan nak masuk Islam (dia atheis katanya, tak ada agama!) Siap nak cari Islamic Centre kat tempat dia. Bila dia tanya aku cakap yang jujur, kalau betul kau nak masuk Islam kenalah belajar dulu. Aku sendiri pun tak cukup ilmu. Chat tak lama pun dan dia senap macam tu sahaja.

21.5.2021 - Dok chat dengan dia, lepas tu dia tanya, 
"Can I join your religion?" 
Aku pun jawab "Most welcome. Seriously?"
Yes, because I want to be your HERO. Forever together is what I want.

265.2021
Someone should hae stopped me from falling in love with you. Now I am so lost in loving you that I can barely separate my soul from yours. If this is not called ture love, I don't know what else is!

Banyak lah kau punya cinta sejati. Nak menipu perempuan macam tu lah ayat-ayat cinta dia bagi...

29.5.2021 - Chat akhir aku dengan dia ialah pasal aku beritahu keputusan swab test aku negatif. Dia tak balas pun sebab satu tick sahaja.

MULA CHAT DI FB: MEI 2021
MULA CHAT DI HP: 21.5.2021
AKHIR CHAT: 29.5.2021
PANGGILAN: SWEETHEART, HONEY, MY DEAR
SEBAB: DIA SENYAP MACAM TU SAHAJA DAN AKU PUN TAK ADA NAK MESEJ DIA


*******************************************************************************
MOHAMMED JEFFREY

CONTRACTOR MANAGER DI LONDON
41 TAHUN / DUDA, DAH CERAI 3 TAHUN LEPAS / MAK AYAH DAH TAK ADA
TEL: +44 7441 414594




Dengan dia ni pun chat tak lama dan kebanyakan yang aku chat tu, aku tak save pun nombor dia orang sebab tu kalau nak cari balik chat dengan dia orang agak susah lah sebab aku pun tak tahu nombor tu siapa punya...hahaha. Lagi pula dah tahu mereka tu akan minta duit suatu hari nanti kat aku cuma bila dan atas sebab apa sahaja yang aku tak tahu lagi, jadinya aku malas nak save nombor dia orang. Kadang tu dah tukar nombor, pakai nombor baru pula dengan alasan telefon rosak lah hilanglah dll.

Aku borak biasa sahaja dengan dia ni. Biasa mesej tanya pasal khabar, dah makan ke?, tengah buat apa?, dh balik kerja ke?, waktu kat sana @ sini sekarang pukul berapa? (waktu kita orang tengah chat tu)

19.5.2021 - Dia tanya aku tak rasa sunyi ke sorang-sorang, tak ada seorang lelaki di sisi.

25.5.2021 - Dia cakap , "I really love you I we do anything to make you happy.

29.5.2021 - Dia suruh aku berhenti kerja sebab dia risaukan kesihatan aku bila mana aku cakap ada member dekat opis posotif Covid-19. Banyak lah kau punya risau. Baru kenal berapa hari dah nak suruh aku berhent lepas tu kau ke nak bagi aku makan kat sini! Kau pun hilang nanti!

MULA CHAT DI FB: MEI 2021
MULA CHAT DI HP: 19.5.2021
AKHIR CHAT: 2.6.2021
PANGGILAN: DEAR, HONEY, MY LOVE
SEBAB: DIA SENYAP MACAM TU SAHAJA DAN AKU PUN TAK ADA NAK MESEJ DIA

No comments: