Wednesday 6 October 2021

MR.A - 6.10.2021 - KEDAI PAKISTAN DI CHERAS & PADANG KRIKET DI PUCHONG + PYJAMAS

Kali kedua aku keluar dengan dia dan kali ni dia datang jemput aku dekat kawasan opis. Aku tak beritahu aku kerja mana cuma cakap kerja di Pandan Indah sahaja. Kebetulan dia pernah duduk di Pandan Indah sebelum pindah ke Balakong dan dia tahu jalan dekat sini. Aku minta dia tunggu aku dekat tepi jalan dekat Giant Pandan Kapital tu sahaja. Aku belum nak beritahu dia yang aku kerja kerajaan lagi sebab baru kenal kan. Aku cakap dekat Kak Yam aku ada hal an keluar pukul 3 lebih ke 4 macam tu lah...hehehe maaf ye.

Dia ajak aku pergi makan kat kedai Pakistan yag lain pula dekat Cheras dan aku ok je lah kan. Masa dia bawa keretea dan pegang stereng kereta tu, aku perhatikan dia dan perasaan ada sedikit kekurangan pada diri dia. Masa jumpa dekat KLCC tu mana sempat nak belek dia dari atas sampai bawah kan. Mana kau 'nebes' nak jumpa dia lagi dan perhatikan dia lagi, memang tak sempat lah!

Aku fikir aku pun ada kekurangan diri juga dan tak kisahlah sebab terimalah seadanya kan! Lepas makan tu dia bawa aku pergi ke padang kriket dekat Kinrara, Puchong. Dia ada join kelab kriket di sini dan dia cakap dia paling ska padang dekat sana. Dah sampai tu nak masuk tak boleh sebab tutup kan (PKP) jadinya boleh tengok dari luar sahaja. Kita orang tak turun kereta pun sebab dah tak boleh masuk kan.

Lepas tu dia hnatar aku balik dan nak singgah ke Tesco Ampang. Aku pun ikut je dan kebetulan aku nak cari kertas manila untuk papan kenyataan 5S (tolong Kak Yam). Masuk kedai buku Popular dan jumpa lah kertas manila tu.  Aku siap tanya dia warna mana yang ok dan dia nak bayarka masa kat kaunter. Aku cakap tak payah sebab ni guna untuk opis, tak payahlah bayarkan.

Lepas tu gi tengok baju dan dia nak beli t-shirt dan surh aku pilihkan yang mana satu. Aku pun pilihkan dan sebenarnya ni kali pertama aku nak pilih baju untuk lelaki (kalau arwah Abah dulu, mak aku yang belikan baju, Abah aku memang tak pernah beli sendiri) dan aku pun tak perah belikan baju untuk Abah dulu....

Macam biasa aku cari baju untuk Nuha dan bila aku tanya Mr.A baju ni cantik tak? Baju tu cantik tak? Semua dia cakap cantik...hahaha aku yang pening nak pilih yang mana satu. Sudahnya aku bayar semua sekali termasuk t-shirt yang dia nak beli tu...hehehe. Kira ni hadiah pertama aku untuk dialah!  Lepas tu dia hantar aku balik. 

Masalah aku bila dalam kereta aku diam sebab tak tahu na cakap apa dengan dia TAPI bila dah sampai dekat parkir tu macam-macam benda aku nak cakap, nak tanya, nak borak dengan dia padahal sepanjang perjalanan tadi boleh borak kan? Dah lah parkir tu kena ambil pas sebelum masuk dan dibenarkan selama 15 minit sahaja. Mana sempat nak berborak sakan kan...padan muka aku!


DIA SWAFOTO SENDIRI



DIA AMBIL GAMABR AKU - TUDUNG AKU KENA ANGIN LAH

AKU MAKAN ROTI NAN DENGAN PATTY DAGING - DIA YANG ORDER

TAMBAH KACANG KUDA MASAK KARI KE MASAK APA ENTAH

TEH PANAS PAKISTAN


AKU AMBIL GAMBAR DIA, DIA AMBIL GAMBAR AKU



APA YANG KELAKAR SANGAT NI








SILAU CAHAYA MATAHARI





T-SHIRT NI LAH YANG AKU PILIH UNTUK DIA

AKU NAK AMBIL GAMBAR DIA - SURUH DIA POSING


SMART LAH JUGA KAN - AKU SUKA TENGOK LELAKI PAKAI JEANS & TOPI




MR.A SURUH AKU AMBIL ANGLE DARI ATAS - JADINYA MACAM NI LAH

LEPAS TU DIA YANG AMBILKAN GAMBAR










PYJAMAS DAH SAMPAI - LENGAN PANJANG RASANYA NI

BELI DRESS UNTUK NUHA DAN DAMIA - TESCO AMPANG

UNTUK NUHA ADA TAMBAHAN SATU LAGI BAJU NI - WARNA  UNGU PULA TU



KAD MANILA

MANDIAN BIDARA - BELI RM50 DAPAT GINCU TU PERCUMA DAN COP DEKAT KAD. KALAU DAH PENUH NANTI DAPATLAH HADIAH

No comments: