Tuesday 26 October 2021

SWAFOTO - 26.10.2021 - MESYUARAT SEBUT HARGA



Baju baharu - aku pun dah ikut macam Kak Yam. Setiap kali nak mesyuarat mesti nak pakai baju baharu tapi orang kat opis aku ni tak nampak pun kalau aku pakai baju baharu. Kak Yam pakai je dia orang nampak. Bos aku je yang kadang-kadang cam kalau aku pakai baju baharu untuk mesyuarat...yang lain tu buta agaknya...hahaha. Gurau je! Memanglah terasa hati tapi nak buat macam mana kan! Aku ni gemuk, gelap, tak cantik, tak pandai mekap, tak peramah nak huuhaa-huuhaa sana sini, pendiam dan tak banyak cakap.

Sebelum ni aku yang pakai dulu mask (topeng muka) tu ikut warna baju sebab aku suka malah sarung tangan (handsocks) aku pun ikut warna baju tapi yang ni dia orang tak perasan lah sebab kat dalam baju aku kan. Dah berbulan aku pakai dia orang tak cakap apa pun tapi bila Kak Yam pakai, dan-dan cakap Kak Yam pakai mask ikut warna baju, mesti nak sama warna. Hello! Aku yang pakai dulu kot! Tapi macam biasalah Kak Yam buat, Kak Yam pakai je yang dia orang nampak. It's okay! Terasa tu memanglah tapi buat tak tahu lah, malas nak layan!













No comments: