Monday 4 October 2021

MR.A - 3.10.2021 - PERTAMA KALI JUMPA DI KLCC

3.10.2022, aku dan Mr.A dah janji nak jumpa dekat KLCC dan aku  ajak Meen untuk temankan aku. Kita orang dah sampai awal dan dah jalan-jalan ke Kinokuniya, Isetan dan Watson  tapi dia belum juga sampai. Sudahnya aku cuba telefon dia sebab kita orang nak beli tiket wayang untuk filem Sangchi and The Legends of The Ten Rings. Bila dah dapat telefon tu rupanya dia baharu nak pergi rumah kawan dia untuk tukar kereta dan bila aku tanya sempat tak datang kalau dah beli tiket tu, dia cakap sempat.

Kita orang pun pergilah beli tiket dan sambil nak tunggu dia dan masa tayangan tu, aku dan Meen pergi makan. Perut pun dah lapar dan kita orang makan nasi ayam sahaja. Lepas makan tu dapat panggilan daripada Mr.A beritahu dia dah sampai dekat  tempat wayang tu. Aku mula rasa berdegup jantungku...aah...aah..ahh... (macam lagu dangdut pula).

Meen yang nampak dia dulu. Dia pakai t-shirt dengan seluar track dan sandal. Aku ingat dia datang pakai jeans dan kasut...smart lah sikit kan! Hahaha...Nak buat macam mana dia dah pakai macam tu kan. Waktu nak tengok wayang pun tak berapa lama lagi dan tak ada nak ke mana pun. Tengok wayang, aku duduk tengah lah kan. Ada juga borak dengan dia takut dia tak minat cerita ni tapi dia ok (katanya).

Lepas tengok wayang tu aku ajak di Cold Storage kejap sebab nak cari roti yang aku suka tapi tak ada pula. Sudahnya aku beli roti lain, Meen pun aku suruh ambil dan dia juga tapi masa nak bayar tu dia yang bayarkan semua sekali. 

Yang kelakar tu masa nak cari kereta dia kat parkir tak jumpa! Puas kita orang ikut dia keliling parkir tapi ak jumpa-jumpa sudahnya dia salah parkir. Dia parkir tingkat lain tapi cari dekat tingkat lain! Hahaha..... lama juga kita orang kat parkir tu. Aku minta dia tolong hantarkan Meen sebab dah malam kan dan dia cakap boleh saja.

Lepas hantar Meen tu dia cakap dia lapar sebab tak makan lagi dan minta aku temankan dia makan kat Kedai Pakistan. Ini kali pertama aku pergi makan kat kedai Pakistan. Aku makanlah sikit dan dia ada tanya aku boleh makan tak makanan kat sini (kedai tu). Aku cakaplah boleh je. Macam nasi minyak juga dan lepas tu dia order teh panas. Teh panas dia orang masak kat periuk dan guna susu segar jadi rasanya lain daripada teh tarik yang beli kat kedai mamak kat sini. Sedaplah aku minum panas-panas.

Lepas tu dia hantar aku balik kat PM2 dan dai tahu selok belok jalan dan aku cuma tunjuk sikit-sikit sahaja. Sebelum ni aku pernah video call untuk pertama kalinya dan masa tu memang aku berdebar-debar. Aku cakap dekat dia video call sekejap sahaja dan cakap ok. Masa tu dekat pukul 3 rasanya dan aku video call dia kat surau Tingkat 16, nasib baik tak ada orang masuk masa tu.Beberaapa hari sebelum tu dia ada telefon dan memang rasa berdebar masa nak cakap dekat telefon tu. Aku tak pernah cakap dengan lelaki kan selain dari kawan kerja itupun jarang sekali.

Memang tak biasa kan dan dia lelaki pertama yang aku call, video call dan jumpa melalui FB Dating tu. Setakat ni nampak dia ok lah.

Kali pertama cakap secara berdepan memang lain rasanya dan aku perhatikan rambut dia yang botak tu, tangan dia yang banyak bulu...hahaha tapi dia kurus (tak boroi).








AKU DAN MEEN SEBELUM JUMPA MR.A



TIKET WAYANG KITA ORANG



DUA-DUA MAKAN NASI AYAM SAHAJA SEBAB NAK CEPAT DAN TAK TAHU NAK MAKAN APA  SEBAB RAMAI ORANG

DAH JUMPA - MEEN TOLONG AMBILKN GAMBAR KITA ORANG (DIA YANG TANYA SEBENARNYA...HEHEHE)










MAKAN KAT KEDAI PAKISTAN - AKU AMBIL SIKIT SAJA TAKUT TAK HABIS NANTI

TEH PANAS



BELI ROTI - ROTI YANG MR.A PILIH PUN DIA BAGI DEKAT AKU

WATSON - TAK PASAL-PASAL AKU BUAT KAD AHLI DAN DAPAT BEG DAN THERMOS TU

NI DARIPADA WA MR.A - DIA BAGI DEKAT AKU

MAKAN BERDUA GITU!!!




No comments: