Monday 11 October 2021

4 & 5.10.2021 (DIY & SWAFOTO), 8.10.2021 - HANDSOCKS & 9.10.2021 (KEMAS BARANG KAT RUMAH)

4.10.2021
Nak beli beg yang besar sikit, jadinya pilih punya pilih tak banyak pilihan yang ada.


Aku snap gambar ni tunjuk kat Adik aku yang mana satu lagi ok untuk aku beli, eh, dia pun nak juga! Sudahnya aku beli dua beg ni!

Niat gi DIY nak cari beg sahaja tapi bila keluar...hahaha macam-macam aku beli.

Yang lain-lain tu aku beli untuk Nuha dan kegunaan rumah cuma beg dan dua sudu tu sahaja yang aku punya. Memang aku selalu belikan Nuha barang-barang kat DIY kalau aku gi sana. Adalah aktiviti untuk dia sementara dia masih tinggal dengan kita orang lagi kan.

Okay lah dalam beg ni kan - kononnya aku beli beg ni kalau nak tengok perlawanan kriket, hahaha senang aku nak isi segala barang aku sebab beg ni besar kan! Tak tahulah bila boleh dapat tengok sebab virus Corona masih ada lagi kan!

Untuk plat kenderaan Majlis nanti...tak aku ingat nanti nombor plat


5.10.2021 - Swafoto dulu yer!!





8.10.2021 - SARUNG TANGAN @ HANDSOCK
Saja aku 'offer' kat Adik dan anak buah aku yang perempuan, siapa nak sarung tangan. Aku belanja dia orang. Sarung tangan ni aku beli dekat Maizan yang selalu aku beli mask tu dan nanti dia boleh hantar kat tempat Adik aku.

Ambil 'order' dulu eh...tapi biasalah ada warna yang ada stok dan ada yang tiada. Bila tak ada tu kena beritahu dia orang pula untuk pilih warna lain pula.





Dah sampai kat tempat kerja Adik aku

Ada 18 pasang sarung tangan

Rasa macam banyak - macam ada lebih je ni!

Adik punya

Iqa punya

Nurul punya

Iman punya

Aku punya - warna elektrik blue ni dah lama aku cari sebab susah nak jumpa warna macam ni

Ada Maizan bagi percuma kat aku ni sebab warna pink ni aku tak ada 'order' pun...terima kasih Maizan.

Dah susun ikut pemilik sarung tangan



9.10.2021
Kemas barang kat rumah

Kenangan berakon teater pada Perhimpunan Bulanan JPB 2017 - jadi jin

Baju Alumni MPR 2002 - tak nak pakai nak simpan buat kenangan sahaja!

Masa baharu ditukarkan ke Bahagian Integriti, Jabatan KHP tengah rancang nak buat Hari Keluarga. Aku tak pergi pun sebab tak ada hati nak pergi. Lagi pula ini kali pertama aku mengalami perasaan ditukarkan ke jabatan / bahagian yang lain setelah lebih lapan tahun di JPB (dah selesa kan walaupun banyak kerja dan kena jaga kaunter - dengan kerenah TA yang tak nak jumpa orang awam (public)).

Tapi dia orang bagi jugalah baju ni kat aku dan aku pun tak pernah pakai rasanya baju ni...tak ingat lah pula!

Ni tuala yang aku dapat masa sambutan ulang tahun staff JPB dan sekali itulah merasa sambutan ulang tahun staff JPB yang dia orang bulan untuk 3 bulan sekali. Jadinya yang lahir pada Jan, Feb dan Mac akan disambut bersekali pada bulan Mac. Aku tak pernah pakai pun tuala ni, sayang nak pakai..hehehe

Plak yang arwah Abah dapat masa nak pencen dari Jab KEJ. Dorang tak nak simpan biar aku yang simpan.

Kemas jangan tak kemas



Ni nak simpan balik

Terselit pula topi keledar Adik aku ni!






Sebenarnya ada papan kat dalam almar ni tapi dah melendut, jadi aku suruh Abang Ali cabut dan biarkan kosong je tapi susah sikitlah aku nak susun barang sebab tak ada para tu kan tapi bolehlah buat sementara ni

No comments: