Tuesday 26 October 2021

MR.A - 22.10.2021 (KAHWIN WARGA ASING) & 24.10.2021 (PORT DICKSON) - BHGN 1




Macam tahu-tahu je aku berkawan dengan Mr.A, keluar pula artikel pasal kahwin dengan warga asing ni.

********************************************************************
24.10.2021 (Ahad)

Mr.A ajak aku pergi PD dan aku cakap boleh lah tapi dia buat hal pula. Aku cakap keluarlah pagi tapi dah petang baharu dia datang. Aku dah semangat nak keluar pagi-pagi tapi mesej dia tak balas pun. Dekat Zohor macam tu dia telefon aku dan aku pun dah tak ada mood. Kita dah siap awalkan cuma tak pakai tudung je lagi. Lepas tu aku matikan telefon dia telefon lagi. Aku matikan telefon dia telefon lagi, beberapa kali macam tu.

Dia cakap petang pun boleh pergi. Aku cakap memanglah boleh tapi pukul berapa nak pergi dan pukul berapa pula nak balik nanti. Dah lah pergi hari Ahad kan. Sudahnya dekat pukul 2 lebih baharu dia sampai. Dalam kereta memang aku tak cakap apa pun dah lah kereta dia tak ada aircond (rosak) mau tak bersauna aku dalam tu. Aku ni dah lah jenis yang cepat berpeluh dok dalam kereta macam tu mau basah baju aku nanti. Dia ajak aku pergi makan dekat Restoran Al-Rawsha kat Kg. Pandan tu. Aku diam je, lantak lah kau nak bawa pergi makan dekat mana, aku ikut je. 

Kat restoran tu memang orang Pakistan dan dia yang cakap dengan orang tu makanan yang kita orang nak. Pelayan tu tengok aku dan Mr.A. Aku buat tak tahu sahaja. Lepas tu makanan aku tak habis (macam biasa) dan minta tolong pelayan tu bungkuskan dan dia tak bungkus yogurt tu sekali tadi.

Bila dah bungkus tu, yang hantar lelaki Pakistan yang muda sikit (yang tadi tu dah berumur sikit) dan dia pandang masa bagi yogurt tu dan aku tak tahu yang Mr.A dok pandang lelaki tu. Bila lelaki tu dah pergi dia siap cakap, "Apa pasal itu lelaki pandang you?" Mana aku tahu kan!

Lepas tu hati aku pun dah sejuk sikit dan adalah borak-borak dalam kereta. Kerja Mr.A kan dah bawa dia ke sana sini dan dia mahir dengan jalan-jalan yang ada di sini jadi aku tak adalah nak risau tersesat ke apa. Lepas tu singgah solat Asar masa dah nak sampai PD tu (dah nampak deretan pantai Teluk Kemang tu pun). Lepas solat baru pergi cari parkir dan berpusing 3x jugalah nak cari parkir. Penuh semua! Ada rezeki kita orang dapatlah parkir betul-betul dekat pantai tu. Kita orang jalan-jalan kat pasir tu dan tengok orang mandi-manda, orang naik jet ski, orang naik banana boat, kapal-kapal yang jauh dan nampak macam kotak mancis sahaja. Dekat kita orang pula ada budak-budak remaja sibuk bergambar lah buat boomerang lah.

Kita orang pun ada juga ambil gambar. Aku pun ada ambil gambar pemandangan senja yang Masya Allah cantiknya!. Lepas tu kita orang jalan ke sebelah kiri pantai tu pula. Masa datang tadi terus ke bahagian kanan pantai tu. Aku tak peduli orang tengok aku jalan dengan Mr.A ke tidak. Mesti orang tengok aku berjalan dengan lelaki warga asing (macam aku tengok orang dulu juga kan!)

Dia cakap dia pernah datang sini dengan kawan-kawan dia dulu. Aku cakap aku pun pernah mandi dekat sini tapi sekarang dah tahu perempuan tak digalakkan mandi ditempat terbuka macam ni, memang tak adalah aku nak mandi lagi kan. Dalam pada dok borak-borak tu, Mr.A saja senggol lengan aku sambil tersenyum. Saja lah tu kan nak dekat-dekat dengan aku!

Kita orang beredar pukul 7 malam. Lepas tu cari masjid nak solat. Susah juga nak cari sebab ada masjid yang tutup. Lepas tu singgah makan dekat RnR tapi makan burger sahaja dan kita orang orang yang terakhir dapat beli (dah pukul 9 lebih macam tu) dan lepas tu dia hantar aku balik macam biasa.

Ni semua gambar daripada WA Mr.A










AKU TAK TAHU DIA SWAFOTO GAMBAR DIA MASA AKU TENGAH AMBIL GAMBAR PEMANDANGAN












NASIB BAIK AKU PAKAI KASUT BERTUTUP, KALAU TAK HABIS KENA PASIR



MR.A  BELAJAR BUAT MINI LOVE










No comments: