4.11.2019
Singgah D.I.Y sebab aku nak cari jam dinding nak letak kat depan sebab dekat dua minggu tak ada jam kat depan. Susah nak tengok masa bila tak ada jam dekat depan ni. Dulu ada dekoder Astro senanglah juga nak tengok masa kan, sekarang dah tukar dekoder baharu tak ada tunjuk jam memang payahlah.
Aku tengok yang lain dalam rumah tu buat tak ahu sahaja pasal tak ada jam ni kan, jadinya akulah yang kena mengalah. Pergilah cari jam dekat D.I.Y ni dan biladah masuk sini memang macam-mamcam nak dibeli walaupun bukan nak guna sangat pun.
PENGHABISAN STOK! |
BEG YANG ADA ZIP NI HANYA 80 SEN SAHAJA! ADIK AKU NAK DAN TAK PASAL AKU PUN AMBIL SATU...HAHAHA |
MACAM-MACAM JENIS JAM ADA DAN PENAT AKU NAK SNAP SATU DEMI SATU DAN HANTAR GAMBAR KAT ADIK SURUH DIA DENGAN MAK TENGOK NAK YANG MANA SATU |
RM26.90 |
17.9.2019
PERHIMPUNAN BULANAN BAHAGIAN AUDIT DALAM
7.11.2019
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PELESENAN
Aku terlewat pagi yang ada perhimpunan bulanan. Selalu datang awal sebelum, 7.30 dah terpacak kat opis. Kali ni anjuran Jabatan Pelesenan yang selalunya gempak dan kalau turun lambat tak dapatlah doorgiftnya. Geng Ukur Bahan (UB) pula tak nak turun awal dan Kak Azie tak nak turun sebab ada kerja kat opis. Sudahnya dekat pukul lapan baharulah geng UB nak turun.
Bila turun dah macam tempat game masa aku kerja dulu (SWW) dan yang ini lagi havoc dengan lampunya (pencahayaan yang gempak) dan bila nak masuk dalam Auditorium tu rasa macam masuk dalam terowong masa hadapan (intonasi macam cerita Doraemon tu!!!)
RASA MACAM KAT KELAB MALAM PUN ADA JUGA NI!!! |
SYIFA - PELAJAR PRAKTIKAL - NI GAMBAR SEBAGAI BUKTI DAH TURUN PERHIMPUNAN. TENGOK KAT BELAKANG TU ADA TEMPAT GAME DAN SIAPA NAK BOLEH MAIN. EN.ZUL ADA CUBA MAIN GAME KAT SINI. |
SYIFA TEMANKAN WANI PULA SEBAB TADI TURUN LUPA NAK SNAP |
PENUH - SIAPA LAMBAT KENA BERDIRI ATAUPUN DUDUK DI BARISAN HADAPAN |
TENGOK TEMPAT DATO' YDP PBERUCAP |
Setiap kali Jabatan Pelesenan buat memang akan sentiasa jadi tumpuan termasuk aku sebab nak tengok apa kelainan yang cuba ditonjolkan. Sebelum ni dia orang pernah pakai baju askar (sewa) dan pernak buat tema di awan biru (pakai baju pramugara dan pramugari - corak kain ala-ala seragam MAS) dan seolah berada di dalam kapal terbang (ada tingkap kapal terbang yang besar).
Tapi kita orang turun lambat dan doorgfit dah habis. Dia orang bagi tali untuk letak pas pekerja. Aku pula tak ada kawan yang berada kat jabatan tu sebab selalunya mesti ada lebih punya. Macam perhimpunan Jabatan PSP dulu, Kak Azie tanya member dia, ada pun lebih. Tak ada rezeki kan dan siapa suruh banguan lambat!
TREND KEBANYAKAN JABATAN YANG AKAN SEDIAKAN PHOTO BOOTH MASA PERHIMPUNAN (NI GAMBAR KAK FAIZAH YANG PAKAI CERMIN MATA TU) |
CC INA KASIM DAN ALONG SYAM DAN BERGAMBAR MEMANG TAK DAPAT DIPISAHKAN - BERGAMBAR PULA DENGAN SYARAH YANG GANTI AKU, BUDAK COMEL KAN! UNTUNGLAH....HEHEHE |
No comments:
Post a Comment