Sunday 24 November 2019

AUDIT ISO - 23.11.2019 (BHGN 1)

CONTOH PAPAN KENYATAAN DI BHGN. PS



BAHAGIAN PS DAH CANTIK MASA NAK AUDIT 5S HARI TU



AKU YANG PALING AWAL SAMPAI SEBAB HANYA AKU DENGAN KAK RIN SAHAJA PADA SABTU NI SEBAB DIA ORANG NAK DATANG HARI AHAD DAN AKU PULA TAK BOLEH DATANG HARI AHAD.

NASIB BAIK ADA GENG DATANG KERJA HARI NI. SEMALAM PUN PUKUL BERAPA BAHARU DIA ORANG BALIK SEBAB NAK PERBETULKAN SEMULA FAIL-FAIL YANG ADA

NAMPAK TU, BERSUSUN FAIL SEBAB BANYAK YANG TAK LENGKAP




YANG INI NAK DIBAWA KE TINGKAT 7 UNTUK DILUPUSKAN NANTI
Aku dah pernah kena audit ni masa duduk di JPB dan memang terkejar-kejar nak siapkan semua fail yang kita jaga biar lengkap sebab ada Auditor yang akan minta fail berdasarkan buku pendaftaran fail bukannya fail lengkap yang kita orang dah sediakan. Kalau yang kita orang sediakan, semestinya kita akan ambil yang paling lengkap dan sempurna untuk dapat markah tinggi kan!!!

Masa tahun pertama kena audit, macam nak mampus aku tulis kat senarai semak kat dalam kulit fail yang dibuat oleh JPB. Masa audit dalaman ada teguran kenapa kat borang tu tak isi. Bila buka fail baharu memang PT akan tampal kat bahagian dalam kulit fail dan ianya sekadar tampal dan tak berisi pun. Lepas tu masa nak audit luaran pula masing-masing sibuk betulkan fail termasuk aku (masa tu aku jaga kawasan Lembah Jaya) dan TA pun sibuk tanya ok ke tak fail. 

Kebanyakan dia orang tak bagi slide presentation masa Mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk masuk dlam fail. Tempat kita orang dengan bilik fail pula agak jauh dan jenuhlah nak berjalan ulang alik dan kat tempat aku penuh fail sebab semua fail dari awal tahun aku semak dan cuba lengkapkan.

Jadi bila dah kena tu, tahun berikutnya  aku terus buat kat borang tu. Bila dapat memo daripada jabatan lain terus aku isi kat Borang Senarai Semak tu bila tarikh terima, tarikh Mesyuarat Jawatankuasa OSC dan keputusannya. Jadinya bila nak audit nanti aku tak adalah kelam-kabut macam tahun sebelumnya kan! Tapi tak juga sebab aku tengok PT lain dok sibuk semak fail, aku pun jadi kalut sekali sampai berkali-kali semak fail yang ada dan tahun akhir aku jaga Bahagian Kawalan Pembangunan (DUN Lembah Jaya yang mana TA nya ialah Abg Mie), lepas aku semak semua fail tu berlonggok dekat meja Abg Mie (dia ak semak pula) dan bila Auditr minta senang nak cari.

Dalam bilik fail tu dah rompong at bahagian fail yang terlibat dengan Audit ISO tu. Lepas dah audit tu, satu kerja pula kita orang nak simpan dan susun balik fail-fail yang dah dikeluarkan. Letih kot! Fail pula susun ikut nombor fail bukan ikut DUN jadinya bercampurlah untuk lima DUN yang ada. Kalau fail KM Besar lagi letih sebab tebal-tebal belaka. 

Itulah kenangan lama dan bila tukar ke Bahagian Integriti aku tak terlibat dengan Audit ISO ni sebab tak ada proses kerja yang diISO kan untuk bahagian kita orang dan aku banyak terlibat dengan fail-fail sulit dan kemudian bila ditukarkan lagi ke Bahagian Ukur Bahan, memang aku k jaga fail-fail projek. Aku banyak menggunakana fail sulit juga sebab urusan tender dan sebut harga kan perkara yang sulit.

Sebelum Wani, PT baharu di Bahagian Projek masuk di sini memang fail kat dalam bilik fail tu tak tersusun pun dan banyak yang tak diminitkan. Jadi hari pertama dia masuk kerja dan kena buat kerja walhal masa aku masuk JPB dulu melanguk sahaja pada hari pertama. Selalu pun memang orang tak akan bagi kerja sangat pun masa hari pertama kita kerja kan!! Tempat korang pun sama juga ke???









FOTOSTAT UNTUK MEREKA YANG DATANG KERJA ESOK









DAH SUSUN IKUT BULAN  - MASA NI DEKAT PUKUL 630 PETANG DAN HANYA ADA AKU, KAK RIN DAN ACAP SAHAJA. ACAP PUN DATANG DEKAT PUKUL 5 RASANYA





25.11.2019
Audit hari pertama bermula dan giliran Ukur Bahan ialah esok. Tiba-tiba aku dapat panggilan daripada En.Rasul dan dia nak tengok kalender aku untuk dia lengkapkan dalam HRMIS.

Turunlah aku dengan bawa kalender aku tu sebab biasanya memang aku akan catakan kat situ kalau ada mesyuarat ke kursus/seminar/bengkel ke yang En.Rasul pergi ke tak sebab nanti senang. Bila turun KHP tu tengok ada perubahan tempat duduk bila mana Syarah (PT) dan Azira (PPT) Bahagian Integriti duduk dalam satu work station yang sama dan rasanya dia orang berkongsi komputer. Dia orang duduk kat tempat Siti Mariam dulu tu.


TAK ADA KERJA SEMENTARA TUNGGU EN.RASUL SEMAK KALENDER AKU TU...HEHEHE

SYARAH - ANTARA 'BUNGA' BAHARU DI KHP. DIA BUNGA MAWAR MANAKALA AKU BUNGA TAHI AYAM KOT....HAHAHAAAAAAAAAAAAAA




DI DEKAT PM2 BILA MASA AKU PERGI KERJA KUPU-KUPU NI KAT SINI DAN BILA AKU BALIK KERJA (MALAM) PUN KAT KEDUDUKAN YANG SAMA JUGA - TAK BERGERAK LANGSUNG MASA AKU DEKAT UNTUK AMBIL GAMBAR.

26.11.2019 - HARI AUDIT UNTUK UB

SEMALAM PUN MEJA MASIH BERSEPAH DAN PETANG.....DAH KEMAS MACAM NI!!!







No comments: