%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
E-CODES HARAM?
oleh Sahabat
Halal Jakim pada pada 28hb Disember 2011
ISU KOD 'E'
DALAM RAMUAN MAKANAN DAN MINUMAN
Ramai yg
bertanya..Mengapa produk makanan yg ada kod 'E' spt e471 dan e476 tetapi mempunyai
logo halal Malaysia?
Penjelasan:
Bahan campuran
makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada
tahun 2007 yang lalu dan masih tersebar hingga ke hari ini.
Ianya bermula
dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada
Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di
Pegal, Perancis yang membuat kajian ke atas bahan campuran makanan ber kod ‘E’
itu.
Senarai E-codes
yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak,
pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan
daripada Medical Research Institute (persoalannya: yang mana satu? sbb ada
banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD.
Dingatkan bahawa artikel
yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda
pihak tertentu sahaja.
CUBA ANDA GOOGLE
SEARCH : Dr. M. Amjad Khan Medical Research Institute United State - UNTUK
LEBIH JELAS :)
Definasi E -Code
ialah : E numbers are codes for food additives that have been assessed for use
within the European Union (the "E" prefix stands for
"Europe").[1] They are commonly found on food labels throughout the
European Union.[2] Safety assessment and approval are the responsibility of the
European Food Safety Authority.
- sumber
:http://en.wikipedia.org/wiki/E_number
Kembali kepada
isu yang dibangkitkan oleh Dr. M. Amjad Khan:
Di bawah ini
terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.
E100, E110,
E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270,
E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431,
E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475,
E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572,
E631, E635, E904, E920
Kod-kod E
seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia
terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh
dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan
sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal
merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti
berikut:
Bahan pewarna
E100: merupakan dari sumber tumbuhan.
E110: dari
sumber chemical
E120: dari
summer serangga
E140: dari
sumber tumbuhan
E141: dari
sumber tumbuhan Bahan pengawet
E210: benzoic
acid dari sumber tumbuhan dan chemical.
E213: calcium
benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E214: Ethyl
4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E216: Propyl 4-
hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E234: Nisin;
dari sumber microbe.
E280: Propionic
Acid dari sumber chemical.
Kumpulan yang
kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang
tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:
E153: carbon
black(Bahan pewarna).. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan
E422: Lecithin.
Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E432:
polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E433:
polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E434:
polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E435:
polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E436:
polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E470: Ia
berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia
berkemungkinan dari sumber haiwan.
E472: Ia
berkemungkinan dari sumber haiwan.
E473: Ia
berkemungkinan dari sumber haiwan.
E474: Ia
berkemungkinan dari sumber haiwan.
E475: Ia
berkemungkinan dari sumber haiwan.
E476: Ia
berkemungkinan dari sumber haiwan.
Bagi
produk-produk yang mendapat pengesahan Halal Malaysia dan badan-badan Islam
luar negara yang diiktiraf, bahan-bahan kritikal dari aspek halal tersebut akan
dipastikan mempunyai sijil halal dan spesifikasi yang menunjukkan sumber hasil
bahan tersebut terlebih dahulu atau dihantar untuk ujian makmal di Jabatan
Kimia Malaysia sebelum disahkan halal.
Jelasnya, tidak
semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi tetapi tumbuhan juga ada. Sebagai orang
Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja
tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan
mudah “dipermainkan” dengan isu sebegini.
Sebagai contoh
untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna
kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110
adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal,
Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi
yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak
babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya
dan “dipermainkan” oleh pihak-pihak berkepentingan.
Bahan ramuan
yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori
pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk
ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka
air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).
Kedua-dua
bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan
air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi
ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam
adunan tepung/marjerin.
Kenapa? Kuning
telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri
makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan
menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak,
minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol
(monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan
keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan
asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.
Lemak dan minyak
pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef
tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung,
bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul
sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada
menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah
berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber
tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak
itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau
lemak babi.
Kita janganlah
cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Umum tahu bahawa haiwan
ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada
kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen
(collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk
menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak
dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar
endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan
teknologi makanan.
Manfaat ini
TIDAK TERHAD kepada babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing,
ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah
semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa
bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi
perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen
dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan
menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).
Sekali lagi
dijelaskan: Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati
tidak benar. Pelbagai pihak pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang
kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu?
sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa
artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu
propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.
Untuk menentukan
sumber apa asalnya bagi produk yang dilabelkan ramuan dengan kod E, kita perlu
menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Yang
paling penting Pastikan Ada Logo Halal Malaysia. Semak Direktori halal atau
minta sijil halal dari pengeluar/pengedar.
Waallahu'alam
Sumber: JAKIM
No comments:
Post a Comment