Saturday 17 March 2018

PERHIMPUNAN BULANAN (14.3.2018) & OLE-OLE DARI TURKI

Perhimpunan bulanan kali ini dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSP) yang dahulunya bergabungan dengan Jabatan Kesihatan Alam Sekitar dan Penjaja (KAP) yang membentuk Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan (PBK).








Bergaya dengan tudung baharu sebenarnya. Aku beli dengan Kak Atikah yang merupakan Agen Tudung  Aidijuma. Kebetulan aku nak beli kan tudung sempena ulang tahun adik aku, dah berkenan maka aku belilah sehelai untuk aku.

Lepas perhimpunan kita orang dapat ole-ole dari Turki. Ingatkan dapat manisan sahaja macam Bengkel SKT di KL East melawati tempoh hari. 



NI AKU 'SCREENSHOT' GAMBAR KAK FAIZAH DI JABATAN BANGUNAN. BOS DIA BELIKAN MANISAN YANG BERWARNA-WARNI MACAM NI
Rupanya ada lagi oleh-oleh untuk kami di JPB. Dapat mangkuk kecil yang comel dengan pebagai warna dan aneka corak. Aku nak pilih warna ungu tapi cuma ada dua sahaja yang telahpun di'rembat' oleh Kak Atikah dan Kak Wan Syarianti. Sudahnya aku pilih warna hijau yang aku rasa menarik juga kan!

Terima kasih Pn. Zu!!!!





Ni kisah pagi tadi yang mana aku datang awal tapi bergelap. Abang Burn yang lebih dulu sampai daripada aku baeritahu memang tak ada lampu. Sudah! Aku sorang-sorang kat dalam opis ni! Yang lain belum sampai lagi! Tapi aku beranikan diri, masuk je terus duduk kat tempat aku. Tak lama lepas tu dengan ada staff lain yang datang tapi tak tahu siapa. Dalam lima minit lepas tu baharu elektrik ada balik dan opis terang benderang semula.


DI KAWASAN 'T.A.'
PANDANGAN DARI BELAKANG TEMPAT DUDUK AKU YANG MENGHALA TERUS KE BILIK PN. ZU

Kerja aku hari ni dah cari sarat warta tahun 2011 yang mana aku tak jumpa lagi. Sudahnya aku jadi 'doktor' yang buat pembedahan kat pesakit-pesakit aky yang banyak ni sampai Kak Atikah kata aku dah macam doktor yang tengah 'operate patient'. Aku senyap je tapi yang berbunyi tarikan selofan tape kat meja aku....Zret...zret...zret...sapai yang yang lain tertanya-tanya apalah yang aku buat tu.

Kebetulan aku tengah cari surat, fail dah rabak jadinya aku tolonglah betulkan daripada bertambah teruk kan. Biarlah PT yang dulu tak nak buat tapi aku tak nak lepas aku pindah dari sini, nama aku naik dengan benda-benda yang kurang elok. Jadi, aku dah persiapakan kerja aku, fail-fail aku, siap ada salinan surat-surat yang akan memudahkan PT yang akan gantikan tempat aku nanti. Tak adalah dia nak bersusah-suasah macam yang aku kena kan! Hehehehe........


PEMBEDAHAN SEDANG DIJALANKAN OLEH 'DR. REHANZ'

NI FAIL YANG DAH SIAP 'OPERATION'

SEBELUM

SELEPAS

AKU SIAP TAMBAH 'COVER' UNTUK FAIL NI TUTUP ELOK-ELOK



BANYAK PESAKIT AKU UNTUK TEMPOH SEHARI DUA NI
Sambung balik cerita pasal perhimpunan bulanan tu. Masa aku masuk cuma dapat pelekat peti air pasal kitar semula, dekat-dekat pukul 8 pagi Kak Ina Norizan sampai, dia bagitahu ada bekas macam bentuk kipas kat luar tu dan ada yang dapat. Aku rasa pelik sebab aku sampai lagi awal daripada Kak Ina tapi tak dapat pun.

Lepas tu kita orang tengok lepas seorang demni seorang yang masuk dalam Auditorium (OD) tu bawa bekas yang Kak Ina cakap tu. Ada pelbagai warna. memangdangkan perhimpunan belum bermula dan YDP pun tak sampai lagi, aku dengan Kak Ina keluar dari OD untuk usyar kat luar. 

Rupa-rupanya siapa yang nak boleh ambik. Apa lagi, aku pun sibuk pilih warna yang menarik dan tengah pilih tu CC Zizah Husin bagi tahu masuk dulu sebab YDP dalam perjalanan ke OD. Sudahnya aku ambil sahaja warna hijau. Dah masuk dalam OD tu, lama juga kita orang tunggu ketibaan YDP tapi tadi kata dah nak sampai kan!!! Hmmm....




CANTIK KAN! DARI BOTOL MINUMAN. BOLEH BUAT BEKAS PENSEL KE PASU BUNGA KE...


NI DOOR GIFT DARI JABATAN PSP.






Ni Kak Kamariah punya mangkuk yang comel; warna biru


Ni Kak Atikah punya mangkuk yang comel; warna kuning



Ni Kak Ina Norizan punya mangkuk yang comel; warna coklat


 Ni Kak Hawa punya mangkuk yang comel; warn biru cair



 Ni Kak Zeti punya mangkuk yang comel; warna biru



Kak Ina Norizan tan nak bekas ni dan bagi pada aku. Aku nak letak atas meja pun tak ada tempat, sudahnya aku begi dua-dua bekas ni kat adik aku untuk dia letak kat tempat kerja dia. Cantik sikit sebab kat sana ramai budak-budak.






Sesi 'pembedahan' belum selesai untuk beberapa 'pesakit'






ALONG HANTAR SEBAGI BUKTI YANG DAI DAH HADIR KE PERHIMPUNAN BULANAN
Ada jabatan yang memerlukan gambar sebagai bukti kehadiran di dalam sesuatu majlis yang melibatkan penyertaan setiap jabatan.

No comments: