Tuesday 6 March 2018

BILA TAK ADA AIR.....SUSAHNYA HIDUP

Susahnya hidup kalau tiada air. Sudahlah tinggal di rumah flat yang ruangnya sangat-sangat terhad untuk dijadikan ruang penyimpanan air. Nak guna air yang dihantar untuk mandi dan basuh baju tak berapa bersih sebenarnya. Kalau air mineral untuk dibuat air minum jangan cakplah, pergi mana-mana kedai pun semuanya tak ada! Habis!!!

Asalnya 3 hari sahaja, lepas tu berlanjutan pula sebab paip pecah.  Sudahlah aku paling tak membantu mengambil air bila bantuan sampai. Selalunya Angah, Abang Ali dan Muhd (anak buah) aku ambil air masa aku tak balik kerja lagi. Tahu-tahu dah penuh balik air dalam baldi semua. Rasa bersalah pun ada bila nak guna sebab tak tolong kan! Ada dua hari tu aku siap mandi kat opis.

 





 

No comments: