Monday 25 December 2017

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MPAJ - 22.12.2017 (BHGN 2)

Masing-masing dah kepenatan sebenarnya. Dengan cuaca yang panas terik dan nak naik ramp pula...
Mujur ada payung untuk kita orang berteduh teruatama aku...hahaha Nasib baik aku yang pegang payung tu kan.














HASIL EDITAN KAK SITI
MISI MENCARI PAYUNG SEBAB TAK CUKUP 10 KAKI PAYUNG...CC MASUK KAN GAMBAR NI DALAM GRUP WHATSAPP

YEAH!!! DAH CUKUP 10 PUN!!!
Tanda kenangan dari aku untuk Abg Kerol sebab minggu depan Abg Kerol bercuti selama seminggu dan terus ke jabatan baharu pada minggu berikutnya.





Tanda kenangan dari aku untuk Kak Malisa. Walaupun Kak Malisa ada lagi pada minggu depan, aku bagi saja sekali tapi sayang gambar yang Abg kerol ambil ni agak kabur dan kurang jelas. kak Siti tiba-tiba pula MC sebab migrain. Ingatkan aku nak bagi pada hari ni...tak ada rezeki sebab Kak Siti juga bercuti selama seminggu pada minggu depan. Kalau dia nak ambil barang nanti aku bagilah kot tanda kenangan yang tak  tu kan....




 Ni pula untuk Nasya Amanina...maaf sebab tak sempat nak belikan apa-apa untuk Azwal dan Ipin. Buku aku pula tak banyak dan aku bagi Nasya sebab hari tu dia ada tolong aku masa Mesyuarat Caj Pemajuan tempoh hari dan aku ada ambil banyak drama Korea, drama Melayu dan lain-lain drama dan filem dari dia. Sebagai tanda terima kasih lah kan. 

Bila aku bagitahu buku ni aku yang tulis, terkejut beruk juga si Nasya ni...hahaha. Siap tanya CC betul ke aku yang tulis? Selama tiga bulan praktikal kat sini tak pernah dengar pula pasal aku ada menulis buka kan, tiba-tiba hari terakhir kat sini baharu dapat tahu yang aku ni ada tulis buku. Siap janji dengan aku yang dia akan habiskan baca buku aku tu. Nanti akak tuntut tau janji tu Nasya!!!
















NI SAJA SELINGAN...TAK ADA KENA MENGENA DENGAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL NI

No comments: