Friday 15 December 2017

KERJA TERAKHIR UNIT KM - 15.12.2017

Printer ni dah lama tersadai kat bilik fail tingkat enam dan nak dibuang pun tapi aku yang nak. Hari tu turun bawah sebab temankan Kak Hawa cari fail dan Kak Kamariah yang nak simpan dokumen, tu yang aku snap. Bila lah nak turun pergi ambil.

SENARAI PERMOHONAN KM YANG AKU BUAT UNTUK DIKEMAS KINI MASA NAK AUDIT ISO
HASIL KEMAS PERJABAT HARI TU ADA LAGI YANG AKU DAPAT DARI KAK BED MASA DIA BERKEMAS UNTUK PINDAH KE JABATAN BAHARU
DAPAT DIARI TIAP-TIAP TAHUN TAPI TAK GUNA PUN. SUDAHNYA AKU BAWA BALI KDAN BAGI KAT ADIK AKU. SUKA HATI DIALAH NAK GUNA KE NAK BAGI KAWAN-KAWAN DIA KE.




Sejak September yang lepas aku dah pun ditukarkan ke Unit Maklumat, R&D dan GIS yang mana sebelum ni aku di bawah Unit Kawalan Pembangunan. Sedih juga nak tinggalkan kerja yang dah lama kita buat walaupun lebih sibuk rasanya berbanding kerja baharu aku. Dulu aku kerja di bawah En. kamarul, Kak Jue & Abang Mie. Sekarang di bawah Pn. Hurauzah@Azza, Kak Nurul dan Pelukis Pelan (dulu Abg Kerol, Kak Siti dan Kak Malisa.)

Mulai pertengahan November, ada pertukaran untuk pelukis pelan yang mana JPB menerima kehadiran Kak Noradilah (PPH), Abg Azizul (KEJ) dan Abg Hafizal (BM).


PELAN TERAKHIR UNTUK DICOP

BUKU RUJUKAN AKU: BUKU PEMANTAUAN SURAT

NOTA-NOTA PENTING

JENIS PERMOHONAN YANG AKU TERIMA MELIBATKAN BEBERAPA KATEGORI

Antaranya KM Besar yang melibatkan pembangunan pangsapuri, apartment kos sederhana tinggi ke tinggi yang harga juta-juta tu, kilang, pusat pameran dan sebagainya.

Selepas tu ada permohonan untuk Rumah Sesebuah, biasanya kita orang panggil permohonan banglo sahaja.  Lepas itu ada permohonan Tukar Guna Bangunan untuk menukar kediaman kepada taska/tadika/rumah kebajikan/rumah anak yatim dll.

Juga ada permohonan Cadangan Alamat, Kerja Tanah, Pra-Hitungan dan Lanjut Tempoh Kebenaran Merancang yang mana semuanya melibatkan ISO di JPB

PER. LANJUT TEMPOH 2016

PER. LANJUT TEMPOH 2017

NOTA PENTING UTK AKU & ADA JUGA NOTA DARI BOS
Sekarang aku di Unit Maklumat dan kerjanya sama, kena buat surat cuma perjalanan surat tu tak serumit masa jaga KM. Dapat draf - buat surat utk semakan pegawai - kalau OK boleh finalized kan surat - masuk bilik bos - dah tandatangan - faks. / e-mel / telefon & pos surat tu. Jadi tempohnya pendek. Bila tak ada surat tu rasa bosan juga tapi bila dah ada tu melambak terus kat meja aku terutamanya surat warta kawasan lapang. Dengan pelan Pelan Akui (PA) dan keratan dari RT MPAJ lagi, memang berteraburlah.

Dan katanya awal bulan Februari 2018 ada pertukaran Pembantu Tadbir (dorang panggil gelombang ketiga) yang mana aku dan Kak Hawa akan meninggalkan JPB ni. Tak tahu jabatan mana yang aku masuk dan bila mendengarkan akak-akak yang baharu ditukarkan ke jabatan lain, memang seram jugalah. Ada staff yang berpuak-puak dalam bahagian yang sama (kecil je pun), ada jabatan yang susah nak ambil peralatan menulis macam tali hijau, pen dll.

Ada yang siap datang ke sini sambil menyelam minum air...ambil sampul surat dan tali hijau kerana katanya kat jabatan baharu tu tak ada benda-benda tu. Masalah juga tu kan. Ada jabatan yang susah dapat cuti bla...bla...bla....dengan bos punya perangai, pegawai punya hal dan orang keliling lagi boleh menyebabkan kita hilang mood dan tak seronok nak datang ke opis.

Minta-minta aku dapatlah ke jabatan yang okey....

No comments: