Thursday 7 December 2017

PERTUKARAN PEMBANTU TADBIR

Pertukaran PT kali ni melibatkan Kak Bed, kak Atie Noriliyati dan Kak Yan. Kiranya aku masih ada masa untuk mengedit dan memblog kan apa-apa gambar yang nak.

Dalam masa yang sama aku ada juga mengemas sedikit demi sedikit dan bawa balik mana-mana yang aku nak bagi kat adik atau anak buah aku.


NI DAPAT PERCUMA DAHULU. ELOK TERSIMPAN DALAM KOTAK A4

WAH, TEMPAT KAT ATIE DAH BERSIH DAN KEMAS.

MACAM TAK SABAR JE NAK PINDAH KE BAHAGIAN URUS SETIA TU...HEHEHE

BARANG-BARANG KAK BED DAN KAK ATIE SEBAB ORANG BAHARU NAK MASUK DAN TEMPAT BAHARU DIA ORANG MASIH ADA ORANG LAMA KAN. KENALAH TOLERANSI SIKIT DALAM HAL NI SELAGI TAK GANGGU ORANG NAK CARI FAIL TANAH KAT SITU KAN.

TEMPAT KAK BED MASIH BANYAK BARANG LAGI
Mana tak banyak asal dia nak mengemas ada sahaja surat yang taip, permohonan baharu yang perlu buka fail, nak cari fail-fail lama, nak simpan surat-surat yang dah diminitkan. Lepas tu kak Bed selalu balik awal cuma semenjak jaga KM ni selalu juga balik lambat tapi paling lewat pun dalam pukul enam sahaja. 

NI PULA TEMPAT AKU. SAHAJA GATAL TANGAN NAK AMBIL GAMBAR




'HADIAH' DARI KAK BED. BEG DAN PENANDA BUKU


Semoga dipermudah di tempat baharu nanti dan jangan lupakan kita orang yer. Pertukaran untuk Pelukis Pelan pula dapat penangguhan sehingga hujung Disember 2017 ini. Penangguhan untuk PT tidak mendapat kelulusan dari semua jabatan. :(

No comments: