Sunday 17 December 2017

JAMUAN PERPISAHAN PT & PELAJAR PRAKTIKAL & OLE-OLE DARI BUKIT TINGGI - 14.12.2017

11.12.2017 - Semenyih (Kedai RM2.12 & Tesco)
Adik dan Angah yang nak pergi tapi semua pergi. lagi pula aku tak pernah pergi Kedai RM2.12 tu.  Adalah aku beli barang sikit dan kemudian teringat jamuan perpisahan untuk PT dan Pelajar praktikal nanti. Beli lah sikit sebab selalu aku tempah kuih dan kali ni nak beli yang lain pula.

BARANG AKU

BARANG UNTUK ALONG & FAMILI

BARANG UNTUK BAWA KE OPIS

MASA KAT TESCO AKU BELI MINYAK WANGI NI UNTUK TANDA MATA KEPADA PT & PELUKIS PELAN (PP) YANG BERTUKAR)

SAMBIL SNAP SAMBIL LAYAN RUNNING MAN EPISOD 380


DAH SIAP BALUT..ADA KECIL, BESAR, TINGGI, RENDAH




DAH CANTIK KAN...SIAP BERIBEN BAGAI...




OLE-OLE DARI KHALIS, KAWAN ADIK DARI BUKIT TINGGI...PEN DAN KERONGSANG. DAPAT TIGA TAPI AKU BAGI KAT ADIK SATU

PINJAM BAKUL KAK BED


TARA!!! DAH SIAP!!!







SAMBIL LAYAN 2D 1N EPISOD BAHARU (SEBENARNYA NI RAKAMAN LAMA)


Menu utama untuk jamuan ialah soto sikit, nasi lemak sikit, spageti oglio.




SPAGETI OGLIO

ADA NASI LEMAK, PAU GORENG DARI KAK HAWA, KUIH NONA MANIS YANG TEMPAH DENGAN JIRAN KAK GEE, BUBUR KACANG + JAGUNG JUGA DARI KAK HAWA DAN CUCUR BADAK (TAK TAHU SIAPA YANG BAWA)

TANDA KENANGAN UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT. UNTUK PT ADA DUA BEG YANG MANA SATU DARI JABATAN & SATU LAGI DARI PN. ZU



 Ucapan dimulakan oleh Abg Kerol yang dah berapa di JPB selama 24 tahun. Sebak rasanya sebab dah lama kat jabatan ni. Aku yang baharu tujuh tahun ni pun rasa sedih...terbayang macam mana nanti kalau aku yang kena tukar jabatan. Abg Kerol ada ceritakan serba sedikit masa awal-awal Abg Kerol menyediakan pelan seperti yang ada sekarang ni bersama Kak Zainoh (Siti) dan beberapa lagi orang kakitangan JPB


Giliran Kak Siti pula yang dah 22 tahun bekerja di MPAJ. Rasanya 20 tahun di JPB sebab sebelum ni Kak Siti di Jabatan Bangunan dan Senibina. Kiranya sireh pulang ke gagang, Kak Siti kembali ke jabatan asal.


Kak Malisa pula dah 13 tahun di JPB dan masa berucap Kak Malisa tak dapat tahan sebak.

Lepas tu giliran kak Yan. Nak rakam muka susah sebab dekat sangat...rakam suara sahajalah

Kak Bed pun tak dapat tahan sebak. Rakaman ni patutnya ada dua bahagian sebab tak boleh nak masukkan dalam satu video tapi tak boleh tak trim kat telefon aku. Yang hi bahagian pertama. kak Bed ke Jabatan Korporat.



Kak Atie (Norliyati). Dia ke Bahagian Urus Setia.
















Dah lama tak dengar khabar berita tiba-tiba dapat gambar ni dari Shahril, bekas pemandu di JPB dan KHP. Sekarang dia kerja di JPS Selangor. Ni gambar dia masa PTM (Program Transformasi Minda pada 2-8 Disember yang lepas di PD ke Morib, tak ingat lah pula)



No comments: