Sunday 24 December 2017

PERHIMPUNAN BULANAN JAB. KORPORAT & MAJLIS APRESIASI MPAJ - 5.12.2017

Program Inisiatif Peduli Rakyat oleh kerajaan Selangor. nama aku ada dalam senarai dari Jabatan KHP, tapi bila turun tak layak nak memohon Insentif Peduli Sihat tu sebab aku tak tinggal di Selangor dan Nombor Kad Pengenalan aku bukan 10 ditengah-tengah. kalau macam tu siapa suruh letak nama aku! Kau orang kan boleh semak senarai maklumat kakitangan....tapi alang-alang dah turun tu kita orang singgah ke reruai agensi lain seperti LPHS.








Lepas tu kita orang singgah ke reruai Smart selangor, kena jawab soalan dengan betul dan dapat beg. Kalau semua betul dapatlah botol air. 

 


  Ni goodies bag masa perhimpunan tadi. Apa ada kat dalam tu ya?

 
 


ROTI, AIR MINERAL, KABEL USB (ADA JENIS LAIN & KIRA NASIB DAPAT YANG MANA) DAN CD LAPORAN TAHUNAN. AKU RASA TAK ADA YANG BERMINAT NAK TENGOK LAPORAN TAHUNAN TU.
Petang tu kena ceramah berkaitan Horizn Baharu KIK pula. Walaupun perceramahnya bagus tapi bila dengan benda yang agak teknikal ni memang mengantuk sampai Kak Kamariah yang duduk di sebelah aku tu pun tertidur...hehehehe





6.12.2017
Ada program lagi.


Ada pemeriksaan gigi percuma dari USIM dan kebetulan gigi belas kanan aku ada rasa nyili sikit terutamanya bile makan atau minum benda-benda yang sejuk Nak jumpa Dr.Santhamarai, yang biasa aku jumpa tu taku gigi kena godek-godek, jadinya aku pergi yang kat sini. Mujur tak makan apa-apa lagi sebab yang periksa tu lelaki...kalau lepas makan memang tak payahlah...malu kot!

Lepas dah periksa tu, katanya gigi aku tak ada apa-apa dan sarankan ke klinik untuk buat x-ray, takut-takut kalau ada lubang yang kita tak nampak di celah-celah gigi tu.

SIAPA PERIKSA GIGI DAPAT PERCUMA UBAT GIGI. TAPI AKU GUNA SENSODYNE JADI AKU BAGI KAT ADIK.
 

Petang tu ada ceramah lagi tapi kali ni naka aku tak naik. Walau bagaimanapun, disebabkan Abang Keriol dah letak gambar beg warna biru ni ntuk sesiapa yang hadir ceramah petang ni rasa semangat pula nak pergi. Ceramahnya berkaitan Etika Penyambut Tetamu. Masa dapat gambar tu, aku dengan Nasya (budak praktikal) tu ada di tingkat 17 sebab uruskan Mesyuarat Caj Pemajuan. Lepas mesyuarat dah mula, aku dan Nasya pun menyusup keluar perlahan-lahan dan terus turun ke Galeri.

Dah sampai segan pula nak masuk. Nasib baik ada Kak Atikah yang janji nak bagi kat kita orang beg. Sudahnya kita orang duduk di ruang pameran JPB sampai si Nasya dan Ipin tertidur.

AKHIRNYA...DAPAT JUGA BEG.
ASALNYA DAPAT WARNA HIJAU TAPI AKU TUKAR DENGAN KAK ATIKAH
ADA KAD BISNES PENCERAMAH, PEN WARNA-WARNI DAN BUKU NOTA
SUDAHNYA BEG TU AKU BAGI KAT MAK. PEN SAHAJA YANG AKU AMBIL, BUAT TULIS NOTA MASA KURSUS NANTI.

ZIARAH PN.ROHANA DI HOSPITAL YANG PATAH TANGAN AKIBAT TERJATUH

DDMS - 13.12.2017
Sistem Fail melalui talian yang akan diguna pakai di MPAJ secara menyeluruh pada tahun hadapan. Penerangannya tak lama pun dan aku, kak Hawa, Kak Atikah dan CC turun bagi mewakili jabatan. Semua akan gunakan sistem di bermula dari penerima surat (Kak Kamariah) hinggalah ke Pembantu Tadbir (PT) untuk surat/memo/minit/laporan yang akan diminitkan kepada pegawai lain untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Nak buat boleh tapi server ke bagus beb! Nanti asyik 'hang' macam sistem HRMIS. Bila ramai yang gunakan dalam maca yang sama terus hang dan loading memanjang.





No comments: