Thursday 14 September 2017

SEMENYIH (9.9.2017) & 'FRIDGE MAGNET'

Hari Khamis yang lepas (7.9.2017) kita orang dapat cenderamata daripada En.Zaiham yang bertugas semasa Sukan SEA yang lalu. 

ADA 6 JENIS SUKAN YANG BOLEH DIPILIH. SIAPA CEPAT DIA DAPAT PILIH DULU
MEMANDANGKAN AKU SUKA SUKAN BADMINTON, AKU AMBIL GAMBAR BADMINTON WALAUPUN TAK MENANG PINGAT EMAS.
Lepas tu pada hari Sabtu (9.9.2017), Angah & famili, aku dan adik pergi ke Semenyih untuk melawat anak buah aku Rasyiqah yang belajar tahfiz di sana. Sambil menyelam minum air sebab Abang Ali teringin nak makan itik di sana. Aku memang tak makan itik. Masa sampai di sana hujan dah mulai turun dan tempat makan berbumbung dah penuh (tak banyak meja pun). Yang lain tempat makan beralaskan payung besar tu dan tentu akan terkena tempias hujan tu.

Abang Ali dah tak sabar nak makan. Kita orang baharu sampai kat kedai tu, tengok nasi putih dah ada. Dia dah siap-siap order makan 3 set (nasi + gulai itik)! Aku dengan Nurul kongsi ayam goreng (besar sangat) manakala aku dengan Adik kongsi jantung pisang rebus dan tempe goreng. Aku cuma rasa sesudu kuah gulai itik tu. Air anggur percuma. Kalau nak yang lain kenalah bayar.

Hujan tiba-tiba turun dengan lebat dan belakang baju aku mulai basah. Makin tak selesa nak makan. Baju adik aku pun basah. Bangku batu kat kedai tu pula rendah memang dah berpasir seluar kita orang.  Nasib baik kita orang memang dah bawa siap-siap dua kaki payung. Berteduh sekejap kat kedai makan sebelah (tutup). Dah reda sikit baharulah masuk dalam kereta dan masing-masing sibuk cari tisu untuk lap.

Lepas tu kita orang singgah di Kedai RM2 dan masing-masing mula memborong.


Sebelum bertolak.








SIBUK NAK IKUT MAK DIA.....
TAK NAK BERGAMBAR
 


KENA PAKSA BUAT....SARANGHAE
 













ADIK & NUR RASYIQAH
 












Masa adik aku dok bagi nasihat kat Iqa...aku berswafoto dengan telefon dia...hahahaha.










Balik tu cadangan asalnya aku dengan adik nak ke Sunway Velocity sebab aku teringin makan makanan Korea tapi sebab dah nak malam, tak jadilah nak pergi. Sudahnya kita orang ke Tesco Kajang sahaja tapi tak masuk tecso pun. Setakat pergi makan sahaja lepas tu terus balik.

Angah, Abang Ali dan Nuha makan di di Chicken Rice Shop sementara aku dan adik makan di Jom Bali. Nasib baik dua-dua restoran ni berdekatan.

DARI KIRI: ICED CHOCOLATE, 3 LAYER TEA & SIRAP SELASIH


ORANG SEBELAH DATANG MENJENGUK



DARI JAUH JE




FRIED RICE WITH BBQ HONEY CHICKEN. NI PILIHAN AKU
NAMA TAK TAHU...NASI GORENG NENAS DENGAN AYAM GORENG DAN YANG INI ADIK AKU YANG NAK MAKAN

NI KUE TEOW GORENG BERKUAH

SEDAP SANGATLAH TU SAMPAI TAK PANDANG KAMERA


Ni yang aku beli masa di Kedai RM2.

NI AKU BELI UNTUK 3 SET...BERBAGI-BAGI LAH SERBA SEDIKIT

MASA NAK BELI ADALAH BAU. BILA DAH BUKA TU MACAM TAK ADA BAU PUN!!

SEMUA NI AKU PUNYA KECUALI AIR ASAM JAWA TU UNTUK ANAK BUAH AKU, MUHAMMAD

Gambar-gambar yang kat bawah ni semua untuk aku tapi beli saja entah bila nak dimakannya pun aku tak tahu lagi. Lepas tu simpan berbulan-bulan, orang lain tengok meleleh air liur...huahuuhua....






NI AKU BELI UNTUK ANAK BUAH AKU JUGA, RUSYDI

HAH, YANG NI UNTUK MAK!

NI ADA ORANG JUAL DEKAT OPIS...SAMOSA, KARIPAP DAN CEK MEK MOLEK SEJUK BEKU. APAM GULA HANGUS SEJUK BEKU PUN ADA JUAL TAU!

NI BELI MASA DI TESCO KAJANG. ADIK AKU BELI AKU PUN NAK JUGA....BERSALUT KARAMEL

MAKAN SAMBIL LAYAN RUNNING MAN YANG TERBAHARU  EPISOD 367


Hari Selasa, 12.9.2017 dapat lagi ole-ole (fridge magnet) dari Jogjakarta bila mana Kak Malisa dan famili bercuti di sana minggu lepas.


No comments: