Tuesday 5 September 2017

PERHIMPUNAN BULANAN - JAB. KEJURUTERAAN (5.9.2017)

Pagi ni ada perhimpunan bulanan lagi. Geng belum sampai (Kak Bed, Kak Atie dll) K.Malisa cuti, K.Ina Norizan cuti haji, K.Hawa pun cuti. Aku turunlah dulu untuk cop tempat...kalau lambat nanti kena duduk bahagian depan...hehehehe.



Ada photo booth lah. Kalau aku sorang memang tak adalah aku nak ambil gambar kan. Ni ada CC Ina dan Nad (pelajar praktikal) memang jadilah. Tambahan pula, CC aku tu memang suka bergambar. Kita orang grup kedua selepas grup pertama geng-geng TA JPB.




Cuma props yang disediakan tidak sebanyak masa kita orang buat pada tahun lepas. Latar belakangnya pun tak sesuai berkilat-kilat dan memberikan pantulan cahaya yang tidak cantik pada gambar. Lepas dah buat tu kita orang ulang lagi sekali...jadi dapatlah dua set gambar dan doorgift nya ialah bendera Malaysia sempena menyambut Hari Malaysia pada 16 September nanti. Dah dapat dua bendera tahun ni...hahahahaha

No comments: