Monday 18 September 2017

CERAMAH GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA - 18.9.2017 + NOTA

Ceramah disampaikan oleh Encik Kamal Affandi bin Hashim, seorang penganalisis jenayah yang tidak asing lagi. Ceramahnya best, menarik, ada santainya dan tidak selalu serius. Aku bagi 4/5 bintang!






 
 
 
 
 
 


 Demo cara-cara untuk mempertahankan diri seandainya berhadapan dengan kejadian yang tidak diingini








PENCERAMAH: EN. KAMAL AFFANDI HASHIM

 (18.9.2017) – 10.15 pg hingga 12.40 tgh

1) Jenayah pertama = Kisah Adam & Hawa

2) Jenis-jenis jenayah

a) Jenayah tubuh badan

b) Jenayah harta benda

c) Jenayah cyber

3) Perempuan tak cantik, kurus, gemuk = tak kan dicabul?? Salah. Lain orang lain cita rasa.

4) Ikut Undang-Undang,

a) Sentuh = cabul (tak ada sebatan)

- Cabul kehormatan – sentuh bhgn badan dari ubun kepala hingga hujung kaki

- Guna jari

- Perjalanan 10 tahun ke penjara

 

b) Tak sentuh

- Cth: Cakap jelir2 lidah (dipanggil kembar biawak) / hantar SMS / bersiul (pheewweet) / malukan orang depan khalayak ramai → 5 tahun penjara (Akta Jenayah & Akta Multimedia)

- Cara nak hentikan: tengok ciri fizikal → report → pengecaman wajah →jgn tengok bhgn yg. tak patut

-Cth lain: Kena raba → suruh orang lain ambil gambar

-INFO = kaki raba @ peraba ialah orang yang PEMALU

- Telefon (ambil gambar)

 

c) Rogol

- Hukuman 0 – 20 tahun penjara

- Definisi rogol: Masuk organ pembiakan lelaki ke organ pembiakan wanita (syarat dlm undang2)

- Secara: tak rela / ugut, paksa / kahwin perdaya = ROGOL

- Bawah 16 tahun tetap dipanggil rogol walaupun perempuan RELA

- Seksi BUKAN penyebab rogol tapi mata yang memandang itu sendiri

- Cth: Kahwin di Thailand → tak daftar di Malaysia →ada anak 7 orang →nak buat surat beranak → TAK    BOLEH → dikira ROGOL (kahwin dgn perdaya sebab tempat nikah tak diiktiraf)

- Kalau kena rogol → terus ke hospital → tak perlu pergi balai polis dulu (pengesahan doktor bahawa dirogol

-Forensic Clinical / OSCC

5) Penjenayah seksual – akan cuba rapat sampai dia dapat

6) Cara nak hentikan rogol → Empower yourself → Cakap dengan tegas (boleh rakam perbualan sebab boleh jadi bukti di mahkamah – Akta keterangan) / pandang mata dia / terus jalan

7) Cth lain:

a) Hantar gambar bogel / sado → tak suka → report polis (patut diberhentikan kerja)

b) Iklan nak besar / nak anjalkan – tak payah letak. Sekarang kena PC (politically correct)

8) Ubat perangsang

a) Nama ubat = Kecubung (raffi) → sepeket RM25

b) Mahal sebab hanya ada di Negara Asian

c) Kesan selama 8 jam

d) Dari negara China

e) Tak ikut dos (sukatan)

f) Lepas minum → bertindak balas lepas 25 minit /  rasa ‘teringin selama 6 jam

9) Pakaian perempuan yang seksi (ketat)

· Pendapat En.Kamal, tak cantik kalau pakai pakaian yang ketat

· Seksi itu subjektif = hak masing-masing

· Gender (bias)

· Kena ada kod berpakaian

10) Akta Perlindungan Gadis  → kena berusia 18 ke bawah

- Contoh soalan: Mula2 suka sama suka → mengandung → tukar pengakuan kata kena rogol → perubatan   boleh check sama ada pernah buat / tak pernah buat / cara dibuat / tujahan rogol (paling lama 2 minit) / jenis koyakan (koyakan 45 darjah)→ soliciting (mencari pelanggan) → minta wang selepas ‘bersama’ = AKTIVITI PERSUNDALAN

11) Suami isteri → isteri tak rela = ROGOL

12) Pakai parfum = tak boleh dijadikan PUNCA rogol sebab semuanya bermula dari MINDA & FIKIRAN kita sendiri

13) Cyber crime

No comments: