Wednesday 6 September 2017

JAMUAN PRAKTIKAL, ELISA HANIM - 29.8.2017

Boleh pula dorang lupa si Elisa ni dah nak habis praktikal. itu pun aku yang bagitahu kt CC dan Kak Inan Bobok, tak nak buat jamuan ke? Kebiasaannya memang kita orang akan buat jamuan untuk mana-mana pelajar praktikal yang akan habis tempoh praktikalnya di JPB.

Sudahnya buat juga lah dengan tak ada hadiah dari jabatan. Dah habis katanya! Sedih!! 

Menu hari tu nasi lemak dan rendang ayam Tok Alang.

KAK INA BOBOK BELANJA. SEDAP RASA DAUN PANDAN BUKAN PEWARNA

SAJA AKU BELI BUAT TAMBAH...KUIH KARIPAP DAN POPIA GORENG BERSIRA SAMBAL

RENDANG AYAM














Ni gambar semalam. Tekun menghadap laptop buat laporan. Selalu tekun jugak tapi menghadap drama @ variety show Korea saja...hahahaha





Borang soal selidik untuk Elisa

Hari ni hari terakhir dan kebetulan kita orang pakai baju dari warna yang sama, biru.













HADIAH KENANG-KENANGAN DARI AKU



GAMBAR DARIPADA WHATSAPP PADA 31.8.2017, LISA DALAM PERJALANAN BALIK KE PENANG

Ni pula gambar Lisa dan kawan-kawan dalam perjalanan ke Universiti Thammasat, Thailand untuk program selama seminggu di sana (2.9.2017).



DIA DOK LAYAN TEATER ANTABRATA YANG AKU BAGI....

ANTARA PROGRAM YANG DIJALANKAN DI THAILAND...ADA PELAJAR DARI UNIVERSITI KOREA (SEBAB UTAMA DIA NAK IKUT PROGRAM NI...HAHAHA)

Semoga Elisa akan terus berjaya dan kalau nak sambung masters di MPAJ, akak dah tak ada di Jabatan Perancang Bandar tau!!!

Ni gambar lama semasa Elisa praktikal kali pertama










No comments: