Wednesday 28 June 2017

KUBUR ABAH - 24.6.2017

Hari Sabtu. Aku, Angah dengan Abang Ali ke kubur abah. Mak tak ikut sekali sebab sebelum puasa mak dah ke sana dengan anak-anak buah aku. Dekat jalan kecil nak menghala ke tanah perkuburan tu ada orang yang juar air mawar dengan bunga tapi aku beli bunga saja lagipun dah bawa air.

Sampai kat padang yang berhadapan dengan tanak perkuburan tu, mak aii!! Banyaknya kereta dan ramai yang menziarahi kubur pada hari tu. Dekat pintu utama pun ada dua tiga gerai yang jual bunga-bunga dengan daun pandan, air mawar dan ada satu gerai tu jual batu-batu kecil yang biasa diletakkan di atas kubur. Nak beli tapi dah habis pula. Batu kecil-kecil macam gambar kat bawah ni.

SUMBER: BLOG AWANPASTEL

KUBUR ARWAH ABAH
CUACA SANGAT TERIK DAN NASIB BAIK POKOK DI KUBUR ABAH TU DAH MENINGGI, DAPATLAH AKU BERTEDUH SEMASA BACA YASIN DI SANA
ANGAH
RAMAI YANG MENZIARAHI KUBUR



MASA KITA ORANG NAK BALIK, RAMAI YANG BARU DATANG DENGAN KELUARGA MASING-MASING


TU LAH GERAINYA
ASSALAMUALAIKUM ABAH, NANTI ALANG DATANG LAGI :(


# 28 SYAWAL 1438H = 22 JULAI 2017 akan genap LIMA tahun pemergian abah di alam dunia dan selama lima tahun ini jugalah raya aku tak bermakna rasanya. Suram dan kelam dan tiada lagi semangat nak berbaju baharu di pagi raya dan bergambar beramai-ramai.

No comments: