Monday 26 June 2017

KISAH RAMADAN & KUIH RAYA 2017

JADUAL MASAK BUBUR LAMBUK UNTUK SETIAP JABATAN
Jadual siapa balik pukul 4.30 petang ikut giliran walaupun sebenarnya dia orang tak ikut pun. Dia orang buat tak peduli saja pun dengan #adaakukisah / #lantakkaulah / #akunakbalikawalnanti jalanjammed / #jabatanniyangkenamengalahkeranisahaja / #belumpukul4.30lagiakudahsiapnakbalik. 

Kalau aku tulis memang tak akan habis sebab banyak sangat hashtag yang aku boleh buat dan seperti tahun-tahun sebelumnya hanya aku dan Kak Hawa yang setia menanti di pejabat ni sehingga pukul 5 lebih. Kadang-kadang tu sampai pukul 6 lebih aku ada kat pejabat ni sedangkan orang lain dah sampai rumah pun.

Dulu CC yang akan jaga tapi sekarang dah tukar CC baharu iaitu Kak Ina Kasim dan beliau juga selalu balik lambat. Ada yang masuk kerja sampai pukul 9 pagi dan lepas tu tak nampak batang hidung sampai ke petang. Mana yang okey sikit....sikit sahaja lah dekat-dekat pukul 4 petang baru muncul balik. Entah datang dari lubuk mana pun aku tak tahu...



Ni masa gotong-royong buat bubur lambuk. Awalnya aku memang nak turun tapi ada kerja maka tak jadi aku turun. Tahu-tahu mereka yang turun untuk gotong-royong tu dah naik pejabat semula.




 Memang betul pun...setakat kongsi macam tu bukan boleh kenyang pun kan!!


MENGIGAU KE APA NI?
Cornflakes madu air tangan aku :)

Rezeki Ramadan sebab bos aku dapat banyak. Siapa yang balik lambat tu kira rezeki lah dapat seorang sebekas.
 

Pop-pop ni aku beli melalui Kak Gee dan dia pula beli dari staff Jabatan Bangunan...sekotak RM20++  KHAS untuk NUHA dan selebihnya untuk anak buah aku yang lain. (#kenabagisamarata)
 

Ni pulak aku beli kek buah & kek lapis asam (walaupun macam mahal je aku beli juga sebab mak aku teringin sangat)
SATU UNTUK MAK, SATU UNTUK AKU
LAYAN RUNNING MAN SEMENTARA TUNGGU PANGGILAN UNTUK PULANG
NI KEK LAPIS ASAM
 

Ni karipap ikan didatangkan khas dari Terengganu (orang tengahnya Kak Wan)
SEKALI BELI 10 PEKET...HAHAHA
 
 

Kuih semperit ni tempah dengan kawan Kak Ina Bobok (geng boling dia) dari harga sebekas RM16 sampailah jadi RM20 sebekas
LAYAN 2 DAYS 1 NIGHT PULA
 
 

Rempeyek ke tempeyek sama je kan. Aku beli Kacang Dal dengan Kacang Tanah + Ikan Bilis
 
 
 

Kuih tat ni ditempah saat-saat akhir dengan Kak Shikin Selamon dari Jabatan Kejuruteraan. Memang staff kat sini biasa tempah dengan Kak Shikin tapi aku tak adalah berminat nak beli sebab aku bukan penggemar kuih tat ni TAPI hari tu bila tengok kuih tu dah sampai macam menggiurkan anak tekak ni dengan warna kuning keemasan dan jem pun nampak banyak. Nasib baik ada tempahan lain yang saat-saat akhir juga macam aku jadi merasalah kuih ni. Bawak balik rumah semua kata sedap dan nak tempah lagi.


Kuih kepit & Popiah simpul ni aku beli masa Hari Gaji denga harga RM15 sebalang

KUIH BANGKIT TEMPAH DARI ABG BAHARI DAN SEBEKAS MAK NAK
NI BELI SAAT AKHIR JUGA DI PUDU TAPI BUKAN SEMUA UNTUK RUMAH MAK....BERBAGI SAMA SIKIT

 JADUAL RAYA TAHUN NI...


HARI TERAKHIR BEKERJA....



 
ALHAMDULILLAH ADA REZEKI LEBIH TAHUN NI KAN...BAGI-BAGI BERKAH

No comments: