Sunday, 31 December 2017

TAMAN BURUNG - 26.11.2017 (KAMERA 1, BHGN 3)

HORNBILL RESTAURANT &KAFE

 Ni sahaja restoran yang ada. lepas semua membuang hajat, perut pun dah berbunyi. 












NASI GORENG UNTUK AKU

NASI LEMAK UNTUK NUHA & IMAN

TEH AIS, NESCAFE AIS & SIRAP



ADIK PUNYA NASI DAN SAYUR...SEDAP RANGUP SAYURNYA




BANYAK NYA CAWAN?
Kita orang terlupa sebenarnya dapat minum percuma kalau kita masuk Taman Burung ni. tag kat lengan pun ada. Rasa macam air oren. Kalau tidak tak payah order sirap dan teh ais semua tu kan...tak minum rugi...hahahaha...







BIRD'S SHOW
Nuha tengok sekejap sahaja lepas tu dia dah tak berminat. Adik bawa dia ke taman permainan yang tak jauh dari situ sementara aku dan Iman tengok persembahan beburung yang ada.



 
 




 
 

 
 
 

 



 



Saturday, 30 December 2017

TAMAN BURUNG - 26.11.2017 (KAMERA 1, BHGN 2)

Nuha nak bagi makan ikan-ikan ni tapi kita orang tak ada duit syiling lima puluh sen. Nuha dah sedih sebab tak dapat bagi ikan-ikan tu makan. Kita orang ingat nak tukar ke Kedai Cenderahati Hornbill (Hornbill Gift Shop). Nasib baik Nuha okey bila kata kena tukar duit dulu.
















Lepas tu ada yang tak ada kesedaran sivik pergi buang bekas plastik yang isi makanan iakn tu dalam kolam. Nuha dah nampak dan dia sibuk nak ambil benda tu..nak tolong buangkan sebab kasihankan kat ikan-ikan tu. Carilah ranting sebab nak buangkan bekas plastik tu. Lepas tu kita orang nak pergi tengok burung-burung yang lain pula.













Pandai tak monyet gi buka plastik gula-gula.



Seram juga tengok monyet-monyer yang terlepas macam ni.











Susahnya nak suruh budak ni pandang kamera.



Hujan dah mula rebas...kena cari tempat berteduh dulu ni.




Kebetulan ada pondok-pondok yang disediakan di sekitar sini, jadinya dapatlah berteduh sekejap. Aku nak tunggu tapi adik aku suruh jalan juga. Sudahnya hujan semakin lebat dan hanya ada satu payung untuk Iman dan Nuha. Basahlah baju kita orang. 



Lepas tu terus masuk ke Hornbill Gift Shop dan becaklah kedai tu sebab bukan kita orang sahaja yang masuk situ. Ingat nak beli tanda kenangan tapi tak banyk pilihan. Lepas tu ke tandas dan nak makan. Dah lapar.