Memetik kata-kata Winston Churchill , "Pena lebih tajam daripada pedang." Sementara Napoleon Bonaparte pula pernah mengatakan,"Saya lebih takut pada sebuah pena daripada seratus meriam."
Berhati-hatilah
bila menyusun kata. Walaupun kita mungkin tidak menggunakan pena untuk
menulis berbanding hanya menekan huruf-huruf pada keyboard komputer
sahaja. Istilah "pena" yang dimaksudkan adalah tulisan atau karya yang
kita hasilkan.
Menulis membuta
tuli dan berpaksikan emosi tanpa ilmu, hanya memudaratkan dan boleh
menimbulkan keraguan dan pertelingkahan pendapat pada pembaca. Apatah
lagi apabila ia berkaitan tentang akidah dan syariat. Islam mengajar
kita halus dan lembut dalam bicara dan tutur kata apatah lagi jika
ditulis dalam bentuk karya untuk dibaca. Percayalah, kadang-kadang
kesedaran mahupun keinsafan akan lahir dengan hanya membaca tulisan yang
jujur, penuh mutiara ilmu dan ditulis penuh berhemah!
“Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengeraskan hati yang lunak seperti sutera.” - Pujangga
Sehari dua ni, nama Aduka Taruna cukup panas diperkatakan. Semuanya kerana penangan "Mata pena lebih tajam dari pedang."
Ekoran daripada itu, berpuluh-puluh laporan polis dibuat kerana tulisan
Aduka Taruna yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Johor. Blog
Aduka Taruna pada hari Isnin, 25 Januari 2010 dikatakan dikunjungi
hampir 113,111 kunjungan dan menerima beratus-ratus komen luahan rasa
tidak puas hati pengunjung. Bahkan hari yang sama, AT telah menyerah
diri dan direman 4 hari untuk siasatan..Cukup besar impak yang diterima
oleh Aduka Taruna!
Renungilah kata-kata hikmah ini :
Renungilah kata-kata hikmah ini :
Beruntunglah orang yang perkataannya zikir, diamnya fikir dan pandangannya iktibar.
Selamat berkarya! Menulis terus menulis..
No comments:
Post a Comment