Siri Salma Nombor Satu iaitu Secret Of The Old Clock atau versi terjemahannya Rahsia Jam Pesaka
Aku sebenarnya tak berapa mahir
sangat dengan cerita Siri Salma ni walaupun banyak buku-bukunya dah aku baca
dan aku miliki. Kemungkinan kurang mahir kerana jalan ceritanya seakan-akan
sama, heronya perempuan dan bilangan ceritanya banyak iaitu lebih kurang 50
buku menyebabkan selalu terkeliru. Walau bagaimanapun, sebagai seorang yang
ulat buku / atau kaki buku?, cerita ni memang antara favourite sewaktu zaman
kanak-kanak sehingga kini.
Pengenalan secara ringkas, Siri
Salma atau Nancy Drew versi asalnya adalah karya yang ditulis oleh sekumpulan
penulis di bawah satu syarikat di Amerika tetapi sekumpulan penulis tersebut
diberikan nama Carolyn Keene. Watak-watak utama dalam siri ini dan menurut buku
terjemahan adalah
Nancy Drew atau Salma Abdul Hamid
(Nancy Drew)
Carson Drew atau Abdul Hamid
Majid (Karson Drew) iaitu ayah Salma dan seorang peguam terkenal
Bess Marvin atau Zarina (Zamilah)
sahabat baik Salma
George Fayne atau Mei Lin (Marina)
sahabat baik Salma
Ned Nickerson atau Jamal (Nasir)
teman lelaki Salma
Hannah atau Mak Cik Ani (Mak Cik
Hana) iaitu pengasuh dan penjaga Salma sejak kecil kerana emaknya telah
meninggal dunia.
(Nama dalam kurungan merujuk
watak terjemahan dalam Penerbitan Nottans)
Buku pertama yang aku baca dalam
Siri Salma ini adalah Rahsia Di Loteng Buruk kepunyaan kakak aku, seingat aku
versi tahun 70an, tetapi anehnya tiada dalam senarai terbitan tahun 70an yang
tersenarai di belakang buku Hasrat Pelajar 1975, Penerbitan Nottans 1976 dan
Study Aids 1977. Rupanya ia diterbitkan pada tahun 1978 oleh Penerbitan Fargoes.
Maklumat ini aku baru sahaja dapat tahu melalui sahabat yang juga mengemari
siri-siri ini. Pembacaan terawal Siri Salma melalui Rahsia Di Loteng Buruk bagi
aku sangat tepat kerana buku ini memang best, malahan mungkin antara yang
terbaik. Walau bagaimanapun, banyak lagi buku-bukunya masih belum baca atau
mungkin dah baca tapi tertukar dengan tajuk-tajuk lain.
Agak lama juga aku menanti peluang
sambil buat research untuk kumpulkan maklumat dan fakta berkaitan siri ini dan
tugasan menjadi mudah apabila dipertemukan dengan Saudara Zakir yang sangat
meminati serta sangat pakar dalam buku-buku terbitan Fargoes & Hasrat
Pelajar tahun 70an. Terima kasih Saudara Zakir atas input-input yang diberikan,
kita berkongsi kegemaran yang sama dan Saudara Zakir sebenarnya telah memulakan
pencarian semula tersebut sejak tahun 2006 lagi serta memotivasikan aku untuk
menjejaki semula siri-siri kegemaran sewaktu kanak-kanak bermula tahun 2007, selain
itu baru-baru ini Saudara Zakir telah maju selangkah di hadapan apabila beliau telah
menemui sumber tak terbatas bagi pencarian buku-buku lama ni. Oppss, aku tak akan
dedahkan sumber itu, terpulang kepada beliau, tapi yang pasti ia berita yang menggembirakan
bagi pengemar buku-buku lama ini.
Siri Salma pertama kali diterjemah
dan diterbitkan di Malaysia oleh
Penerbitan Hasrat Pelajar pada tahun 1975 dengan 10 tajuk cerita-cerita yang hebat
iaitu
Hantu
Rumah Besar
Pesanan
Di Pondok Buruk
Rahsia
Di Lembah Selindung
Maklumat
Dalam Silang Kata Rahsia
Misteri
Permata Manikam
Mencari
Peta Yang Hilang
Misteri
Istana Batu Nilam
Penceroboh
Ghaib
Petunjuk
Di Kereta Tua
Hantu
Bukit Puaka
Aku rasa aku belum baca
kesemuanya dan menurut pakar, buku paling best dari 10 terawal adalah Hantu
Rumah Besar dan Misteri Istana Batu Nilam.
Tajuk-tajuk asal Bahasa Inggeris
anda boleh rujuk silang dengan list yang disertakan. Kemungkinan ada
tajuk-tajuk yang tersalah matching kot sebab ada yang aku tak pasti.
Pada tahun 1976 pula, Penerbitan
Nottans pula menerbitkan 10 buah buku Siri Salma tetapi nama watak-watak utamanya
iaitu Nancy Drew dan lain-lain dikekalkan. Tajuk-tajuk 10 buku tersebut seperti
di bawah
Rahsia
Bayangan Di Ladang Ternakan
Ahli
Sihir “Dewan Blackwood”
Tanda
Di Kereta Kuda Usang
Misteri
Batu Nilam Labah-Labah
Penceroboh
Ghaib
Pencarian
Peta Yang Hilang
Misteri
Selipar Merah Tua
Kapal
Berpuaka
Misteri
Bandar Hilang
Pesanan
Di Jati Berlubang
Kemudiannya Penerbitan Study Aids
pada tahun 1977 menerbitkan pula 10 lagi buku Siri Salma dengan tajuk-tajuk
berikut. Study Aids kemungkinan adalah penerbitan yang satu kumpulan dengan
Fargoes & Hasrat Pelajar kerana tajuk terjemahan serta isinya memang
sebijik.
Rahsia
Loket Pecah
Misteri
99 Anak Tangga
Misteri
Di Rumah Tumpangan Tanjung
Simbol
Pokok Puaka
Rahsia
Di Ladang Pintu Merah
Rahsia
Bilik Berbunyi
Rahsia
Wanita Kayu
Rahsia
Rumah Berpagar
Petunjuk
Dalam Buku Catatan
Penerbitan Fargoes pada tahun
1978 juga keluarkan buku-buku Siri Salma ni dengan tajuk-tajuk berikut
Misteri
Tangga Bengkok
Petunjuk
Dalam Boneka
Misteri
Mata Bersinar
Misteri
Kasut Balet
Surat
Penuh Misteri
Rahsia
Balai Emas
Rahsia
Pengurus Sarkas
Isyarat
Ke Jalan Bunga Raya
Misteri
Loceng Tiga X
Petunjuk
Dalam Tembok Usang
Misteri
Dua Kali Malang
Rahsia
Di Loteng Buruk
Misteri
Banglo
Misteri
Beg Peti
Misteri
Rumah Berlumut
Misteri
Naga Api
Petunjuk
Di Topeng Baldu
Petunjuk
Dalam Album Lama
Kunci
Hitam Berahsia
Misteri
Gading Azimat
Dan kemudiannya sekali lagi Penerbitan Hasrat
Pelajar terbitkan semula 50 tajuk buku-buku Siri Salma pada tahun 1986 &
1987 yang bagi aku edisi ini masih lagi mengekalkan keaslian cerita dari
terjemahan tahun 1970an. Tajuk-tajuknya seperti berikut.
1.Petunjuk
Di Kereta Tua
2.Misteri
Permata Manikam
3.Hantu
Rumah Besar
4.Pesanan
Di Pondok Buruk
5.Penceroboh
Ghaib
6.Misteri
Peta Yang Hilang
7.Rahsia
Di Lembah Selindung
8.Hantu
Bukit Puaka
9.Misteri
Istana Batu Nilam
10.Maklumat
Dalam Silang Kata Rahsia
11.Rahsia
Loket Pecah
12.Misteri
99 Anak Tangga
13.Misteri
Di Rumah Tumpangan Tanjung
14.Simbol
Pokok Puaka
15.Rahsia
Di Ladang Pintu Merah
16.Rahsia
Bilik Berbunyi
17.Rahsia
Wanita Kayu
18.Rahsia
Rumah Berpagar
19.Petunjuk
Dalam Buku Catatan
20.Rahsia
Jam Pesaka
21.Misteri
Loceng Tiga X
22.Rahsia
Pengurus Sarkas
23.Rahsia
Balai Emas
24.Misteri
Mata Bersinar
25.Petunjuk
Dalam Boneka
26.Petunjuk
Dalam Album Lama
27.Misteri
Naga Api
28.Misteri
Kasut Balet
29.Kunci
Hitam Berahsia
30.Misteri
Tangga Bengkok
31.Misteri
Lambang Greek
32.Patung
Berbisik
33.Misteri
Dua Kali Malang
34.Misteri
Banglo
35.Patung
Misteri
36.Petunjuk
Dalam Tembok Usang
37.Misteri
Beg Peti
38.Petanda
Dalam Kotak Emas
39.Petunjuk
Di Topeng Baldu
40.Misteri
Cermin Tingkap Tersembunyi
41.Misteri
Kapal Bangsawan Berhantu
42.Misteri
Gading Azimat
43.Rahsia
Di Loteng Buruk
44.Surat
Penuh Misteri
45.Petunjuk
Siulan Seruling
46.Tangga
Yang Tersembunyi
47.Misteri
Rumah Berlumut
48.Isyarat
Ke Jalan Bunga Raya
49.Misteri
Patung Kachina
50.Jambatan
Berhantu
So itu sahaja pengenalan
berkenaan Siri Salma, harap anda elakkan dari baca buku-buku terbitan tahun
1990 an ke atas kerana tiada lagi keaslian, malahan jauh diringkaskan dari
versi asalnya. Rasanya ramai yang meminatinya terutama wanita sebelum
didedahkan dengan pembacaan novel-novel cinta.
Sumber: duneoworld.blogspot.com
No comments:
Post a Comment