Selamat Hari Pekerja kepada anda semua!!!
IF YOU WANT TO BE, WHAT YOU WANT TO BE, BE WHAT YOU WANT TO BE, AND TO BE WHAT YOU WANT TO BE, BELIEVE WHAT YOU WANT TO BE.
Monday, 30 April 2012
Sunday, 29 April 2012
Saturday, 28 April 2012
FILEM : DI SEBALIK TABIR ADNAN SEMPIT 3
Minggu lepas masa pulang dari tempat kerja, ada orang tengak shooting filem di kawasan Desan Pandan. Kata abah dia orang tengah shooting filem Adnan Sempit 3 dan anak buah aku sempat pergi sana. Ada gamabr dan video tetapi videonya aku dah alikan dari pendrive aku ke laptop dan aku up-date entri ni kat tempat kerja jadi kalau ada kesempatan aku akan letakkan nanti di dalam blog ini.
Friday, 27 April 2012
KORANG NAMPAK TAK?
Nampak tak apa yang aku nampak di dalam gambar ni? Apa tak nampak? Cuba korang perhatikan betul-betul...buka mata luas-luas...kembangkan kornea mata dan celikkan iris mata tu...tak nampak lagi? Aduhai...nampak kat depan kedai tu ada lelaki dan perempuan sedang berkumpul. Hah, dah nampak kan!
Okey yang lelaki tu kita tak nak cakap apa-apa TETAPI yang perempuan berbaju kurung tu. Apa yang mereka buat di sana. Alahai dah tahap makcik-makcik dah tuh...
Eh. dia orang pergi pejabat urusan dan jualan lah!. Lah, nak berniaga rupanya. Nak berniaga nombor lah pulak!! Sanggup beratur tu nak beli nombor. Subhanallah...tak malu ke orang tengok snap gambar dia orang tengah beratur. Bawa-bawalah bertaubat makcik-makcik ooiii! Bukan nak kata aku ni baik sangat tapi dah tahu kan main benda tu apa hukumnya apasal nak jugak beli yang itu.
PEREMPUAN BERTUDUNG. Itu imej yang mereka bawa. Secara tidak langsung wanita lain yang bertudung juga akan terkena tempiasnya. Sekarang dah makin ramai yang berkata:Okey yang lelaki tu kita tak nak cakap apa-apa TETAPI yang perempuan berbaju kurung tu. Apa yang mereka buat di sana. Alahai dah tahap makcik-makcik dah tuh...
Eh. dia orang pergi pejabat urusan dan jualan lah!. Lah, nak berniaga rupanya. Nak berniaga nombor lah pulak!! Sanggup beratur tu nak beli nombor. Subhanallah...tak malu ke orang tengok snap gambar dia orang tengah beratur. Bawa-bawalah bertaubat makcik-makcik ooiii! Bukan nak kata aku ni baik sangat tapi dah tahu kan main benda tu apa hukumnya apasal nak jugak beli yang itu.
"Alah, orang pakai tudung pun bukan baik sangat"
"Tengok tu pakai tudung tapi buat maksiat"
"Pakai tudung sebab nak cover lah tu!"
"Kadang-kadang orang yang pakai tudung lagi jahat daripada yang tak pakai tudung"
"Tengok tu pakai tudung tapi buat maksiat"
"Pakai tudung sebab nak cover lah tu!"
"Kadang-kadang orang yang pakai tudung lagi jahat daripada yang tak pakai tudung"
Jadi sakit hati tak kalau kita yang bertudung ni mendengar kata-kata sebegitu yang diungkap dengan lantangnya di depan kita. Ya. Betul CUMA bukan semua PEREMPUAN BERTUDUNG ada perangai macam tu. Jadi kalau nak berkata-kata tu fikirlah dahulu. Lagi pula aku sendiri pernah terkena. Dalam hati aku berkata "Ewah-ewah sedapnya bercakap.."
Jadi kepada mereka yang terlibat segeralah bertaubat ya..amin.
p/s: gambar ini aku ambil dr FB Imam Muda Fattah
Jadi kepada mereka yang terlibat segeralah bertaubat ya..amin.
p/s: gambar ini aku ambil dr FB Imam Muda Fattah

Wednesday, 25 April 2012
Tuesday, 24 April 2012
Monday, 23 April 2012
SESI BERTEMU PEMINAT?
JK Rowling semasa sesi bertemu peminat...
Aku semak emel hari ini dan sangat terkejut bila mana ada emel dari KarnaDya. Bila baca aku rasa..entahlah..macam-macam rasa ada masa tu...gembira, terharu, risau, berdebar-debar semuanya ada di dalam hati. Aku dijemput ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (memang nak pergi pun!!!) bagi sesi SESI BERTEMU PEMINAT. Aku boleh pilih yang tarikh mengikut schedule (amboi..bukan main sekarang yer!) Maklumlah dengan cabang-cabang sumber rezeki yang aku cari sudah tentu kena imbangkan sana sini kan.
TAPI aku risaulah...aku ni ADA KE PEMINAT memandangkan aku penulis baharu yang baharu sahaja cuba mengintai peluang di dalam industri penulisan di negara kita. Baharu nak merangkak-rangkak mencari IDENTITI jadi memang TERSANGATLAH risau jikalau nanti .....faham-faham lah yer...
Jadi dengan SUKACITA nya aku NORREHAN @ ALIF RAIHANA menjemput anda semua ke Booth KARNADYA di no 3177, 3178, 3199 dan 3200, DEWAN TUN RAZAK, PWTC untuk hadir memberikan sokongan kepada aku di samping membeli EKSPEDISI CUTI SEKOLAH yer....Terima Kasih...SAYANG KORANG!!!
Sunday, 22 April 2012
Saturday, 21 April 2012
Friday, 20 April 2012
BELAJAR BAHASA 1
Kepada rakan-rakan penulis, sila elakkan penggunaan ayat begini:
Salah: Aqila menggeleng-gelengkan kepalanya lalu pergi dari situ.
Betul: Aqila menggeleng-geleng lalu pergi dari situ
Mengapa salah? Ini kerana kita sudah sedia maklum bahawa perbuatan menggeleng dilakukan oleh kepala. Jadi, tidak perlu untuk memasukkan... perkataan 'kepala' sekali lagi.
Begitu juga dengan ayat ini:
Salah: Umar bersarapan pagi bersama-sama ibunya sebelum ke sekolah.
Betul: Umar bersarapan bersama-sama ibunya sebelum ke sekolah
Kesalahan yang lazimnya dilakukan penulis adalah memasukkan perkataan 'pagi' sedangkan kita sedia maklum yang sarapan sememangnya untuk makan pagi. Semoga kita dapat manfaat daripada maklumat ini. Harap maklum.
Peringatan mesra daripada saya buat semua rakan penulis:
Kesalahan lazim yang penulis terbiasa lakukan:
Salah: "Jangan tunding saya begitu", Kata Mala.
Betul: "Jangan tuding saya begitu," kata Mala.
Salah: "Tolong war-warkan pada rakan-rakan ya!" Beritahu Wan.
Betul: "Tolong uar-uarkan kepada rakan-rakan ya!" beritahu Wan.
Mengapa salah?
Penulis gemar menulis tunding sedangkan ejaan yang betul adalah tuding. Begitu juga dengan perkataan war-war yang mana yang betul adalah uar-uar.
Begitu dengan tanda baca. Sekian.

Thursday, 19 April 2012
Wednesday, 18 April 2012
Tuesday, 17 April 2012
SYIDA WEDS AZMI (BHGN 3)
Monday, 16 April 2012
Sunday, 15 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)