Wednesday 16 February 2011

MAULIDUR RASUL

Semalam kita, umat Islam menyambut Maulidur Rasul sempena memperingati Nabi yang kita muliakan iaitu Muhammad s.a.w yang telah meninggalkan kita 1,400 tahun yang lalu. Kat tempat kerja ada ceramah sempena Maulidur Rasul dan nama aku ada sekali. Jadi pergilah sebab ada juga yang sekadar tulis nama dan t/tangan lepas hilang entah ke mana.
Penceramah dari universiti....tak ingat tapi nama dia tahulah, Ustaz Dr.Azahar Yaakub. Cara penyampaiannya memang bagus dan bersahaja. Banyak video yang ditunjukkan. Kalau yang tengok tu ada perasaan kasih dan sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w memang akan timbul rasa sayu, sedih dan insaf (biasanya sekejap jer kan). Memang meleleh gak lah terutama masa dibacakan pesanan terakhir Baginda. Kemudian saat nyawanya ingin dipisahkan dari badan yang mana Baginda berada dipangkuan Aisyah'. Terdengarlah bunyi suara sek....sekk...sekkk.. dari akak2 yang duduk kat bahagian depan dan belakang aku tu....tangisan yang dicover.
Di sini aku letakkan pesanan terakhir Baginda untuk kita semua sebagai umatnya yang sangat2 dikasihi Baginda. Lepas tu bacaan doa untuk Baginda lagi ramai yang sek....sek....sebab suara dia mendayu-dayu, merintih agar Allah s.w.t memberikan nikmat, taufik dan hidayayh kepada umat Muhammad.

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap
syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan
zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah
Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi
Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Tapi ada juga makhluk Allah s.w.t
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
yang rupa-rupanya binatang yang bertopengkan wajah manusia dengan membuat gambar2 seperti di bawah ni. Rasa marah, geram, sedih dan terhina sangat2 sebaik sahaja tengok gambar2 tu TERUTAMANYA gambar pompuan sekor tu....air hangat di tubir mata mengalir tanpa aku sedari....


No comments: