Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kerabat baginda, para sahabat serta seluruh
umat Islam yang menjadikan Baginda sebagai contoh ikutan hingga ke Hari
Kiamat.
Serangkap peribahasa dari negara Barat menyatakan 'Imitation is the most
sincere form of praise' yang bermaksud 'Tiruan adalah pujian yang paling jujur'.
Saya pula berkata, 'Tiruan adalah tanda yang paling jelas bagi menunjukkan
kehambaan mental'.
Jadi, apakah maksud sebenar 'Valentine's Day'?
Ini adalah hasil pencarian Google saya baru-baru ini.
Dalam sejarah Rom, 14 Februari merupakan tarikh cuti khas untuk menperingati
Juno, Permaisuri Tuhan-Tuhan Roman. Keesokan hari tersebut, Jamuan Lupercalia
pula akan diadakan bagi menyambut hari cuti yang penuh bermakna itu.
Pada masa ini, semua lelaki dan perempuan diasingkan antara satu sama
lain. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai satu upacara yang bermula menjelang
hari sambutan Perayaan Lupercalia. Pada asasnya, semua nama perempuan akan
ditulis di atas sehelai kertas dan kesemua helaian kertas tersebut akan
diletakkan di dalam beberapa buah baling khas. Kemudian, setiap lelaki akan
cabut sehelai nama dari mana-mana balang dan mereka akan terus menjadi pasangan
sepanjang Perayaan itu. Selepas menjadi pasangan, mereka sudah semestinya akan
terus berhubung antara satu sama lain sehinggalah sampai satu masa, mereka akan
jatuh cinta dan berkahwin.
Raja Rom pada ketika itu, Raja Claudius II, juga dikenali sebagai Raja
Kejam Claudius, sedang menghadapi masalah yang besar untuk mengambil
pemuda-pemuda lelaki Rom untuk dijadikan sebagai askar. Dia percaya bahawa semua
lelaki Rom enggan meninggalkan kekasih mereka serta membatalkan segala
pertunangan dan perkahwinan yang telah dijadualkan di seluruh negara. Oleh itu,
seorang paderi Rom yang bernama St. Valentine telah bertindak mengahwinkan ramai
pasangan kekasih secara rahsia. Namun yang demikian, akhirnya dia ditangkap,
ditahan dan dihukum dengan berat. Dia telah dibelasah sehingga mati dan
kepalanya dipancung pada 14 Februari sekitar tahun 270.
Jamuan Lupercalia wujud bagi melambangkan ketidakpercayaan terhadap
Tuhan. Pegawai-pegawai gereja dan paderi-paderi dari zaman Awal Kristian telah
mengubahsuai Perayaan Lupercalia dengan mengubah salah satu daripada adat
resamnya, iaitu tidak meletakkan nama-nama perempuan di dalam kesemua balang
tersebut. Mereka menukar kesemua nama tersebut dengan nama-nama orang yang telah
berkorban demi agama mereka. Mereka sebulat suara memilih nama serta hari
pengorbanan St. Valentine sebagai "Valentine's Day" bagi menggantikan perayaan
untuk jamuan itu."
Hari ini, syukur Alhamdulillah kerana kita semua tahu mengapa umat Islam
diharamkan daripada menyambut Valentine's Day serta melakukan segala perbuatan
yang meniru atau menampakkan walau sedikitpun unsur-unsur perayaan ini, sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Ini merangkumi perbuatan-perbuatan seperti
berdua-duaan dengan bukan muhrim, bermanja-manja atau menjalin hubungan cinta
dengan penuh romantik secara jelas, melalui Internet, dan lain-lain. Semuanya
adalah jelas sama sekali - HARAM.
Saya rasa, tiada seorang pun umat Islam hari ini yang tahu membaca dan
menulis, tetapi pada masa yang sama, tidak tahu bahawa semua perbuatan ini
adalah HARAM. Jadi, saya ingin berbicara dengan lebih lanjut
mengenai satu lagi aspek yang hina lagi keji di dalam perayaan syaitan ini. Saya
menggelarnya – 'The Thin Edge of the Wedge', iaitu dari segi bahasanya bermaksud
"Sudut Bucu Yang Sempit bagi Sebuah Penghalang"
Lebih tepat lagi, mereka menggelarnya "Kebebasan". Ya, ia memang jelas sekali
membawa makna yang baik, jadi kita tidak pula memikirkannya dengan lebih
mendalam. Sebenarnya, "kebebasan" mereka bermaksud kebebasan untuk membuat apa
sahaja yang mereka nak, sebagai contoh menjadi diri mereka sendiri, menyuarakan
perasaan, mempunyai ruang, dan sebagainya. Terjemahannya memang baik, malah
bukankah kita juga percaya terhadap sesebuah perjuangan untuk kebebasan?
Bukankah selama ini kita acapkali memberikan sokongan yang mantap kepada semua
pihak yang mewakili kita bagi berjuang untuk mendapatkan hak kita? Sepatutnya,
kita mesti muhasabah diri kita dulu dengan beberapa soalan sebelum kita berbuat
demikian, soalan-soalan seperti:
i. Kebebasan dari
apa?
ii. Untuk buat apa?
iii. Apakah maksud sebenar 'menyuarakan
perasaan kita'?
iv. Apakah maksud
'ruang'?
Dengan itu, barulah kita tahu maksud sebenar 'kebebasan', iaitu kebebasan
dari menurut segala peraturan dan undang-undang, yang telah disusun khas bagi
membentuk peribadi mulia semua penduduk di sesebuah negara untuk membolehkan
mereka bertanggungjawab terhadap keamanan mereka bersama-sama. Tetapi
persoalannya, bukankah semua perbuatan ini juga boleh diterjemahkan sebagai
'anarki'?
'Betul', kata mereka. Tetapi, sebagaimana yang kamu boleh lihat, mereka
inilah umat manusia yang pelik, memalukan, tidak berakal, serta berfikiran ke
belakang, dan tidak mempunyai nilai-nilai moral yang baik seperti orang lain.
Inilah masanya untuk kita campak mereka jauh-jauh, berserta dengan segala
ideologi-ideologi sesat mereka. Ini adalah khas untuk membolehkan kita menyertai
aliran pemikiran sebuah masyarakat moden di dalam kampung yang bernama "Dunia"
ini.
Mereka lupa nak beritahu kita bahawa 'konsumerisme' – adat perbelanjaan,
ialah adat resam yang dominan di dalam kampung "Dunia" ini. Inilah adat yang
membolehkan manusia memuaskan nafsu mereka untuk berbelanja, dengan berbekalkan
had kad kredit mereka sebagai hutang. Mereka takkan sesekali mengingatkan kita
bahawa satu hari nanti, kita mesti membayar juga segala hutang kad kredit yang
telah dibelanjakan! satu hari nanti, kita akan dipertanggungjawabkan!
Mereka juga lupa untuk beritahu kita bahawa kesemua perbuatan ini menuju ke
arah suatu pemikiran yang menjadikan manusia alpa terhadap tanggungjawab serta
mementingkan diri sendiri – "Kau, kau! Aku, aku! Yang penting aku hidup
bahagia!"
Peringatan: Bagi golongan-golongan yang disebutkan di atas;
1. Perkataan "Keluarga" sangat dibenci
kerana keluarga melambangkan keperibadian tanggungjawab.
2. Perkataan "Tanggungjawab" juga sangat
dibenci kerana orang yang bertanggungjawab arif berbelanja dengan penuh waspada
dan tidak menurut nafsu.
3. Mereka amat benci orang yang
bertanggungjawab kerana mereka tahu golongan ini pandai menabung, tidak
membazir, tidak menurut nafsu dan tidak mengikut gaya hidup
negatif
*Kesimpulannya, orang yang bertanggungjawab tidak menyokong
'konsumerisme' sama sekali. Ini berita buruk! Pendek kata, 'keluarga' mestilah
dimusnahkan!
Untuk mencapai impian tersebut, dua perkara mesti dibolehkan secepat
mungkin.
1. Hubungan seksual (kasual dan tidak
mengira kaum)
2. Amalan-amalan yang tidak
bermoral
Tapi, takkan kita nak cakap sebegitu rupa. Betul tak? Mestilah semua pihak
akan melontarkan pelbagai kritik itu dan ini. Jadi, mereka mencipta satu istilah
baru – "kebenaran orang dewasa"
Pada zaman moden ini, semua orang pun beranggapan bahawa 'menjadi dewasa'
bermaksud membuat segala keputusan mengenai apa sahaja berkaitan kehidupan
masing-masing dan orang luar tidak berhak untuk masuk campur, kan? Katakanlah
dua orang dewasa ingin melakukan sesuatu yang orang lain tidak bersetuju atau
menganggap ianya tidak baik, contohnya seperti rakyat jelata atau orang agama
yang menyatakan pendapat mereka. Ini sudah semestinya melawan kebebasan, kan?
Melawan kebebasan itu tidak elok, kan?
Maka dengan itu, wujudlah istilah "kebenaran orang dewasa" Kita pula tanpa
segan-silu menyokong dengan penuh semangat yang jitu.
Jadi sekarang ini, bagi membolehkan kita "berjuang untuk kebebasan" kita
mestilah menjadi dewasa dulu. Dewasa itu apa? 21 tahun? Tua sangat, orang dah
lama matang. Jadi, 18? Apa kata 16? Ahh! Alangkah gembiranya hidup masa umur 16
tahun! Tapi kita tak boleh cakap sebegitu. Sebenarnya, 16 tahun ialah umur yang
sangat sesuai untuk memperoleh kebenaran kerana seseorang manusia sudahpun
matang semasa berumur 16 tahun. Jadi kenapa mereka mesti dikongkong daripada
memperjuangkan hak mereka?
Kenyataan ini sangat asyik didengari, kan?
Jadi, macam mana nak jadikan hubungan seksual yang kasual supaya diterima
oleh orang ramai?
Satu kaedah yang amat efektif ialah C-I-N-T-A. Perkataan yang mempunya lima
huruf ini sebenarnya ada maksud tersirat, juga lima huruf iaitu N-A-F-S-U. Oleh
itu, mereka pun mempromosikan idea C-I-N-T-A ini dalam satu bentuk perayaan –
Valentine's Day. "Apa masalahnya?" tanya mereka. "Lebih-lebih pun, budak-budak
lelaki dengan perempuan meluahkan rasa C-I-N-T-A kepada kekasih mereka." (Budak
ke? Tak juga, semua macam bapak budak). Mula-mula, orang-orang alim Kristian pun
tak benarkan perbuatan ini, tetapi akhirnya mereka mengalah.
Hakikatnya, Valentine's Day menggalakkan adat berbelanja di kalangan semua
orang bagi membolehkan mereka meluahkan rasa C-I-N-T-A. Jadi, apa yang berlaku
terhadap semua pihak yang cakap Valentine's Day ini HARAM? Kalau tak dipanggil
Islamist, mesti mereka akan dipanggil sebagai pengacau, cerewet, terrorist,
cacat akal, pandang ke belakang, dan yang sewaktu dengannya. Nampak tak?
Kenapa Allah s.w.t. beritahu manusia mengenai semua perayaan syaitan
ini? Allah s.w.t. berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ
تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ
مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Al-Baqarah (Surah Ke-2:Ayat 168) Wahai manusia! Makanlah apa yang
dibolehkan dan baik di atas muka bumi, dan jangan sesekali ikut jejak langkah
Syaitan. Sesungguhnya, dia adalah musuh yang paling nyata. (Ayat 169) [Syaitan]
mengajak kamu melakukan perkara jahat dan keji, dan khabarkanlah kepada Allah
apa yang kamu tidak ketahui.
Jadi, macam mana nak jadikan hubungan seksual yang kasual supaya diterima
oleh orang ramai?
Satu cara lagi yang sangat berkesan ialah melalui iklan, siri TV, dan wayang.
Ini termasuklah Bollywood, Hollywood, dan juga semua iklan produk serta iklan
perkhidmatan yang dengan jayanya telah menyumbang ke arah penghakisan saki-baki
nilai-nilai moral masyarakat kita sehinggakan benda-benda yang pantang
disebut/dibuat 10 tahun lalu, kini dianggap normal pada masa kini. Kita
menggelarnya "hiburan". Kita menggelarnya sebagai kemajuan, iaitu siapa yang
ikut pastinya elegan, dan siapa yang tak ikut akan dipandang sebagai kolot.
Inilah yang saya panggil 'The Thin Edge of the Wedge' atau "Sudut Bucu
Yang Sempit bagi Sebuah Penghalang"
Bila dah sampai depan pintu, yang lain akan turut serta masuk ke dalam
rumah. Ianya tidak boleh dielakkan lagi, ia pasti berlaku. Hanya tinggal masa
yang akan menentukan bila ia akan menimpa kita. Kita fikir tiada apa-apa akan
berlaku selagi kita jaga diri kita, kan?
Kita tak fikir apa-apa bila tengok iklan biskut yang tunjuk perempuan
pakai baju tak cukup kain gigit biskut sambil baring atas sofa dengan penuh
berahi.
Kita tak fikir apa-apa bila tengok iklan aiskrim yang tunjuk perempuan
cantik jilat batang aiskrim yang jelas sekali mengingatkan kita mengenai satu
lagi 'batang'.
Kita tak fikir apa-apa bila tengok iklan PDA yang fokus lebih kepada
lengkungan badan model itu yang menyokong PDA tersebut daripada fokus kepada
lengkungan PDA itu sendiri.
Dan selama ini, kita hanyalah menyedapkan hati masing-masing dengan berkata
"Ala, semua tu iklan je. Bukannya aku kenal diorang, usik-usik diorang pun, kan?
Jadi, diorang tak boleh buat apa-apa kat aku, kan?"
Semua iklan tersebut memang tak boleh apa-apakan kita, kan?
Kita memang tak nampak atau kita berpura-pura tak nampak, agenda sebenar yang
telah dirancang – Kejuruteraan Sosial. Tukar norma masyarakat, tukar apa yang
boleh dan apa yang tak boleh diterima. Tukar apa yang dilarang dan apa yang tak
dilarang. Tukar daripada "Mustahil" menjadi "Penuh Aspirasi" Kamu mesti ingat
tiada apa-apa perkara buruk yang akan berlaku, kan? Lihat sajalah bagaimana
industri pengiklanan dan perfileman dipromosikan dan berubah semenjak 30 tahun
lepas. Selepas itu, kita akan lihat realiti yang menunjukkan generasi ibubapa
kita tidak sanggup untuk menonton sesuatu – yang walhal tidak sedikitpun
mempengaruhi keperibadian kita.
Persoalannya ialah kenapa kita perlukan anggota badan model wanita untuk jual
aiskrim? Bukankah itu halangan para wanita? Tidak, ia bukannya satu halangan!
Dia buat semua itu dengan rela hati tanpa paksaan sesiapa. Samalah seperti main
tenis, pemain wanita mesti pakai skirt mini. Pakai burqa ialah satu halangan.
Tapi apa jadi apabila dia nak pakai burqa dengan rela hati juga? Mustahil! Burqa
bukannya keagamaan, ia hanyalah gaya hidup. Cuba tanya Sarkozy, jadi ia mesti
diharamkan.
Tapi, memaksa orang untuk tanggal baju sama sahaja dengan memaksa mereka
pakai baju, kan? Ahh! Kamu semua takkan faham! Tapi tak mengapa, kamu semua
kolot dan ketinggalan zaman, kan?
Kita juga tengok pelbagai jenis hubungan sebelum kahwin dan selepas kahwin di
pawagam dan kaca TV yang menggunakan 'plot cerita' dan 'kebolehan berlakon'
sebagai alasan untuk menyedapkan hati kita, contohnya seperti "Ala, dia berlakon
je. Bukan betul-betul, kan?" sehingga tibanya hari di mana anak-anak kita akan
mempunyai hubungan-hubungan sebegitu rupa. Bila kita tengok di kaca TV, kita tak
pernah fikir bahawa ianya akan terjadi di dalam keluarga kita atau rumah kita
sendiri, kan?
Tapi,
- bukankah kita yang beritahu anak-anak kita bahawa semuanya hanyalah 'lakonan semata-mata' sebelum ini?
- bukankah kita yang anggap ianya tidak mengapa kerana kita tengok kesemua adegan-adegan tersebut secara beramai-rmai sebagai sebuah keluarga?
- bukankah kita yang memberikan tanggapan pertama yang positif terhadap prinsip "tak payah ikut mak ayah, ikut pelakon lagi seronok"
Kemudian, fenomena siri TV dan drama C-I-N-T-A pula mengambil alih aliran
pemikiran kita; fenomena yang pasti meletakkan adegan-adegan suspen sebelum
tamat untuk membuatkan kita pasti tengok pada episod seterusnya. Siri TV – Bold
and Beautiful, ialah satu contoh yang baik bagi menunjukkan siri TV tampak
berani tetapi tidaklah secantik mana. Ia mengisahkan hubungan lelaki dan
perempuan sehinggalah tiba pada satu tahap di mana ianya menjadi sangat rumit
apabila watak perempuan itu adalah isteri kepada seorang ayah, tiba-tiba menjadi
ibu kepada seorang anak, dan pada masa yang sama, dia sendiri adalah kekasih
lelaki lain, dan sebagainya.
Alangkah bebasnya dia! Dan kita pula sedang berada di mana ketika semua
rancangan seperti ini ditayangkan? Di dalam ruang tamu kita sendiri, di mana
semua jenis lakonan ditayangkan dan ditonton oleh seluruh ahli keluarga tanpa
malu. Kenapa jadi begitu? Kerana kita masih lagi menganggap semua itu hanyalah
"lakonan semata-mata" Dan kepada kita yang suka menonton National Geographic,
berita, dan Animal Planet – sebenarnya, iklan-iklan yang menyebabkan kita masih
menonton rancangan TV.
Apa yang terkandung di dalam iklan-iklan TV? Mereka sedang cuba sedaya-upaya
untuk melampaui batas sempadan yang dibenarkan bagi menonjolkan nafsu, berahi,
seksi, menukar kebiasaan rakyat, dan menjadikan yang tidak mungkin, mungkin!
Tiada sesiapapun yang mahu membantah. Tapi, cuba tonton satu iklan – hampir
semua iklan akan mempunyai pandangan/kritik dari persepsi yang berlainan. Tapi
kita tak buat, itu sahaja.
Peringatan: Kepada sesiapa yang tidak pernah tonton TV atau tidak suka TV dan
baca surat khabar atau majalah, di dalam media cetak pastinya terkandung lebih
banyak iklan-iklan yang melampaui batas.
*'The Thin Edge of the Wedge' atau "Sudut Bucu Yang Sempit bagi Sebuah
Penghalang" sekarang sudahpun membuka pintu dan yang lain akan turut serta masuk
ke dalam rumah.
Sekarang, marilah kita lihat segalanya! Homoseksual. Sebelum itu, ingatlah
bahawa semua ini adalah bertujuan untuk "kebebasan". Juga tidak ketinggalan,
kebenaran orang dewasa serta apakah maksud "dewasa" Sudahkah anda tidak
bersetuju terhadap "kebebasan"? Bukankah kamu berada di barisan hadapan semasa
perjuangan untuk menyuarakan pendapat, mendapatkan ruang, dan memuaskan
nafsu?
Jadi, apa masalahnya sekarang? Semuanya mengenai N-A-F-S-U, kan?
"Selamat tinggal, orang-orang tua. Sekarang ini ialah zaman kami." Kalau
tidak percaya, cuba tanya anak-anak kita.
Pernah sekali terjadi perarakan Washington March for Gay Pride pada tahun
1993, mereka melaung:
"Kami di sini. Kami gay. Dan kami berhasrat untuk mengambil anak-anak
anda"
Kamu ingat ianya tidak menjadi kebiasaan? Aiskrim pun begitu
juga.
Hasil nukilan Sheikh Yawar Baig (www.yawarbaig.com) – 11 Februari 2011 Diterjemah oleh:
Khudri Johari
Artikel Asal: Not Mine - Because I am Not a Valentine Imej: www.funmunch.com
No comments:
Post a Comment