Monday 6 December 2010

RAWATAN GIGI

Tadi Kak Faezah ajak gi buat rawatan gigi percuma oleh pelajar2 di USIM. Mula2 rasa mcm takut lagpun aku tak pernah check gigi sejak di bangku sekolah. Takutlah gigi aku ada masalah ke apa tapi aku memang nak cuci gigi. Memang teringin jadi aku pun ikutlah . Kita orang berempat. Samapai sana dah ada pelajar yg tunggu sebab dorang memang buat hari2 dan Jumaat untuk kanak-kanak.

Sebelum buat tu kena isi borang dan sesi soal jawab takut kita ada masalah kesihatan kan....bila last buat treatment, pernah masuk hospital tak, famili ada sakit apa, dan macam2 lagi.
Aku takut2 berani nak buat, rasa seram sejuk pun ada, rasa tak nak buat pun ada gak tapi akhirnya aku buat juga...Habislah gigi aku digerudi dgn segala macam peralatannya yg agak menakutkan aku sebenarnya. Dikorek2 udah tu suruh aku buka mulut besar2 sampai naik lenguh nak menganga....
Kuar darah sikit masa dia bersihkan, cuci dan beruskan gigi....pastu rasa licin saja....Thanks kepada adik Sharifah, thirdr year student (tapi ada pengawasan drpd doktor gigi yg bertauliah)...lain kali boleh buat lagi kalau aku rasa nak buatlah....tadi kita orang datang 11.20 sampai 12.40 tgh itupun ada yg tak sempat nak buat hari ini kena tunggu lain kali pulak....
nilah benda2 yg dia sebutkan dengan kawan dia untuk direkodkan....aku dengor ajer ler....

ni contoh jer bukan gigi aku sebab aku ada gigi taring....hehehehe

No comments: