Wednesday 29 December 2010

ARTIKEL & PUISI AGAMA: HUKUM SANGGUL TINGGI & PRASANGKA BAIK vs PRASANGKA BURUK

Apa Hukum Bersanggul Tinggi? 


Soalan:

Apa hukum seorang wanita mengumpulkan (menggelung/sanggul) rambutnya di atas lehernya dan di belakang kepalanya yang membentuk benjolan sehingga ketika wanita itu memakai hijab/tudung, terlihat bentuk rambutnya dari belakang hijabnya?
Jawapan :

Ini adalah kesalahan yang terjadi pada banyak wanita yang memakai jilbab, dimana mereka mengumpulkan rambut-rambut mereka di belakang kepala mereka sehingga menonjol dari belakang kepalanya seandainya mereka memakai jilbab di atasnya. Sesungguhnya hal ini menyelisihi syarat hijab yang telah kukumpulkan dalam kitabku “Hijab al-Mar’ah al-Muslimah minal Kitab was Sunnah”.

Dan diantara syarat-syarat tersebut adalah pakaian mereka tidak membentuk bahagian tubuh atau sesuatu dari tubuh wanita tersebut, oleh kerana itu tidak boleh bagi seorang wanita menggelung rambutnya dibelakang kepalanya atau disampingnya yang akan menonjol seperti itu, sehingga tampaklah bagi penglihatan orang walaupun tanpa sengaja bahawa itu adalah rambut yang lebat atau pendek. Maka wajib untuk mengurainya dan tidak menumpuknya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah.

Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(Riwayat Muslim)

* Oleh : asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rohimahulloh

Oleh itu, BERSEDERHANALAH WAHAI WANITA..
Bersanggul itu boleh, tetapi jangan terlalu tinggi sehingga menarik perhatian lelaki.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Prasangka Buruk vs Prasangka Baik

Ada prasangka buruk..
Ada prasangka baik..

Orang beribadah disangka riak..
Orang yang rileks disangka malas..
Orang yang berpakaian cantik disangka menunjuk..
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud..
Orang yang makan banyak disangka pelahap..
Orang yang makan sikit disangka diet..

Orang baik disangka buruk..
Orang buruk disangka baik..
Orang senyum disangka mengejek..
Orang masam disangka merajuk..
Orang bermuzakarah disangka mengumpat..
Orang diam disangka sombong..
Orang menawan disangka pakai susuk..
Orang nampak ceria disangka membela..

Mana tahu yang diam itu berzikir kepada Allah..
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
Mana tahu yang ceria itu kerana cerdas mindanya..

Manusia memang suka berprasangka..
Jauhilah sikap suka berprasangka buruk kerana ia bakal.

MEMUSNAHKAN UKHWAH ANTARA KITA
SEPERTI MUSNAHNYA KAYU DIMAKAN API!

No comments: