Tuesday 14 December 2010

MENGHITUNG WAKTU, MY BIRTHDAY

Bulan ni merupakan bulan yang agak...hmmm apa perkataan yang sesuai utk aku gunakan. Tak kisahlah tapi bulan ni mempunyai beberapa tarikh yang mungkin ingin dibiarkan berlalu begitu sahaja ataupu dinikmati dengan secebis kenangan masa lalu...entahlah...hari ni genap fasa terakhir usiaku 25 tahun. Satu tempoh yang panjang dan terlalu banyak yang telah aku lalui sepanjang waktu itu berlalu yang mana terpalit kedukaan, kesedihan, kemurungan, kekecewaan dan kesepian yang hadir sebelum nilai kegembiraan, keriangan, kejayaan dan keseronokan yang hadir melewati di sisi. Tarikh yang sama pada bulan hadapan bertambah lagi usiaku...sekadar pertambahan umur bukan diriku.

25 - 26



Epi Ennyversari ni kerana pada 26 Dis ni genap 6 tahun aku aku bekerja gi Jusco Taman Maluri. Satu tempoh yang panjang untuk pekerja part time seperti aku. Ramai staff yang keluar masuk silih berganti dengan 1001 macam alasan. Ada yang pergi dengan bermaruh bahkan ada juga yang sebaliknya (buat perangailah tu!!) Terbaharu ada 1 kes yang agak mengaibkan utk department kita orang. Biarlah menjadi rahsia kami yang tinggal sejemput ni... (staff semakin berkurangan). 26 Dis juga genap 6 tahun tragedi tsunami yang merubah dunia (paling teruk di Acheh; negara kita pun tak terkecuali)


Indulgence Cake dari Secret Recipe ni pertama kali aku rasa masa jamuan kat opis...memanglah sedap setanding dgn harganya. Rasa nak beli untuk special day nanti tapi tak pasti lagi...

Paling istimewa cerpen aku mungkin (tapi yakin keluar kot sebab wartawan tu yg tipon aku) akan disiarkan dalam sebuah majalah sempena Krismas ni. Al-kisahnya pun mestilah ada kaitan dengan perayaan orang Kristian tu kan. Nama watak pun ada simboliknya...sebab kita kena berimaginasi....
Okeylah sampai jumpa lagi....salam

No comments: