Sunday, 28 June 2009

TARIKH LUPUS PERSAHABATAN

Macam barang aje nak ada tarikh lupus ke tarikh luput kan walhal sebolehnya dlm persahabatan tidak patut ada istilah itu. Biar sesingkat mana hubungan itu, biar sejauh mana jarak memisahkan persahabatan itu, biar setinggi mana darjat di antara mereka tidak perlu ada tarikh lupus sebuah persahabatan sekiranya bertunjang keikhlasan, keyakinan dan kemurnian hati dlm bersahabat. Betul tak...

Tidak kita sama ada sahabat itu lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, pandai atau kurang pandai, cantik atau biasa saja, peramah atau pendiam, alim atau bersosial, pucuk pangkalnya adalah nilai persahabatan yg kita inginkan daripada mereka ini. Berkawan bhar beribu berkasih biar satu adalah kata-kata yg biasa kita dengar tapi sejauh mana kebenarannya. Ada juga yg pasang dua tiga dlm satu-satu masa kan...sorry lah tu bukan aku mungkin teman-teman di luar sana heheheh...

Pada aku jika kita ingin persahabatan itu kekal untuk selamanya tidak harus di waktu senang sahaja sedangkan di waktu kita memerlukannya mereka hilang entah di mana seperti terkambus dlm lautan manusia yg berjuta ini. Terutamanya apabila masing-masing sudah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yg lebih tinggi dan berjaya mendapat segulung ijazah yg senantiasa menjadi idaman setiap orang (walaupun ada yg tak kisah). Usai itu dapat pula menjawat jawatan yg baik dlm organisasi atau syarikat2 besar yg mana sudah tentu bergaji besar dan mempunyai lebih ramai kenalan.

Semakin payah untuk kita berbica ataupun paling tidak sekadar huluram sms kita untuk dibalas mereka. Alasan yg dah lapuk mungkin juga dah basi berkulat2 untuk diterima ialah sibuk tiada masa nak balas. Persetankan semua itu, jika ingatkan mereka sebagai seorang sahabat paling tidak kita dapat membalas sms mereka sekadar berbasa-basi walaupun teman itu tidak mengetahuinya. hargailah sahabat yg di samping kita sewaktu susah senang dahulu, sama2 berjalan kaki pulang dari sekolah, bersama berebut2 menaikit bas tatkala tamat menghadiri kelas tambahan, teman yg sama2 ketawa ketika didenda atas kesalahan yg tidak kita lakukan.


Sungguhpun ada di antara kita tidak sampai ke menara gading diharapkan itu bukanlah satu alasan yg sengaja direka cipta untuk menjauhi seseorang. Sebuah ikatan persahabatan yg terjalin kukuh tidak mungkin terputus ibarat sebuah mutiara yg sentiasa berkilauan walaupun di mana ianya tercampak tanpa mengubah keasliannya yg cukup berharga.

Semoga persahabatan itu akan menjadi kenangan terindah untuk kita kenangi ketika melewati hari-hari tua yg bakal mendatangi kelak dengan 1001 peristiwa yg mengandungi pelbagai rencah di dalamnya.

Saturday, 27 June 2009

USIKAN NAKAL

Perbualan antara dia dan ehem2 pd 26 Mei lalu....



Dia: Ni tgh keje la yek...

A'ah tgh keje la ni...

Dia: Kul brape balik ari ni?

Kul 10.30 lah...

Dia: Bile nk g tgk wayang camni...jgn pndg blkg cgkak cm best je hehehehehe.....

Bila kita ajak xnak g...

Dia: Elleh ajak time org keje bleh la.. tau2 dh g tgk ngn pakwe je kankankankan huhuhuhuhu

27 Mei lalu...

Dia: Watpe 2...dh abis tgk wyg ke?

(Tak ingat jwb apa tpi rasanya dah selesai tgk kot)

Dia: Oho...bukan main td ajak tgk wyg yek...

Tak pelah kita g ari Jumaat

Dia: Ari Jumaat...sya keje la.. Ahad baru cuti...kita g ari Ahad je la hehehehe...

Kita cuti ari Jumaat je ari lain kena keje

Dia: Jumaat org lelaki kena g sembahyang Jumaat knknknknkn

Oklah kita gi ari Ahad

Dia: Oo...bleh yek...awk x takut ke?

Kenapa nak takut plak hehehehehe...

Dia: Sya ni jahat tau dak...huhuhuhu

3 Jun lalu...

Terdapat perbualan sebelum itu kemudian...

Dia: Jumaat keje mlm, nape?

(Ntah apa yg dijawabnya dah lupa plak..)

Dia: Yeke jom ar tgk citer jgn pndg blkn cgkak

(Sekali lagi terlupa)

Dia: Bleh tapi ari lain la, komedi la syok xde nak beban kepala otak kankankan baru santai minda 2...

Macam x best jer tgk iklan kat tv

Dia: Ntahla sya dh lame x tgk wyg sbnarnya hehehehe...

Berani ke nak g sama2 (agaknya kot dialog ni...)

Dia: Slumber xde halnye....

Tapi kalau setakat berani kat alam siber je tak bermakna apa kan...kan..kan..kan...

Jangan marah pada tuan punye dialog ni sekadar gurauan dan hiburan untuk diri saya di sini...huhuhuhuhuhu.

Friday, 26 June 2009

DRAMA: SINETRON HIKMAH & HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN

Di tepi kerinduan ku
Memandang hampa pada dunia
Aku hanya orang biasa
Tak lepas dari
Rasa kecewa

Hanya padamu
Tempat kumengadu
Pahit yang kini menyeksaku
Aku percaya
Tiada yang sia-sia
Semuakan ada hikmahnya

Subhanallah...walhamdulillah...astaghfirullah allahu akbar....


Masih ingat lagi dengan lagu tema sinetron Hikmah yg suatu ketika dulu menjadi ikutan masyarakat kita? Mendengar bait-bait kata yg terkandung dalam lirik ini membuatkan aku berteleku memutar kembali apa yg terjadi kebelakangan ini. Setiap kejadian itu ada hikmah yg tersembunyi. Apa yg membedakan hanyalah apakah kita sedar di sebalik dugaaan dan ujian Allah s.w.t. itu terselit HIKMAH

Apa yg penting adalah keredhaan kita dalam menghadapinya. Tambahan pula Allah s.w.t tidak sesekali akan mendatangkan dugaan dan ujian kepada hambanya yang mana hambanya itu tidak mampu untuk menanggungnya. Begitu hebat kekuasaan Allah s.w.t dlm memberikan kita ujian dlm kehidupan ini. Cuma kekhilafan kita sebagai manusia menjadikan kita seringkali mengeluh dan memarahi diri atas musibah yg sedang menimpa. 

Oleh itu, jangan sesekali kita menyalahkan takdir apatah Allah s.w.t atas dugaan dan ujian yg diturunkan kepada kita sebaliknya harus sabar dan teruskan berdoa pada-Nya kerana Allah s.w.t. itu maha mendengar setiap doa-doa hambanya. Biarpun adakalanya seakan-akan tidak mampu lagi untuk kita menghadapinya, usah berputus asa lantaran HIKMAH yg menantinya cukup besar sesuai dengan dugaan dan ujian yg diberikan kepada kita. Selamat muhasabah diri kepada anda dan juga diri saya sendiri...

Sunday, 21 June 2009

HEPI BIRTHDAY MY FRIEND

Entri ni khas buat seseorang yg aku anggap sebagai kawan baik aku duniawi dan ukhrawi tak kira di mana sahaja beliau berada. Kawan yg untuk selama-lamanya kawan. Perkenalan kitaorang bermula di tempat kerja kalau tak silap aku pada Februari 2005 selepas dua bulan aku berkerja di situ..

Sebenarnya pada hari pertama dia bekerja aku sangkakan dia seorang bos besar...hahaha bocor rahsia yg aku simpan selama ini. Apa tidaknya waktu dia datang aku tengah mencuba satu game baru kot2 nanti ada yang tanya tidaklah aku melongo aje...tup2 dia dan abang senior iaitu abang Azihan sedang meronda2 dekat tempat aku main game. Apa lagi kelam-kabut aku matikan game tu dan blah ke tempat lain. Lepas tu baru aku tahu dia rupanya staff baru same macam aku juga...hehehe lawaknya nak ketawa pun ada memikirkan betapa kalutnya aku pada waktu tu...
Macam2 yg kitaorang hadapi bersama pada waktu itu memandangkan bos kitaorang tu bujang terlajak jadi perangai dia macam tak berapa nak betul sikit. Bandut nama gelarannya yang aku bagi dan menjadi ikutan oleh staff2 di situ. Bukan sembarangan nama sebab tu aku rujuk pada kamus dewan dulu...kalau nak tahu pe maknanya kena selak kamus yer...
Bos kitaorang ni sebenarnya jeles sebab tak ada sape nak layan perangai dia yang miang tu jadi dia lepaskan kemarahan dia pada kitaorang staff2 part time iaitu aku, dia dan Hidayah sorang lagi budak yg same minat macam aku iaitu buat cerpenlah. Ada aje yang tak kena pada mata dia tu..pantang nampak kami berdiri dekat pasti dari jauh dia jerit nama salah seorang dari kami lepas itu soh buat itulah inilah asalkan kami tak berkumpul. Kalau terjerit2kan memalukan staff dan dia juga macamlah kitaorang makan gaji buta tapi syukurlah aku tak pernah kena macam tu.
Arahan biasa adalah nak buat macam mane kena tahan telinga ajelah. Sudah tu pemalas nak buat kerja, semua kerja yang sepatutnya dia buat supervisor kitaorang yg kena. Kalau tak nanti pihak pengurusan akan mengomel. Kesian Sv kitaorang, Kak Midah. Ramai staff yg berhenti sebab tak tahan dgn perangai bos yg tak betul tu namun akhirnya bahagia datang juga bila dia sibuk melobi untuk dinaikkan pangkat dan diterima. Amin...lega boleh tarik nafas sebab semua menyampah dgn cara kerja dia.
Cuma yg tak best ramai rakan2 yg sekepala dgn aku berhenti dgn macam2 alasan. salah seorangnya ialah kawan aku ni yang katanya nak sambung belajar tapi kemudian pergi kerja pula. Sekarang ni dia berkerja si KWSP di PJ tu. Kini hanya aku, dia dan Dayah aje yang selalu berhubungan memandangkan yg lain dah hilang jejak. Selalu juga kitaorang bersms sekadar berbasa-basi tanyakan hal2 biasa.
Selamat ulangtahun yang 24 pada 22 Jun 2009 ini. Betul kan? Kita sebaya cuma berbeda pada bulan sahaja. Maaf banyak2 sebab tak dapat menghadirkan diri pada majlis perkahwinan abangnya di Seremban pada 13 Jun lalu. Jauh sangat kalau dekat KL ni, Insyallah akan diusahakan. Tapi tak mengapa kalau dia yg naik pelamin nanti macam mana jauh pun akan tetap diusahakan agar berjaya sampai di majlis tu ek....Jangan lupa janji pasal gambar video tu yer bila dah tiba masanya nanti...kira freelah sebab kitakan member hahaha....
Sekali lagi SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-24 buat rakan, kawan, teman dan sahabat aku, HAIRUL IZWAN BIN HASNAN. SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN CEPAT2 DAPAT PASANGAN HIDUP YANG SEKUFU. Itu doa daripada seorang sahabat untuk sahabatnya dan begitulah sebaliknya....
Salam ukhuwah berpanjangan,
NORREHAN @ REHAN
(14 JAN 2010, jgn lupa tau!)

Saturday, 20 June 2009

KENYATAAN MEMANG MEMERITKAN

Amboi tajuk entri bukan main lagi kan...tapi hakikat itu tak dapat dinafikan juga. Ada betulnya seperti yg berlaku pada aku sekarang, lewat waktu ini bersama seseorang. 'Hubungan' yg bermula secara tidak disengaja telah membuka satu lembaran persahabatan antara aku dan dia yg sebenarnya ada ikatan lain yg pernah terjalin antara kami. Berbelit2 pula ayat aku ni tapi begitulah al-kisahnya.
Siapa sangka bumi di Allah s.wt. yg maha luas ni boleh pula dipertemukan dua orang yg sememangnya pernah bertemu di alam nyata yg mana kini dihubungkan pula di alam maya. Perbualan demi perbualan yg berlaku telah menyelongkar banyak rahsia hidup kami yg selama ini terkunci rapat. Perutusan sms yg berjela2 hampir saban hari telah memenuhkan peti simpanan mesej aku di telefon bimbit Nokia aku.
Namun langit tidak selalunya cerah dan bulan tidak saban malam menghadirkan diri di celah2 kepekatan malam bersama jutaan taburan bintang2. Semua yg berlaku adalah di bawah naungan kekuasaan-Nya. Pada pukul 3.21pg pada 2 Jun lalu telah menoktahkan segalanya. Dia telah memberanikan diri untuk menelefon aku manakala aku juga dengan beraninya ingin menjawab panggilan itu. Akhirnya salam bersambut dan bermulalah sebuah perbualan.
Masyaallah setelah mendengar suaranya itu aku seakan-akan kenal dgn dia tetapi aku teruskan juga perbualan itu. Selepas itu aku jarang menerima sms darinya lagi dan aku juga hanya sesekali mengirimkan sms padanya. Aku rasa sekarang waktu yg sesuai untuk membiarkan keadaan menjadi seperti sedia kala seperti mana sewaktu aku tidak mengenalinya lagi. Oleh itu, entri ini khas buat sahabat maya aku yg mungkin tidak akan menghantarkan khabar berita untuk aku lagi selepas ini.
Jadi inilah peluang terakhir sebelum hubungan persahabatan ini dilenyapkan bersama peredaran waktu yg berlalu pergi membawa bersama sejuta kenangan yg mungkin terindah antara kami. Salam dari kejauhan untuk aku, N kepada sahabat aku M.
Ps: semoga apa yg awak baca dpt menjelaskan tentang siapa saya...semoga menjalani hidup dgn lebih bahagia tanpa mengenali lagi siapa itu N....salam ukhuwah yg tulus....ingat tagline awak huhuhuhuhu....:)
ada pesanan lg nih...:
1. Selamat Hari Bapa utk ayah awak yg tak pernah saya kenal tu...semoga panjang umur selalu
2. Sayang dan jaga nenek awak tu yer, tak dapatlah saya nak jumpa dia hikhikhik....
3. Semoga persahabatan awak dan Adham baik2 aje...lepas ni saya dah tak tanya pun pasal dia lagi hehehehe.....
4. Nanti kirim salam pada semua staff dulu yg kenal dgn kita yer....ble knknknknkn
5. Kalau nak jemput masa makan nasi minyak nanti alamat dh ada kat sini....hakhakhak
6. Nanti kalau cerpen yg kita buat tu berjaya kuar di malajah kita sms , bolehlah awak baca nanti...

Sekarang semua dah selesai jadi kalau ada salah silap ke terkasar bahasa semasa kita sms minta maaf yer...(harap2 diampunkanlah).....

Salam terakhir,
Rehanz

KAMPUNG HALAMAN

Pastinya hampir semua orang ada kampung tidak kira jauh mahupun dekat. Yang penting kita semua memilikinya namun begitu ada juga sesetengah daripada kita memang tak mempunyai kampung sama sekali. Baik di sebelah mak atau abah.


Apa yang menariknya kalau ada kampung? Hmmm..tentulah best dapat balik kampung dan merasai suasana perjalanan pulang ke kampung yang dituju. Apatah lagi atuk dan opah yg sedia menanti kepulangan anak cucunya di rumah. Dapat bermanja2 dengan mereka selain menikmati suasan kampung yg memang tidak dapat kita peroleh jika berada di bandar2 besar terutamanya Kuala Lumpur yg semakin dicemari dengan pelbagai pencemaran alam.

Ada pula tu dusun buah-buahan, berjumpa sepupu sepapat dan sanak saudara yg lama tak berjumpa, boleh berkubang dan sungai dan juga berendam di air terjun. Pastinya menyeronokkan buat mereka yg mengalaminya. Seronok rasanya bila mendengar cerita tentang kengkawan yg nak balik atau pulang dari kampung. Riuh rendah dgn ragam cerita mencuit hati. Ada pak long, mak long, mak ngah, pak uda, mak teh,pak andak dan macam2 nama panggilan yg kita gelarkan pada mereka ni. Biar gegar gempita namun ikatan kekeluargaan yg terjalin mengerakkan persaudaraan itu.


Kenapa tiba2 sahaja aku sibuk cerita pasal kampung padahal bulan pose pun lambat lagi kan... Sebenarnya sebilangan rakan sekerja aku dan teman maya aku sibuk cerita pasal kampung nak balik kampunglah bahkan ada juga yg baru sahaja pulang dari kampung membuatkan aku terpisat2 seketika.

Aku sejak lahiriah lagi memang tak punya kampung selain tempat tinggal aku sekarang ni Kampung Pandan yg dok di tengah2 bandaraya Kelumpo ni. Bila masa nak raya sedihnya rasa hati mengenangkan keluarga awak ni yg tak ada kg so nak balik ke mana. Duduk ajelah kat rumah dan jiran2 pun banyak yg dah balik kg, bak kata orang kalau nak tido kat jalan pun boleh sebab terlalu sedikit kereta kat atas jalan tu...


Apa lagi nak bermanja2 dgn atuk dan nenek sesuatu yg tak pernah aku miliki lagi pula semua mereka sudah dijemput Ilahi. Bermula arwah nenek sebelah ibu pd 1988 sewaktu aku berusia tiga tahun kemudian arwah nani pd 1996 (kalau aku tak silap ingat) dan nana (panggilan org Pakistan) pd 1997. Jadi kasih sayang mereka yg kudambakan mungkin terlalu sedikit untuk aku kenangkan (kalau ada).

Jadi bila cerita pasal kg2 kadangkala aku rasa 'iri hati' pd mereka yg ada kg tambah2 pulak musim raya lagi berkembanga mekar dlm hati rasa sedih. Kalau aku tanya pd mak jawapannya senang aje. " besok kalau ko nak kahwin cari lelaki yg ada kg, bolehlah ko ada kg pula". Geram ada lucu pun ada tapi itulah kisahnya orang2 yg memang tak ada kg ni...cuma merasa jadi orang kg dua hari satu malam bila ada program anak angkat masa aku ikut Program Khidmat Sosial Negara di Kg, Parit 10 Timur, Sabak Bernam pd 2003. Alhamdulillah hubungan itu masih berterusan hingga kini dan dua tahun lalu aku membawa semua ahli keluarga 'yg aku ada sekarang' pergi beraya di sana. Dapatlah mak dan abah aku kenal dgn mereka semua di sana cuma abah angkat aku dah meninggal dunia pd tahun 2004 kalo tak salah.


Jadi pesan khidmat masyarakat kepada sesiapa yg ada kg, ada lagi atuk dan opahnya selalulah jenguk mereka di sana lantaran bukan wang ringgt yg mereka mahukan tetapi kehadiran kita di samping mereka. Selagi nyawa mereka masih ada zirahilah mereka dan bahagiakanlah mereka.

ps: Buat sahabat maya aku, M.S kalau awak baca entri ni...ada peluang lagi ke saya nak ikut awak balik kg..huhuhuhuhu:)

Tuesday, 16 June 2009

MACAM-MACAM HAL

Tengoklah gaya anak buah aku ni tidur sampai tertonggeng tapi tetap lena...siap ada teman setia lagi yg sebelah tu....hua3. yg bestnya tu 'kawan2' dia siap berselimut lagi menahan kesejukan air-cond....itulah dia Nurul Jannah

Ni budak sorang ni sibuk nak bergambar dengan masakan dia...apalagi tengah belajar masak spegetti lepas tu masak udang ntah apa2 bahan dicampurnya. Konon resepi sendiri tapi sekali makan kira okaylah..tu yang dok excited nak bergambar tu....

Sunday, 14 June 2009

FANATIK HARRY POTTER

Tak lama lagi akan muncul kembali filem yang menjadi fenomena di negara kita tidak kira kanak2, remaja, mahupun dewasa yang pastinya tidak sabar untuk menyaksikannya....filem apa lagi kalau bukan Harry Potter and the Half-blood Prince. Aku sendiri tidak sabar untuk menontonnya...

Aku boleh dikatakan peminat fanatik juga walaupun tidak sefanatik orang lain (mesti ada yg lagi fanatik dr aku ni)...semua cdnya aku ada yg original lagi dan benda lain termasuk novel (satu aje yg B.Melayu punye), pensel, penanda buku, sticker, majalah dan apa saja yang aku rasakan ingin kumpul sebagai koleksi peribadi...seperti dlm entri yg lalu aku kini sibuk mengemaskinikan segala khutubkhanah milik aku dan antara yang aku jumpa ialah....





Saturday, 13 June 2009

HARI GURU 2009

Mungkin dah terlewat untuk ucapkan selamat hari guru tapi aku nak buat entri ni khas untuk guru2 yang pernah mendidik dan membimbing aku suatu ketika dahulu....walaupun ada di antaranya tidak lagi aku temui namun jasa dan pengorbanan mereka tetap bersama aku hingga akhir nafasku....

Dengan jasa yang terbalas itu aku tidak kisah memperuntukkan sedikit wang dan tenaga untuk memberikan sesuatu kepada guru2 aku menjelangnya sambutan hari guru saban tahun. Aku berasa puas andai mereka menerima dan menghargainya. Untuk guru2 wanita tahun ni hadiahnya istimewa sedikit kerana aku menghadiahi mereka dengan majalah yang telah
menyiarkan karya aku selama ini(ingat lagi gambar majalah yang sama di entri lalu)..
Penerima khas itu ialah:
Pn. Normah = guru Bahasa Melayu (2003/04)
Pn. Zainorraini = guru Bahasa Melayu (2001/02)
Pn. Maheran = guru K.Hidup (2000) & Ekonomi merangkap guru tingkatan (2003/04)
Pn. Rozita = guru Biologi (2001/02)
Ustazah Tuan Ruzana = guru Pend. Islam (2000)
Pn. Saadiah = tidak pernah mengajar aku tapi membantu aku secara tidak langsung semasa menyertai pertandingan mengarang cerpen sewaktu sekolah dahulu


Tidak lupa juga kepada guru2 yang lain iaitu:


En. Valusamy = guru Sejarah Tamadun Dunia/Islam (2003/04)
Pn. Vijaya = guru Bahasa Melayu (2000) & Sejarah Asia Tenggara/Malaysia (2003/04)
Pn. Maria Bee = guru Kimia (2001/02)
Pn. Ong Meng Seng = guru Sejarah (2001/02)
En. Shan = guru pusat sumber yg kamceng dgn group aku semasa di tingkatan enam




Tidak lupa juga buat mereka:
Pn. Rokmaa = guru Bahasa Melayu yang banyak menyokong pembabitan aku dalam program nilam dan penulisan


Cikgu Faizal = guru ganti darjah 2 Melur di SK Tun Hussein Onn yg tidak lagi aku temui. Dia sebenarnya selalu meminta aku menolongnya dan kemudian dapat upah...hehehe


Cikgu Safri = guru kelas semasa darjah 5 & 6 Tanjung tapi beliau masih lagi aku temui di tempat kerja aku namun sifat rendah diri menbuatkan aku 'malas' menemuinya. Maklumlah semua rakan sekelas aku berjaya dalam pelajaran dgn cemerlang sementara aku di tahap biasa2 aje...cuma yg aku tahu dia masih lagi ingat nama aku...tima kasih cikgu...


Cikgu Izuani = guru praktikal Bahasa Inggeris pd 2001 yg baik hati...selepas itu, aku ada menghubunginya melalui surat dan telefon. terakhir aku tahu beliau kini berada di Terengganu sekarang tidak tahu...


Sir Adzlan Baharuddin = guru Bahasa Inggeris semasa darjah 4,5, dan 6 malah beliau sanggup menangguhkan hasrat utk menyambung pelajaran semata2 untuk anak2 muridnya ini.tq sir


Dan kepada sesiapa yg namanya tidak aku semadikan di sini tidak mungkin aku melupakan kalian yg pernah merencahi hidup aku dgn warna2 ilmu yg pelbagai....sedikit atau banyak sama ada kalian ingat atau tidak,namamu akan sentiasa berlegar di ruang fikiran aku setiap kali 16 Mei menjelang tiba.....terima kasih untuk mereka semua....





KENANGAN LALU - UiTM SEBERANG PRAI, PULAU PINANG






Ni adalah sejarah silam yg aku kopek kembali bila sesi kemas mengemas berlaku....nak kata apa lagi benda dah lama berlaku cuma barang ni aku simpan. Cuma sekarang aku rasa tiada guna lagi nak simpan lagipun nak buat apa kan...so ni saje aku letak untuk kenangan aku sendiri suatu masa nanti...dua minggu di sana menginggalkan kesan yg cukup mendalam untuk aku sebenarnya...