Saturday, 22 August 2009

MINGGU PENULIS REMAJA 2002

Beg fail masa mengikuti Minggu Penulis Remaja selama seminggu di Wisma Belia yg menghimpunkan semua bakat2 muda dari seluruh Malaysia. Cuma peserta dari Sabah dan Sarawak sahaja yang tak dapat hadir sebab tiket duit sendiri...

Di antara cerpen2 yg 'dibedah' masa program penulisan
cerpen bersama Abang Faisal Tehrani yg gila2 ...

Buku Aturcara dan tag nama peserta.

Friday, 21 August 2009

SALAM RAMADHAN


Salam Ramadhan kepada semua yg mengenali aku sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Marilah sama-sama kita menjalani ibadah puasa dgn penuh ketaqwaan, keberkatan dan kemuliaan agar ibadah yg kita lakukan dengan menahan lapar dan dahaga serta perkara2 lain akan mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t. Insya-Allah.

Thursday, 20 August 2009

KHUTUB KHANAH 5

Koleksi key-chains kesayangan aku, ada dlm lebih kurang 70psc kot banyak sangatt aku pun malas nak kira


Entah apa faedahnya entah aku dok buat kod warna ni masa tingkatan tiga..yelah masuk Form 4 mane ada lagi Pend. Seni kan. Aku campur2kan kaler dan jadikan kod warna dan simpan bukannya aku pernah guna dan benda ni pun dah selamat dikebumikan bersama dgn 'mereka2' yg lain

Kotak muzik utk projek PMR 2000 masih kekal dlm simpanan berharta aku. Bukan tu aje masa Form 1 buat tempat letak kaset dan masa Form 2 pula buat tempat letak barang macam botol minyak rambut ke bedak ke dan dua2 benda tu ada lagi aku simpan. Yang tempat letak barang pernah mak aku gunakan kat rumah sebelum tukar yang baru so berjasa juga benda tu kan

Surat2 cinta eh... tak ada maknyanya surat cinta macam ni. Nisurat yg aku dan Dayah budak yg kamceng dgn aku masa kitaorang sama2 kerja kat JJ. Sekarang dia ni dah nak habis blajar dlm bidang nursing kat Mahsa College. Sorang keje pagi sorang keje petang memang tak dapat jumpa tambah pula dapat bos 'bandut' jealous tgk kitaorang rapat so surat2 ni jadi penghubung kitaorang dan peti suratnya dalam loker yg kitaorang kongsi...macam2 ada bila baca balik boleh gelak sorang2...yg ini separuh aje yg aku nak simpan coz ada something...ahaks!!!

Thursday, 13 August 2009

HARI KIDAL SEDUNIA

13 Ogos setiap tahun adalah sambutan Hari Kidal Sedunia cuma sambutannya tidak begitu dihebahkan bahkan aku pun baru tahu beberapa tahun yang lalu. Itupun melalui pembacaan satu artikel di suratkhabar. Untuk pengetahuan hanya 10 peratus dari 6.7 billion manusia di dunia ini yang kidal. Perkata ini terjadi disebabkan 'kecacatan' otak. Ala...bukan cacat apa cuma otak sebelah kanan yg mendominasi seluruh bahagian otak menyebabkan manusia kidal wujud TERMASUK AKU. SO AKU KENA SAMBUTLAH hehehe... Memang ada kesulitan sebagai individu kidal utk hidup dalam dunia yg didominasi individu normal tetapi manusia kidal ini sebenarnya mereka yang HEBAT! Sebab mereka boleh menjalani hidup seperti manusia normal lain walaupun dilingkungi oleh benda2 yg dicipta khusus untuk manusia normal.

Cuma yang sedikit masalah bagi aku ialah masa nak guna pengupas kulit buah tapi dululah sekarang dah ok dan brooch. Kadang2 brooch bentuk reben dan cara nak pakai tak sama antara individu kidal dan normal. Satu lagi masa nak menulis sebab aku MESTI sengetkan dulu buku atau kertas yg aku nak tulis baru ok. Ini seringkali menjadi tumpuan orang yg melihataku tulis secara senget. Macam mana aku boleh tulis macam tu, tak boleh ke tegakkan buku tu, peliklah cara kau tulis dan macam2 lagi bahkan ada juga yg terus memerhatikan aku tulis sampai rasa tak selesa. Pelik sangat ker sampai kena tengok camtu sekali kan....kelakar pun ada cuma sekarang aku nampak ramai lagi individu kidal di luar sana. Dalam keluarga aku pun hanya aku yang kidal dan lingkungan kawan2 pun hanya sorang jer yang geng dengan aku sementara yang lain manusia normal.

Albert Einstein, Bill Gates, Angelina Jolie, Brad Pitt , Leonardo da Vincci adalah individu yang sekumpulan dengan aku termasuk si Mawi (yg ni hampeh betul) dan Ina Naim (aku minat dia).

Individu kidal juga sebenarnya manusia yang istimewa dan sangat istimewa....Selamat Hari Kidal Sedunia pd mereka yang satu geng dgn aku!!!

Saturday, 8 August 2009

KHUTUB KHANAH 4 - NOTA, PROJEK SEKOLAH & KERTAS PEPERIKSAAN

Projek simple utk Ekonomi dan B.Melayu kitaorang buat empat orang dlm satu kumpulan

Exam paper STPM 2004

Nota2 masa Form 6 dulu masih kemas dlm simpanan aku. Tambahan pulak adik aku bercadang nak sambung blajar ke tingkatan enam, nak ikut jejak kakaknya ni walaupun dah ada beberapa perubahan yg berlaku pada silibus budak2 selepas aku. Boleh juga buat rujukan nantikan.

Thursday, 6 August 2009

KHUTUB KHANAH 3 - KERTAS UJIAN, PROJEK SEKOLAH & BUKU AMALI




1.Kertas ujian dari tingkatan satu hingga tingkatan lima masih tersusun rapi dalam kotak. Nampak banyak tapi dah kurang dari yang sebelumnya laaagi banyak. Kebanyakkan yg ada sekarang subjek Pendidikan Islam sebab aku terror jugak ....(amboi riaknye) memandangkan selalu dapat A1 kan huahuahua.... tapi tak sume subjek yg ada lagi pula ni dah saringan yg entah berapakali dah...
2.Yang kedua pula projek2 sekolah yg pernah aku buat.
a) Cover kaler hijau tu masa zaman berhingus lagi utk Pend. Jasmani buat dgn member
b) Cover kaler pink plak utk Sejarah sempena Sukom'98
c) Cover biru pun utk Sejarah gak tapi ambik markah utk PMR
d) Cover bunga2 tu masa Form6 utk MUET pasal jenis2 artikel
3.Buku amali Geografi ,Sejarah, Sains (Form3), Kimia (Form 4 )

KHUTUB KHANAH 2 - KERTAS PEPERIKSAAN SEKOLAH RENDAH





Nilah benda2 yg aku dok kemaskan 3,4,5 minggu yg lalu... dah jadi acara wajib tahunan untuk mengemas benda2 ni sume. Tersebutlah kisah suatu ketika zaman sekolah rendah dulu. Lagipun ini aje yg tinggal so sayang sangat nak buang. Ni dah kira barang sejarah kan boleh masuk muzium camni....yelah tu kan muzium peribadi akulah....

Wednesday, 5 August 2009

KHUTUB KHANAH 1

Exam paper SPM 2002

Artikel mengenai Angkasa-1 pertama negara.
Excited nak kumpul tapi bukan sume yg aku baca pun


Kenangan semasa mengikuti Program Khidmat Sosial Negara (PKSN). Budak2 selepas aku kena pergi Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) hua3... kat sini juga akuydapat keluarga angkat yg masih berhubungan malah dua tahun sudah aku bawa sume family aku ke Sabak Bernam bertemu mereka cuma abah angkat aku aje tak ada dah ...


Buku Sejarah Hang Tuah yg mak aku jumpa masa dia kerja dulu terbitan 1967 dan bahasanya masya-Allah bikin fenin kepala daa... terbelit-belit nak membacanya. Kadang2 nak cerita pasal si pulan jumpa si pulan aje tapi ayat tiga, empat baris panjangnya. Itulah pengaruh bahasa Sanskrit. Aku pernah cuba baca tapi masa awal2 masuk sekolah menengah dulu rasanya kalau aku baca sekarang insya-Allah lebih faham kot.


Semasa mengikuti simposium di Hotel Prince and Residence, Kuala Lumpur masa Tingkatan Enam Atas Sastera. Memandangkan SMK Datok Lokman merupakan anak angkat kepada Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), 10 orang pelajar kelas aku terpilih utk pergi ke sana. Patutnya 10 orang tapi ada sorang kawan kitaorang Mad Noor sibuk cari blazer udahnya dia kena tinggal sebab kitaorang naik kereta cikgu dan terpaksa pergi ke YPC naik bas plak bersama budak2 sekolah lain dan pelajat dari sekolah aku jer yg pakai blazer so nampak grand sikit padahal kitaorang pun tak berapa faham pasal pambentangan kertas kerja yg dilakukan oleh cendikiawan2 kat atas pentas. Pasal budal taki kitaorang dok sakat dia lepas tu... Huahuahua....

Tuesday, 14 July 2009

FILEM : POTTERMANIA



Filem yg dinantikan oleh semua peminatnya terutama sekali aku! Sepatutnya filem ini ditayangkan pada tahun lepas tetapi pihak Warner Bros. sengaja menangguhkan penayangan filem ini. Walau apapun aku akan pastikan tidak ketinggalan untuk menontonnya di pawagam nanti. Lagipun aku dah ada date dengan dua orang yg berlainan untuk menonton filem ini maknanya aku akan tengok dua kalilah...macam tak cukup tengok sekali pulak kan. Tengok preview memang tak sabar-sabar nak tengok citernya...maklumlah aku ni peminat fanatiknya...mane boleh tak nak tengok kan...Harry, Ron, Hermoine and Hogwarts here I come....!!! (entah betul ke tak aku tulis ni..hua3)

Friday, 10 July 2009

MICHAEL JACKSON


Siapa yg tidak kenal dengan ikon yg popular di seantero dunia ini. Walaupun aku bukan peminatnya yg sering mengikuti perkembangannya namun pemergian beliau yg boleh dikatakan secara tiba-tiba sangat-sangat mengejutkan aku bahkan dunia juga.

Macam tak percaya saat diberitahu bahawa Michael Jackson telah mati pd pagi 25 Jun lalu. Rasa terkejut sangat walhal beliau kini sibuk menjalani latihan untuk mengadakan 50 buah konsert jelajahnya di Amerika. Pelbagai spekulasi mulai timbul dalam mencari punca kematiannya dan doktor yg bersamanya pd akhir hayatnya dilaporkan telah melarikan diri telah membuka lebih banyak ruang spekulasi tentangnya.

Keislaman beliau juga dipersoalkan kerana menurut laporan beliau telahpun memeluk Islam pd November lalu di rumah seorang rakannya. Bukan itu sahaja kini di mana-mana orang heboh bertanya di manakah kubur penyanyi sepanjang zaman itu akan disemadikan.

Bagi aku biar apa juga punca kematiannya, itu semua sudah suratan yg tertulis di dalam diari kehidupan seorang Michael Jackson dan itu yg harus kita terima sebagai ibubapanya, keluarganya, anak-anaknya, sahabatnya dan juga sebagai peminatnya yg bersepah-sepah di merata dunia ini.

Jikalau benar beliau kini seorang Muslim lebih baik kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman...amin ya rabbal alamin.