Thursday 13 August 2009

HARI KIDAL SEDUNIA

13 Ogos setiap tahun adalah sambutan Hari Kidal Sedunia cuma sambutannya tidak begitu dihebahkan bahkan aku pun baru tahu beberapa tahun yang lalu. Itupun melalui pembacaan satu artikel di suratkhabar. Untuk pengetahuan hanya 10 peratus dari 6.7 billion manusia di dunia ini yang kidal. Perkata ini terjadi disebabkan 'kecacatan' otak. Ala...bukan cacat apa cuma otak sebelah kanan yg mendominasi seluruh bahagian otak menyebabkan manusia kidal wujud TERMASUK AKU. SO AKU KENA SAMBUTLAH hehehe... Memang ada kesulitan sebagai individu kidal utk hidup dalam dunia yg didominasi individu normal tetapi manusia kidal ini sebenarnya mereka yang HEBAT! Sebab mereka boleh menjalani hidup seperti manusia normal lain walaupun dilingkungi oleh benda2 yg dicipta khusus untuk manusia normal.

Cuma yang sedikit masalah bagi aku ialah masa nak guna pengupas kulit buah tapi dululah sekarang dah ok dan brooch. Kadang2 brooch bentuk reben dan cara nak pakai tak sama antara individu kidal dan normal. Satu lagi masa nak menulis sebab aku MESTI sengetkan dulu buku atau kertas yg aku nak tulis baru ok. Ini seringkali menjadi tumpuan orang yg melihataku tulis secara senget. Macam mana aku boleh tulis macam tu, tak boleh ke tegakkan buku tu, peliklah cara kau tulis dan macam2 lagi bahkan ada juga yg terus memerhatikan aku tulis sampai rasa tak selesa. Pelik sangat ker sampai kena tengok camtu sekali kan....kelakar pun ada cuma sekarang aku nampak ramai lagi individu kidal di luar sana. Dalam keluarga aku pun hanya aku yang kidal dan lingkungan kawan2 pun hanya sorang jer yang geng dengan aku sementara yang lain manusia normal.

Albert Einstein, Bill Gates, Angelina Jolie, Brad Pitt , Leonardo da Vincci adalah individu yang sekumpulan dengan aku termasuk si Mawi (yg ni hampeh betul) dan Ina Naim (aku minat dia).

Individu kidal juga sebenarnya manusia yang istimewa dan sangat istimewa....Selamat Hari Kidal Sedunia pd mereka yang satu geng dgn aku!!!

No comments: