Monday, 26 October 2026

13-16.10.26 - KEMAS BARANG & BILIK - ALAS PAHAR, BENANG KAIT, RAK BAJU, KAD, AKU & KIERAN, BEG JUSCO (AEON), MATAWANG, UBAT, KASUT, CHITTAGONG, BAJU KA, IKAT RAMBUT, KEYCHAINS & BEG, TAHUN BARU CINA - KLIA, KITAR SEMULA, ANEKA BEG, HADIAH PENGHARGAAN BUB & BIRTHDAY, KA, PBAKL & INDONESIA


Alas pahar benang kait dan kain baldu Mak punya. Dulu Mak minta aku tolong simpan sebab takut 'hilang'.

Mak tempah kat Cik Ros yang tinggal kat Bandar Tun Razak untuk buatkan.

Macam kena scam je beli rak baju ni mahal sangat. Ada dua set dan satu dah pakai pun 

Beli RM130!

Kad ni Syahida yang bagi dulu.

Masa hubungan saudara masih okay 


Beg untuk bagi customer letak anal patung @ toys yang dorang menang.

Minta tolong Khalid dan Sue, kawan Adik tolong tukar kan duit Dollar. Kebetulan Khalid nak tukar duit Arab ke RM lepas bapa dia balik daripada Umrah.

75 Dollar= RM295++



Beli dekat market sebelum balik sini hari tu, dalam RM40




Adik bagi dan mungkin Angah pun ada bagi juga beg² tu.

Aku buat sendiri kat KLIA sebelum ke Dhaka pada 7.2.26 hari tu dan benda ni Adik yang simpan. Kita orang berdua join untuk buat benda ni dan free je pun.


Beg boleh lipat

Sebahagian kotak² yang dah kemas 

Untuk kitar semula, nanti boleh letak kat bawah. Kadang ada yang cari barangan terpakai kan so boleh lah dorang ambil.

Aku memang dah siap asing kertas dan plastik. Kotak pun dah siap buka dan lipat. Plastik pun dah bersihkan dan botol pun dah siap basuh baru aku letak sini. Botol kicap dan sos pun dah basuh dulu.

Ada juga pinggan mangkuk yang masih boleh guna, straw, bekas plastik makanan, sudu garfu plastik yang aku tak nak guna. Nak simpan pun dah banyak sangat, aku simpan sikit je.

Bahagian dapur yang dah kemas sikit 





Macam² beg ada - kertas, plastik dan woven 

Hadiah yang Pn.Mastura bagi masa aku dan Kak Yam kena tukar jabatan. Baru buka setelah Mei 2024. Ada botol air besar warna hijau dan tudung ni.



Beg daripada barang kitar semula, masa ni ada lawatan MBPJ le MPAJ ke BUB


Beg ni dapat masa aku tinggal di Klang, 3-6 tahun tapi mungkin dapat beg ni masa aku 5-6 kot. Umur 7 tahun Mak Abah ambil aku semula sebab nak start sekolah rendah dah.

Adik ipar (lelaki) Shahid bagi, dia kerja di Arab Saudi.

Beli beg kertas ni dulu masa melawati Zoo Negara. Tahun 2009 dan sekarang dah 2026!




Sibuk nak duduk dalam box ni 


Hadiah birthday Adik bagi, simpan sampai sekarang tau!

Ni beli masa ada karnival jual barangan Thailand 

Dulu beli jubah kat sini masa expo hari raya

Beg vowen yang dapat masa beli buku cerita dan novel di PBAKL sewaktu aku dan Adik rajin memborong di sana.

Benang Hijau ni jual tudung dan beg DBP aku dapat masa join Pertandingan Menulis Cerpen sempena Bulan Bahasa Kebangsaan anjuran KPKT.

Door gift JPB masa Perhimpunan Bulanan JPB, ada buku nota kecil dan pen juga 






Ni masa pergi Indonesia pada tahun 2008. Akhirnya aku lepaskan juga beg kertas ni.

No comments: