Sunday, 4 October 2026

29.9.26 (BHGN 1) - KEMAS BARANG & BILIK - PEMADAM, KA, TOYS, STICKERS , BEG PLASTIK, KAMUS BERGAMBAR, LAGU 10 BUDAK HITAM, KERTAS BERCORAK, BUKU NOTA, PBAKL, DAUN KERING, KAD BIRTHDAY, KAD PINDAH JABATAN & KAD HARI GURU









Lawatan ke Pusat Sains Negara masa sekolah dulu...

Pameran Doraemon sempena ulang tahun yang ke-100 masa tu di Viva Home. Aku bawa Iqa dan Muhd sahaja sebab last minute Adik tak nak ikut. Aku ada beli patung kecil juga sebagai kenangan.



Kamus Bergambar yang dikoyakkan Adik masa dia kecil. Mak aku cakap, tak apa bagi je adik main. Ko rasa? Aku simpan sampai sekarang, dan berpuluh tahun kot.







Kertas bercorak yang aku guna untuk print puisi, sajak, pantun, haiku Jepun dan aku simpan dalam fail.

Dulu selalu beli dekat Aeon Maluri dan masa tu ikut timbang jadi boleh pilih sehelai² nak corak yang mana. Pergi pun bukan selalu jadi bila pergi tu memang target nak ke Kedai Buku MPH dan beli kertas ni.

Kertas ni wangi dan ada corak juga cuma kena tengok betul².


Nampak kan coraknya!


Kertas untuk buat projek sekolah dulu.

Koleksi buku nota

Setiap hari ditemani oleh oleh pembantu setiap, si kenit ni






Ada pelukis yang buat masa aku pertama kali pergi pesta buku di PWTC. Dah 26 tahun usia lukisan ni. Tahun 2000 aku berumur 15 tahun dan masa tu pergi dengan kawan sekolah aku Hamizah naik LRT.

Simpan daun kering dalam buku

Kad birthday daripada bekas bos aku di Bahagian Ukur Bahan, Puan Mastura yang dipanggil bos.


Kad masa aku kena pindah JABATAN. Dari JPB ke Bahagian Integriti. Kad kiri tu daripada Kak Ina Norizan dan kanan tu daripada Pn.Zu. 

Daripada Pn.Zu tu dia buat surprised gift gitu, yang orang datang bagi kat kita tu. Trending kejap benda tu sebab aku pun pernah buat birthday surprise kat Adik masa dia kerja Kumon.

Kad Kak Ina Norizan 

Kad daripada Puan Maheran, cikgu SMKDL aku dulu. Dulu setiap tahun aku akan bagi hadiah hari guru dan Pn.Maheran ni pernah balas balik hadiah yang aku  bagi tu dengan bagi telekung dan bekas letak alat tulis dekat aku.

Gambar aku dan Hidayat SWW tu aku yang letak.

No comments: