Monday, 5 October 2026

29.9.26 (BHGN 2) - KEMAS BARANG & BILIK - KAD BIRTHDAY, HANDMADE PAPER, SAMPUL SURAT, TIKET BAS, KALENDER, SETEM, POSKAD,SAND ART, KELUANG MAN, HARRY POTTER, KAD, TISU, STICKERS, PEMBALUT PLASTIK GULA-GULA & PEMBARIS PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN




Dari JPB 

Ucapan Pn.Zu supaya aku cepat kahwin... lambat lagi Pn.Zu. Jodoh saya datang pada tahun 2023, 9 tahun kemudian dari tarikh saya terima kad birthday ni..... hahaha 


Kad birthday, yang atas daripada Kak Faizah yang dulu sama jabatan dengan aku di JPB dan kad bawah tu daripada Norazura Abd. Samad yang merupakan keluarga angkat aku masa join Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) pada 2003 selepas SPM di Kg.Parit 10 Timur, Sungai Besar, Selangor.

Kad birthday daripada Adik.



Daripada Iqa

Buat kertas sendiri, masa ni join Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) di Eka Education Centre, Jalan Gombak, Selangor masa Tingkatan 6 pada Ogos 2004.

Kumpul tiket bas, sampul surat bercorak serta kalender mini yang ada tandatangan Maya Karin

Sampul surat beli kat Aeon Maluri dulu.

Sampul surat aneka warna.

Setem

Malas nak kumpul dah. Dulu setem keluaran khas pun aku beli dekat Pejabat Pos.

Sand art...ni ada yang customers dah buat tapi tak nak ambil. Ada yang buat separuh lepas tu tinggalkan pun ada.

Antara setem keluaran khas yang aku beli dulu.



Poskad 

Poskad khas Putrajaya masa baru dibuka dulu





Poskad juga ni  - Nokia

Kartun legend ni, sezaman dengan Usop Sontorian rasanya.

Barangan Harry Potter 

Kad dan tisu 







Pembalut buku daripada plastik gula² yang aku buat sendiri.

Pembaris ni dapat masa portal ni dilancarkan di SMKDL pada 2 Julai 2001 masa aku Tingkatan 4.

No comments: