Saturday, 24 October 2026

11-12.10.26 - KEMAS BARANG & BILIK - KA, DRESS TIDUR, T-SHIRT, FAMILY DAY, TEAM BUILDING, BAJU KURUNG, PYJAMAS, KOTAK, ROLLING PIN, SAPU TANGAN, TUALA, FACE MASK, TABUNG MPAJ, SANDAL, KASUT, BEG (PUNJUT, GALAS & BALIK KAMPUNG), KERTAS NOTA & WARNA, FAIL, SAMPUL SURAT & SWEATER (OLEH-OLEH VIETNAM)

11.10.26


Baju ni aku dah tak nak bagi dia pakai sebab warna putih dan jadi merah sebab tercampur dengan baju tidur KA warna merah tapi dia dah tengok dan sibuk nak pakai.



Dulu aku bagi Mak beg ni dan sekarang mak pun dah tak ada jadi Adik kemas sikit² barang Mak. Adik tanya aku sebab ni aku yang bagi dulu, aku pun banyak nak let go beg² kecil jadi yang ni aku suruh sedekah je lah.

Masa pergi Rantai Panjang dulu aku ada beli satu dress ni dan Shahid pun beli sehelai t-shirt harga RM5 tapi aku tak ingat dress yang mana satu.

Yang ini ke aku beli dulu?

Ke yang warna ungu ni?

Shahid beli yang ni - dia dah tak pakai pun t-shirt ni

T-shirt kat bawah ni semua aku tak nak pakai dah, simpan pun buat apa kan so aku nak jual tapi tak ada yang berminat. Kak Long kalau aku bagi free memang dia bil je semua ni. Memang dah tahu dah perangai dia....
BUB tema building pada 2022 dulu dan itulah kali pertama aku jejakkan kali le bumi Langkawi 


Family Day KHP kat Terengganu tapi aku tak join tapi still semua orang dapat t-shirt. Lagipun masa ni aku baru ke kena tukar kat Bahagian Integriti.


Ni lagi lama, masa ni ikut rombongan ke Terengganu. Aku, Angah dan Abah yang pergi naik bas dengan orang² kat Block E. Dulu ada En. Mazlan yang rajin untuk organized rombongan ke mana².

Port Dickson, Sungai Congkak, Wang Kelian, Kelantan, Terengganu dll. Seronok masa ni. Ada rombongan yang memang satu famili kita orang pergi.


Family Day JPB 2016 kat Akar Beach Resort, Port Dickson.

Ni dapat free daripada sepupu aku yang dulu kerja kat Radio ERA

Ni beli sendiri 

T-shirt Shahid masa dia kerja dulu

Lagi satu dress aku tapi yang ni aku beli dekat TikTok.

Baju kurung kain cotton, nak bagi kat Kak Long tapi dia tak nak pula.

Baju pyjamas satin dan terbali salah saiz sebab aku ingat tak muat nanti so aku beli yang 8XL, ambik kau! Gedobok ya amat!!! Aku jual dengan Kak Long RM10 sahaja.

T-shirt yang kat atas tadi kecuali Shahid punya Kak Long kata Damia nak. Aku beritahu lah kalau Damia yang pakai besar sangat dan terus tak nak pula. Dia ambil sehelai dia sahaja.


12.10.26
Dah pukul 12 tengah malam kot, aku still mengemas sorang² dan sebelum ni pun memang aku kemas sorang diri, tak ada sape nak tolong. 

Shahid memang buat tak tahu je walaupun dia nampak aku tengah kemas, duduk bangun, jalan ke sana sini dari satu bilik ke bilik yang lain tapi ada dia kisah? 

Barang kau kan so pandai² kalau nak kemas. Mungkin dia fikir macam tu kot.


Aku tengok pun sakit mata!



21.9.24 - tarikh akhir aku kemas anak patung dan keychains dalam kotak ni


Beg punjut yang 24 kena pakai kat pinggang dulu disebabkan ilmu hitam @ ilmu ghaib yang digunakan oleh orang yang terdekat dalam famili aku. Mak yang hantar jahit kat sape entah dulu.

Shahid punya dan dia tak nak guna lagi

Kenapa aku beli sapu tangan ni dulu yer?

Ni dapat free masa aku rajin beli syampu jenama ni, payung dia pun aku ada dan masih aku guna sampai sekarang.

Aneka corak dan warna face mask yang aku ada masa zaman COVID-19 dulu 


Tabung

Sandal, dah lama tak pakai

Ni aku pakai masa kerja SWW @ MOLLY FANTASY dulu. Dah 14 tahun aku simpan sebab aku tak ada kasut sukan lain kalau ada program kat MPAJ tapi dah lama sangat aku tak pernah pakai pun lagi lepas berhenti kerja lat tempat game tu.

Pernah pakai sekejap 

Beli mahal tapi bila pakai ibu jari  kaki kiri aku sakit

Saiz 38... Patut saiz 39-40 baru okay dengan kaki aku.

Ni Kak Mariyati yang bagi dan aku pakai kalau ada Mesyuarat Tender dan Sebut Harga dulu. Sejak masuk PPU memang tak tal handle apa² mesyuarat. 

Saiz 8

Ni dah 16 tahun dengan aku dan TAK PERNAH PAKAI pun!!! Self inflatable pillow ni dapat masa program KESUKE...ko pilih nombor dan tengok lah dapat apa. 

Tak salah aku semua barangan untuk camping macam benda ni, kerusi lipat, termos air dll.

Beg galas SHAHID, zip dah rosak

Dulu tak ada beg vowen bagai, pakai beg balik kampung ni. Besar beg ni. Aku nak letak barang untul pindah nanti dan lepas tu buang.

Kertas untuk buat nota, cikgu Adik yang jual dulu berapa sen je dulu.

Lagi kertas warna yang aku jumpa masa kemas²

Fail masa jaga tender dan sebut  harga dulu

Plastik untuk laminate dengan plastik putih cover buku skrap ke buku projek sekolah.

Ni aku simpan sampul yang elok² je


Sweater, oleh-oleh dari Vietnam. Kak Rin yang bagi masa dia di BUB.

Contoh bila dah pakai

No comments: