Tuesday 21 March 2023

SHAHID - KALI PERTAMA JUMPA (27.11.2022), IBU EN.S,MALAM TAHUN BAHARU, SYAMPU HERBA, MINYAK RAMBUT & RANTAI (31.12.2022)


Pertama kali jumpa Shahid a.k.a En.S ialah pada 27 Nov 2022 (Ahad) pada tarikh sepatutnya Mr.A balik ke Malaysia tapi dia tangguhkan kepulangan dia kepada 1 Dis 2022. Jadi aku ambil keputusan untuk bertemu dengan En.S sekali sahaja.  Pertama dan terakhir.

Asalnya aku nak jumpa dia pada hari Sabtu tapi dia kata dalam budaya dia @ budaya kampung dia, tak elok jumpa pada hari Sabtu bila mana baharu pertama kali nak jumpa. Aku ikut sahaja dan kita orang janji temu di Times Square. Dia sampai dulu daripada aku dan tunggu di tingkat satu sementara aku yang terlambat walaupun bangun awal pagi. Biasalah asyik leka tengok telefon, YouTube dan lain-lain lepas tu nak booking Grab lagi kan.

Bila dah sampai aku dok cari dia, kat mana dia tunggu aku kan. Lepas tu aku telefon dia dan dia telefon aku dan bila nampak aku jawa telefon (lepas beritahu aku pakai baju warna apa) dia terus suruh aku ke tingkat satu dengan menggunakan eskalator di sebelah kanan aku (selalu aku guna yang sebelah kiri) dan di balik tiang besar dia dah tunggu.

Rasa berdebar sebab kena cakap Inggeris! Grammar tunggang langgang janji dia faham sudahlah kan! Mula-mula dia cakap kat aku ialah, "You tell me you are taller than me". Hahaha...aku pun tak ingat sama ada aku pernah beritahu dia yang aku lebih tinggi daripada dia atau tak. 

Bila dah jumpa dia tinggi sedikit daripada aku. Usai tu dia nak belikan aku bunga. Dia tanya kat mana kedai jual bunga dan aku cakap tak payah. Aku tak nak bunga. Siapa pernah bagi aku bunga dan aku pun bukan suka sangat dengan bunga. Nanti layu dan buang sahaja.

Kita orang jalan terus ke tingkat tiga (3) dan beli tiket wayang. Ada masa lagi 45 minit sebelum waktu tayangan bermula dan aku ajak dia pergi ke Panda Eyes sebab aku memang nak beli beg tangan (konon nak pakai masa pergi kenduri kahwin Mamu) dan lepas tu naik balik ke GSC. 

Dia beli popcorn dan air mineral. Dalam panggung aku tengok dia macam tak berapa selesa dan tanya dia okey ke tidak? Dia cakap dia okay (dah lama lepas tu baharu aku tahu dia tak okey!) dan kita orang antara orang yang terakhir keluar dari pawagam tu.

Tak tahu nak pergi mana, kita orang duduk borak dekat bangku yang ada di kawasan sekitar. Borak punya borak (lama juga) dan aku rasa selesa dengan dia macam dah kenal lama walhal tu pertama kali berjumpa.

Lepas berborak pergi ke Medan Selera untuk makan tapi aku tak nak makan sebab dah beli sushi tapi masa nak turun tu ada pula jualan kasut. Aku memang nak cari kasut hitam bersarung dan lepas cuba beberapa jenis dan saiz aku pun pilih satu kasut warna hitam. Dua kali aku cuba sebab tak nak tersalah pilih saiz kasut lagi macam dulu yang beli di kedai Bata. 

Sebelum beli dan lepas dah bayar tu aku cuba dan En.S pun tengok sahaja aku cuba bila dah bayar tu dengan harapan kasut tu akan elok-elok sahaja bila aku nak pakai nanti. DI medan selera, En.S sahaja yang makan dan makanan dia berharga RM36! Dia seorang yang makan kot! Perut pun dah kenang maka kita orang pun berangkat pulang. Masa ni tak tahu akan berjumpa lagi atau tidak dan bagaimana kesudahannya. 

Macam mana pula dengan kisah Mr.A di sana, seronok sangat ke sampai tak jadi balik pada tarikh yang sepatutnya. Aku kat sini punalah tunggu mesej dan panggilan telefon dia setiap hari. Aku memang tak pernah mesej atau telefon dia dulu sepanjang dia berada di kampung dan cuma tunggu kiriman daripada dia sahaja.


AMBOI!!!

AMBIL GAMBAR DULU






ARWAH IBU EN.S - SEKALI PANDANG MIRIP MUKA MAK AKU!


31.12.2023 - MALAM TAHUN BAHARU

EN.S DATANG AMPANG - PERGI MAKAN - HARI HUJAN LEBAT -  HUJAN SEKEJAP BERHENTI, SEKEJAP LEBAT BALIK - AKU INGAT NAK PERGI DATARAN MERDEKA TAPI MESTI SUSAH NAK DAPAT GRAB NANTI - LEPAS MAKAN, BALIK!




MAKAN KAT KEDAI MAMAK SAHAJA....OK LAH TU!






EN.S BELIKAN SYAMPU DAN MINAK RAMBUT UNTUK AKU - DIA KATA ELOK UNTUK MEREKA YANG ADA MASALAH RAMBUT. MASA DIA DIET DULU HABIS RAMBUT DIA GUGUR DAN LEPAS GUNA SYAMPU DAN MINYAK NI, ALHAMDULILLAH LAH.

SYAMPU DIA ADA BAU OREN

MINYAK RAMBUT NI MEMANG WANGI!




EN.S BELIKAN UNTUK AKU - WALAUPUN TAK MAHAL TAPI AKU HARGAI LAH!

No comments: