Saturday 4 March 2023

AKU KAHWIN - DAH SAMPAI KELANTAN & KAYANGAN INN, RANTAU PANJANG & BAJU NIKAH (22.1.2023 - AHAD)

Bas bertolak ikut waktu 9.30 pagi dan ada singgah makan dan sape nak solat ke pergi tandas ke (dalam 40 minit macam tu lah....aku pun tak ada rekod dekat telefon aku (selalu aku buat) kan tapi kali ni tak ada pula!) Dan lepas dah sampai Rantau Panjang petang tu, kita orang cari grab untuk ke homestay tu. Pemandu tu pun tak tahu jalan dan rupanya banyak lagi inap desa (homestay) yang ada dekat situ tapi bila aku Google tak keluar pun nama-nama tu. 

Inap desa ni agak terperuk ke dalam sedikit dan betul-betul menghadap Thailand dan dipisahkan dengan Sungai Golok. Bila aku zoom telefon aku memang nampak ada sekumpulan budak-budak dari negara jiran tengah main bola di padang. Ada jua yang naik sampan dekat sungai tu.

BILIK HOMESTAY DI KAYANGAN INN, RANTAU PANJANG - SEMALAM RM100 TAPI TAK OKAY LAH BAGI AKU. KALAU ADA KERETA SENDIRI MEMANG AKU CARI TEMPAT LAIN. AGEN TU PUN TAK MEMBANTU NAK CARIKAN HOMESTAY KE APA. BILA AKU TANYA TEMPAT NI DEKAT KE DENGAN MASJID BEIJING YANG DIA CAKAP (AKU ADA SURVEY JUGA), KAK SAL SI AGEN TU CAKAP DEKAT DAN BAGI NOMBOR TELEFON PEMILIK HOMESTAY TU. KAN SENANG KALAU DARI AWAL LAGI KAU BAGI NOMBOR TU KAT AKU KAN!

SUNGAI GOLOK







PENAT TAPI BILA BERGAMBAR KENA SENYUM...HIHI





DAH NAK DEKAT MAGHRIB




Lepas dah rehat sekejap kita orang keluar pergi cari makan malam dan ada satu kedai makan yang dekat dengan inap desa tu jadi kita oang jalan kaki sahaja dan ada satu tempat tu kita orang tak boleh nak lalu sebab ada lopak air yang sangat besar dan tutup jalan. Tak boleh nak lalu sebelah kiri tau kanan pun. Lepas tu ada jiran salah sebuah rumah dekat situ tunjukkan kita orang laluan pintas untuk ke depan dan aku ucapkan terima kasih sebab tunjuk jalan tu dekat kita orang.

Lauk dia pun memang bukan selera kita orang pun tapi sebab dah lapar, makan sahajalah apa yang ada. En.S minum teh o ais dan aku teh ais dan kena dalam RM13 @ RM14 ringgit. Malan tu Kal Sal tu mesej tanya pasal duit yang aku perlu sediakan esok. Aku ingat esok pagi nak pergi bank bila nak gerak ke sana tapi agen tu kata bukan dia suruh sediakan awal-awal ke. Cara dia macam nak marah sahaja. Tak kan aku nak bawa duit tunai tu dari KL, bahaya kot!

Mas kahwin yang kita orang bawa tu pun puas aku sembunyikan elok-elok dalam beg (beg tinggal dalam bas masa bas berhenti di R & R kan!). dia cakap lagi ada satu bank sahaja di Rantau Panjang tu. dia siap cakap, "patutnya kena bawa siap-siap" padahal aku dah beritahu aku datang naik bas dan tak ada kenderaan. Dialah kena faham kan! 

Risiko kot untuk aku sebab kita orang naik pengangkutan awam bukannya kenderaan sendiri. Kalau dengan Mr.A okey lah sebab dia ada kereta sendiri. Dia cakap lagi suruh gi dekat Petronas tapi kena jalan jauh sikitlah. Kelam kabut kita orang berdua jalan kaki pergi cari ATM. En.S tanya dua tiga kali au okey tak nak jalan jauh ni. Aku penat tak? Aku oke tak? 

Punyalah laju kita orang berjalan cari ATM berpandukan Google Maps yang kita orang cari. Malam semakin berjalan dan suasana sunyi sebab gelap dan tak ramai orang yang lalu lalang kan. Aku takut-takut juga. Bila dah jauh berjalan tu, dekat 1km lebih rasanya kita orang nampak ada ramai orang. Ada restoran dan gerai-gerai kecil makanya malam dekat situ agak 'hidup' sikit.

Berpeluh-peluh aku berjalan dan dekat ATM RHB tu pula ramai orang beratur dan panas lagi tambah peluh kah. EN. S tunggu kat belakang sikit. Aku kena buat 4 kali pengeluaran sebab setaip kali keluar hanya boleh RM1000.00 sahaja. Selepas berjaya eluarkan duit untuk bayar kepada agen tu esok, kita orang jalan perlahan-lahan untuk balik dan singgah di gerai yang jual macam cekodok. Aku tak nak beli tapi En. S yang nak singgah dan dia nak cuba kan, beli lah juga tapi aku dah tak mood nak ambil gambar ke apa. Balik dan makan sahaja cumanya kuah cili dia sedaplah. Kuah cili ala-ala Thai tu kan!. 

Kak Sal mesej aku tanya aku jumpa dah pergi ke? Pukul 10.10 malam aku jawab yang aku dah pergi (tapi bukan tempat yang dia suruh tu), aku cari sendiri kat tempat lain keluarkan duit yang dia nak tu sebanyak RM3,500.00. Mandi dan tidur sebab dah penat. Selamat malam semua.


23.1.2023 (AHAD)

Suasana di pagi hari yang redup. Hari yang bermakna untuk aku dan dia. Hari yang aku rasakan tak akan pernah hadir sepanjang hidup aku (dah reda pun!) Hari yang tak terlintas di fikiran aku akan hadir juga setelah sekian tahun lamanya. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik kan dan mungkin Allah merasakan aku sudah bersedia dengan semua ini.










DAH SIAP!


BERGAMBAR DULU



DAPAT JUGA PAKAI BAJU UNGU UNTUK HARI BAHAGIA AKU (KONON DULU KALAU ADA JODOH NAK PAKAI BAJU WARNA UNGU MASA BERSANDING)

BAJU BELI DEKAT JAKEL (RM100 LEBIH) + UPAH JAHIT DEKAT REMT RM150 & TUDUNG UNGU BELI DEKAT MANAN (KAWAN KAK YAM JUGA DI PANDAN KAPITAL TU) RM8 (ASALNYA TUDUNG TU RM15 LEPAS MINTA KURANG DAPAT RM10 DAN DAPAT KURANG LAGI SEBAB AKU BELI DUA HELAI DAN KAK YAM BELI TIGA HELAI RASANYA)




BAJU NI AKU HANTAR DEKAT REMY TU SURUH JAHIT - BILA DAH SIAP INGATKAN DAPATLAH DISKAUN SEBAB DIA TAHU AK KAWAN KAK YAM KAN TAPI HAMPEH! KENA RM150 KAU, TERKEJUT AKU MASA NAK BAYAR! BAJU NI KENA ALTER JUGA SEBAB GEDOBOK SIKIT.

KAIN UNGU NI AKU BELI LEBIH KURANG 10 TAHUN DULU ATAU MUNGKIN LEBIH DEKAT JAKEL. MASA TU PERGI DENGAN MAK, ADIK DAN ANGAH SEBAB ANGAH YANG TAHU JALAN NAK KE TAMAN TAR TU. KEBETULAN ADA JUALAN MURAH DAN DAPAT DISKAUN JADINYA AKU PUN BELI KONON NANTI KALAU ADA JODOH BOLEH BUAT BAJU BERTUNANG SEBAB AKU SUKA WARNA NI KAN. 

KALAU NIKAH KAN SELALU ORANG PAKAI BAJU WARNA PUTIH. SIMPAN PUNYA SIMPAN DAN MEMANG AKU TAK JAHIT PUN SAMPAILAH BILA DAH SERIUS DENGAN MR.A DULU. KAIN LACE DAN KAIN KOSONG TU AKU BELI DALAM RM100 LEBIH JUGA RASANYA SEBAB NI JENIS KAIN YANG MAHAL (PADA AKU DAH MAHAL SANGAT DAH MASA TU).




INAP DESA NI GUNA SISTEM LAYAN DIRI - AMBIL KUNCI DALAM KOTAK YANG ADA TU - BILIK AKU KOTAK NO.4



BESAR JUGA DAN ADA BEBERAPA BILIK DALAM NI & MASA AKU TIDUR SEMALAM DI SINI BILIK-BILIK YANG LAIN PUN ADA ORANG. NASIB BAIK ADA SETERIKA UNTUK AKU GOSOK TUDUNG DAN BAJU KURUNG + KEMEJA EN.S

KITA ORANG CHECK OUT SEKALI SEBAB BILIK TU ADA ORANG LAIN NAK MASUK - PALING LEWAT PUN PEMILIK INAP DESA TU BAGI SAMPAI PUKUL 11.30 PAGI SAHAJA (PATUT PUKUL 11.00 PAGI) - AKU PUN LUPA NAK MINTA DUA HARI SEBAB KITA ORANG BALIK KL MALAM NANTI. BUKAN ADA KERETA PUN NAK PERGI JALAN-JALAN DEKAT RANTAU PANJANG TU KAN DAN AKU TAK BIASA DEKAT SANA KAN. EN.S LAGI LAH TAK TAHU APA SEBAB DIA PUN TAK PANDAI CAKAP MELAYU, SEMUA PADA AKU LAH!

MASA NI TENGAH TUNGGU EN.ARIL, ABANG KEPADA KAK SAL AGEN NIKAH TU SAMPAI. NI KALI PERTAMA DAN TERAKHIR AKU PILIH KAYANGAN INN NI.

NI KERETA EN.ARIL, AGEN YANG NAK BAWA KITA ORANG TU

Aku tak dapat nak snap muka En.Aril ni (langkah berjaga-jaga) dan En.S macam nak marah aku. Lepas tu berita yang mengejutkan ialah EN.Atil tu cakap yang aku dan En.S tak boleh bersekali. Kena guna jalan yang berasingan dan aku kena masuk sendiri melalui Imigresen Malaysia! Aku mana tahu! Bukan pernah pergi pun kan! 

Patut kau sebagai agenlah yang kena uruskan kemasukan aku di sana bukan aku kena uruskan sendiri. Aku bayar kau mahal kot! Bukan kau buat apa pun, dari KL ke Kelantan aku sendiri walaupun aku dah cakap saya tak ada kenderaan, penginapan pun aku yang cari sendiri dan sekarang kena uruskan sendiri dengan pihak berwajib Malaysia dan Thailand manakala dia bersama En.S akan masuk melalui pintu lain. 

En.S dah marah aku. Bukan salah aku sebab aku dah tanya banyak kali dengan Kak Sal tu. Aku nak tahu prosedur sebenar untuk pergi sana tapi bila tanya dua tiga kali dia pula macam nak marah. Dia cakap nanti dah sampai sana (masa nak nikah tu) tanya Abang dia macam man cara sebab Abang dia yang uruskan. Kalau aku tahu dari awal prosesnya macam ni, memang aku tak akan guna khidmat dia sama sekali! 

Lebih baik aku tunggu dan cari agen-agen lain yang mungkin lagi okey. Aku cari juga dekat FB, IG dan TikTok  tapi ada pula jumpa mana-mana agen untuk perkara yang sama. Bukan aku tak cari tapi tak jumpa. Macam kena tipu pun ada juga. Bak kata pepatah kan nasi dah jadi bubur dan kita orang pun dah sampai sana kan. Duit pun dah banak habis dengan beli tiket bas dan bayar penginapan jadi kita orang teruskan juga. En.S ni jenis penakut dengan undang-undang. Takut itu takut ini lepas tu nak marah aku! Kau pun tak nak cari maklumat ke apa, semua nak harapkan aku!

No comments: