Saturday 11 March 2023

KENANGA & MALAM APC (3.3.23) & KENANGA LAGI (10.3.2023)

3.3.2023 (JUMAAT)
Kak Atie PS ajak aku gi Kenanga sebab dia nak cari baju baharu untuk pergi Malam Anugerah Khidmat Cemerlang jadinya pergilah kita orang berdua sahaja.


JALAN-JALAN TERJUMPA PULA KEDAI BLAUS MURAH - SEHELAI RM10 DAN RM20! AKU PUN CUBA 2-3 HELAI DAN AKU BELI 3 HELAI = RM40 DAN KAK ATIE AMBIL SEHELAI. AKU AMBIL GAMBAR MANALAH TAHU NANTI NAK PERGI LAGI KAN!


HASIL BELIAN AKU = JUMLAH SEMUANYA RM200

3 HELAI BLAUS NI HANYA RM40



RM39.90 KIRA RM40 LAH. KAK ATIE PUN BELI JUGA DUA HELAI WARNA EMERALD GREEN DENGAN ROYAL BLUE KE DARK BLUE ENTAH...TAPI WARNA BIRU GELAP LAH

DAPAT JUGA BAJU DENGAN TEMA YANG APC NAK - BLACK & GOLD (RM80)

SELUAR NI 3 HELAI RM40



Dan dua tiga hari lepas tu Kak Atie mesej aku beritahu baju yang dia beli tu besar pula dan dia nak tukar minggu depan. Aku cakap boleh lah kalau nak saya temankan. Dan ada Jumaat berikutnya dengan Kak Yam dan Kak Fela pun ikut sekali. Berempatlah semuanya dan kita orang naik kereta Kak Atie.


10.3.2022 (JUMAAT)

Kali ni aku tak beli apa pun sebab tak ada yang berkenan dan saiz...hihihi. Lagi pula bergi ramai-ramai ni kan nanti sorang ke sana sorang ke sini dan hilang! Nak cari lagi. Dah lah Kenanga tu besar dan berpusing-pusing. Kalau dah nampak baju ke dress ke seluar ke baik ambik gambar kedai sebab kadang tu memang tak jumpa balik dah kedai tu macam mula-mula aku pergi dengan Kak Atie. 

Masa tu baju aku dah jumpa dan nak cari baju untuk Kak Atie dan kebetulan tema baju raya famili Kak Atie warna hitam. Dah jumpa satu kedai tu lepas tu cakap nak tengok kedai lain pula. Sudahnya bila nak cari balik kedai tu, memang tak jumpalah! Kak Atie pun tak ada ambik gambar kedai dan nombor kedai tu. Akhirnya Kak Atie beli kat kedai lain.

Kali kedua ni aku cuma beli 4 biji kerongsang (RM10) dan sebentuk cincin dengan harga berapa ye...rasanya RM10 kot. Aku tengok cantik je kan! Boleh lah nak buat cantik di jari jemari ku ini....hehehe





CANTIK KAN!

BOLEH LAH NAK BUAT PAKAI GI JALAN-JALAN KAN!

No comments: