Saturday 4 March 2023

AKU KAHWIN - BERANGKAT KE KELANTAN (SARAPAN DENGAN FAMILI DAN NAIK BAS SANI EKSPRES)

 

Pagi-pagi lagi kita orang dah bangun dan lepas bersiap dengan pantasnya, semua sekali bergerak ke Desa Pandan sebab kita orang nak jumpa mak dulu sebelum berangkat ke TBS (lupa nak cakap di entri yang awal, terima kasih kepada Aleeya (anak Kak Yam) yang tolong beritahu laman sesawang untuk beli tiket bas. Kebetulan dia memang belajar di Jeli, Kelantan dan memang selalu lang alik KL-Jeli dengan naik bas jadi dia dah tahu macam mana nak tempah tiket bas secara dalam talian.

Adik, Iqa dan Iman gerak dulu sebelum kita orang. Masih ada saki baki sentap En.S kepada aku. Lepas dia orang sampai dan letak barang dan bawa Mak ke Restoran Mamak Bistro (nama dulu lah!) dan masa ni aku dan En.S dah sampai. Selepas order makanan dan minuman adalah borak dan Mak doakan perjalanan kita orang dipermudah dan dalam masa yang sama En.S mesej aku tanya nak bagi ke duit belanja dekat anak buah aku yang dua orang tu dan aku cakap tak payahlah.

Dulu masa pertama kali dia jumpa Mak dan Adik pun, dia bagi duit dan coklat siap masuk dalam sampur raya lagi. Memang itu cara dia kot. Kita orang pun tak boleh lama-lama sebab nak gerak ke TBS dan ini pengalaman pertama aku dan dia naik bas ekspress. Aku pun tak pernah pergi ke TBS nanti tak tahu kita tanyalah petugas dekat sana.

Lepas dah makan dan booking Grab, dia suruh aku gerak dulu sebab dia nak cakap sesuatu dekat Mak dan Adik aku sebagai penterjemah. Aku pun tak tahu dia nak cakap apa. Selapas tu kita orang berdua gerak ke TBS.

PAGI-PAGI LAGI ADIK DAH BAGI AKU SURAT






NANTI ALANG BACA YER!




AKU, EN.S DAN MAK - PAKAI SEDONDON LAGI



YANG HADIR



ADIK TENGAH BORAK DENGAN EN.S


AKU SURUH IMAN AMBIL GAMBAR




DAH AMPAI TBS DAN SEKARANG TENGAH TUNGGU BAS SANI EKSPRESS - TIKET PUKUL 9.30 PAGI DAN TENTUNYA KITA ORANG SAMPAI AWAL. RAMAI JUGA ORANG DAN RAMAI WARGA NEGARA ASING (MUNGKIN NAK JALAN-JALAN KOT).

BILA NAMPAK SEKUMPULAN LELAKI PAKISTAN MASA KITA ORANG NAK CARI TEMPAT DUDUK, EN.S  TARIKH BEG AKU TAK BAGI JALAN DEKAT-DEKAT DENGAN DIA ORANG. SABAR SAHAJALAH, DAH NAK JADI LAKI KAN!



BUKAN MAIN BERSWAFOTO YER - DIA DAH DATANG UNTUK TOLONG BAWA BEG


BAS DATANG TEPAT PADA WAKTUNYA DAN BAS KITA ORANG DUA TINGKAT DAN AKU PILIH YANG BAHAGIAN BAWAH.


DIA BOLEH SNAP GAMBAR NI MASA AKU TENGAH TIDUR (TAK LENA PUN) DAN MESEJ ADIK AKU. DI CAKAP BOLEH TAK DIA NAK TOLAK AKU JATUH DARI BAS DAN ADIK CAKAP MANA BOLEH...NI GURAU-GURAU JE....

TERLENTOK PULA DAN TAK BERSENTUHAN YE KAWAN-KAWAN....

No comments: