Monday 28 February 2022

28.2.2022 - TIMES SQUARE BERSAMA ANAK BUAH (IQA DAN MUHD) & SEPUPU (AMAN)

Adik aku ajak pergi Times Square (Ts) lepas aku balik kerja nanti. Dia dah janji dengan Aman (sepupu kita orang) nak jumpa dekat sana. Aku pun ok je dan balik kerja nanti aku terus ke sana.



ADIK MINTA AKU TAIPKAN UNTUK DIA

Aku sampai TQ, Adik dah ada dekat kedai Panda Eyes dan aku terus naik atas pergi cari dia. Dia tengah leka dan tak sedar aku berdiri kat belakang dia.

COMEL TAK? HAHAHA....


IQA DAN MUHD DATANG LEWAT - MAKAN KITA ORANG DAH SAMPAI BAHARU DIA ORANG DATANG.

AMAN DAN MUHD - AMAN TAK BAGI MUHD PANGGIL PAK CIK (KALAU IKUT PANGKAT KENA PANGGIL PAK CIK AMAN LAH!)...HIHI


SEBELUM BALIK

DARI KIRI: AMAN, ADIK, IQA & AKU
DEPAN: MUHD




KITA ORANG MAKAN MAKANAN KOREA DEKAT SINI



HARI ISNIN - DENGAN BERBAJU KORPORAT AKU DI SANA...

3 BERSEPUPU - PALING MUDA TENTULAH AMAN












ADIK DENGAN IQA BELI AIR BUAH - BOOST


COMEL KAN BEG NI?

YANG UNICORN PUN CANTIK JUGA?


BELI BAJU NI KAT KEDAI APA ENTAH. ADIK CAKAP KAWAN DIA, HAMIZAH PERNAH BELI BAJU DEKAT SINI DAN KITA OANG SINGGAH TADI. CARI PUNYA CARI DAPATLAH SEHELAI BAJU NI UNTUK AKU (KONON BOLEH PAKAI MASA AKU KELUAR MAKAN DENGAN MR.A NANTI :p) - RM30 KALAU TAK SALAH AKU

BELI BEG WOVEN NI LAGI DENGAN HANDPLAST (GUNA UNTUK OPIS MASA BUKA PETI SEBAB HARI TU TANGAN EN.KAMARUL  (JPB) BERDARAH KENA UBAT STAPLER KAT DOKUMEN YANG TAK DILEKAT DENGAN MUSKING TAPE - BONGOK! BANYAK KOT DARAH!)

BELI KASUT SARUNG - YANG MR.A BELIKAN TU KETAT WALAUPUN DAH CUBA PAKAI SEBELUM BELI HARI TU. SAKIT IBU JARI SEBELAH KIRI KAKI AKU BILA PAKAI DAN YANG BELAH KANAN TU OKEY SAHAJA



DALAM RM70 JUGA AKU BELI KASUT NI - MINTA-MINTA SELESA LAH AKU PAKAI KASUT NI!

Saturday 26 February 2022

COVID-19 - KENALAN FB & INSTAGRAM (BHGN 7) - ADAMS LEE, RASHID, RAZAK SAM

ADAMS LEE
38 TAHUN /  ROMANIA
+65 8341 5482

8.8.2021 - DIA LETAK GAMBAR AKU DEKAT STATUS DIA



Dia dm aku dulu dekat IG. Borak-borak, dia cakap famili dia duduk di Singapura, ada 1 kakak (43 thn) dan 1 adik perempuan (32 thn) tapi bila dia begi gambar nampak macam orang Indonesia. Lepas tu tanya aku percaya tak dengan hubungan jarak jauh? Aku cakap tak tahu dan aku tak pernah fikir pun pasal tu.

Lepas tu dia boleh cakap, "From the very first day I set my eyes on you I fell in love with". Aku tanya macam mana dia boleh jumpa IG aku, dia cakap dia kemas kini gamabr dekat IG dia dan ternampak gambar profil yang cantik. - Ye lah tu cantik...Dia tanya aku dah ada bf ke sekarang ni? Saja aku balas nak jadi bf aku ke?

Borak-borak kemudian dia cakap, "Will you accept man like me as your bf. Give a key to your heart and soul I promise ti keep it safe. I promise to make you the happiest woman on earth if you accept to be my love."

Dua tahun lepas dia ada gf tapi dia kena tipu (katanya lah!) Lepas tu sibuk tanya nak jadi bf aku...baru kenal berapa hari je kot. Kau yakin ke kau suka aku? Temberang je lebih ni...

"Love is sacrifice, Love is pain, love is patience, love is sharing and love is having trust, loyalty, humility, honesty and support of each other." - bukan main kau mengayat aku eh...
"Can I call you sayang"  - aku bagi emoji terkejut
"Can I yes or no. Honey" - panggil aku honey pula - aku cakap, "Just you and I...ok what."

Dia cakap dia hilang ayah dia masa dia umur 7 tahun dan pak cik dia bawa dia ke Eropah (lebih kurang sama dengan cerita Ryan Daniel tu kan!), sekarang dia duduk sorang, dia nak gf sebab mak dia selalu suruh dia cari gf. Lepas tu tanya kenapa aku asyik 'reject' dia. "Just accept to be my wife I promise to visit you in Malaysia now."

Dia tak merokok, tak minum alkohol, tak pergi kelab malam. Lepas tu hobi dia berlambak-lambak. Tanya warna yang aku suka, dah berapa hubungan yang aku dah terlibat dengan 'online dating'?, aku xada bf sebelum ni?

2.8.2021 - Dia tanya gaji aku berapa? Tanya bila aku nak terima dia jadi bf?.Dia cakap dia perlukan wanita Muslim macam aku. Borak-borak lepas dia cakap ILU. Tak lama lepas tu dia telefon tapi aku tak jawab lah. Bila tanya, dia cakap dia nak cakap dengan gf dia.

3.8.2021 - Dia cakap dia nak gambar aku hari-hari. "I want to see your beautiful face everyday and I will give you mine too."

Dia cakap dia tak chat dengan perempuan lain kat WA. "Today will be the last day I will force you to be my gf." Tanya muzik apa yang aku suka. Aku cakap nak kawan je dulu. Dia cakap dia kena beritahu mak dia yang dia masih 'single'. Aku surh mak dia yang carikan tapi dia kata famili dia tak kan carikan untuk dia.

Boleh pula dia tanya aku kalau aku ada peluang untuk buat 3 pilihan, apa yang akan aku pilih? Cakaplah tak tahu, tak boleh nak fikir sekarang. Dia balas, kalau dia lah, dia pilih diri dia anak dia dan pasangan dia. - kau nak suruh aku terima kau kan! Di ulang balik cakap aku 'reject' dia.

Aku tanya kenapa aku tak boleh tengok IG dia? Dia cakap dia tak boleh buka IG dia.

4.8.2021 - I miss you. I want to call you video call so you will believe me and accept me.
8.8.2021 - I miss you an your pictures. Can you please give me your picture tomorrow morning. Lepas tu ada emoji Love banyak-banyak...kemudian ada chit chat lagi dan tak cukup tu dia kata, "But still waiting for the day you will accept me." "Please just open up."
Aku - You don't have gf over there
Dia - No. Just you. Do you want me to post your picture on my status.
Aku - Really - lepas tu panjang berjela dia hantar pasal ayat-ayat cinta kat aku. Tak lama lepas tu dia cakap dia dah post gambar aku. 
Aku -  Really. But I can't see it
Dia - Do you save my number
Aku - Yeah
Dia - You didn't save my number because if you post I can't see.
 
Tanya suka 'surprise' tak? - No
Why - I don't like surprise...I don't like gifts
Honey me too. Some one like it.
A friend of mine her gf ask him to buy her iPhones. - Oh...ok
I don't to do that for a woman. Do I look like a liar or a cheetah - aku jawab, "Maybe" & emoji senyum tutup muka.
I dont want to be a cheetah or a liar anymore. Everyone reject me. Before I met you here attracted almost 5 beautiful girls. Now I'm with Raihan she still reject me. If you don't accept me I will not look for another person again. I stay single forever. I have close my IG already. I will close my WA soon. Dia bereya-eya nak aku jadi gf dia, kenapa aku masih 'reject' dia

9.8.2021 - 
What more do you want from me. Do you want my blood before you accept me. - Aik, kenapa cakap macam tu pula kan! Bukan aku yang nak jadi gf kau pun! Lepas tu borak-borak kemudian,
"Can you message me tomorrow morning if you are awake. I want  too see your morning message. Don't forget to send a picture of you in the morning." - Mesej dengan dia sampai dekat pukul  1 pagi.

9.8.2021 - Paginya tu aku mesej dia...wish good morning.
Dia reply - I'm so happy. You are so beautiful honey dan ada sticker, muah...hahaha...suka hati je kan! Dia cakap mak dia uruskan beberapa syarikat  sbelum ayah dia meninggal. Ayah dia ada 3 syarikat di 3 buah negara (South America, Singapura). Ayah dia ada syarikat dan dia pun nak ada syarikat sendiri. "Will you love to marry a man who do business." - aku jawab, "Insya Allah with Allah permission."

Aku bagi gambar, lepas tu dia letak kat status dengan caption, 'Can't wait to call you my wife'. Dia cakap kalau aku tak suka dia akan padam tapi aku cakap tak apa. Nanti dia akan padam sendiri (24 jam je kan!) Dia hantar lagu pula kat aku. Lagu Indonesia, Everything I Need (Randy Pangalila). Dia fahamlah bahasa Indonesia kan!

10.8.2021 - Dia cakap dia nak buka IG baharu sebab aku tak nak jadi gf dia. Dia cakap kita jumpa pada 31 Julai (di IG) dan aku masih nak masa lagi. Dia cakap dia dah beritahu mak dia pasal aku dan mak dia asyik tanya pasal aku (ye ke?). "ILU. I keep asking you to be my gf everyday. You keep rejecting me."

Lepas tu dia bagi ayat-ayat cinta dia, sebelum dia cakap, "Can you say yes please. I promise to make you happy." Lepas tu aku cakaplah yang aku tak nak apa-apa hadiah dan jangan minta duit daripada aku sebab aku dah ada pengaaman sebelum ni. Boleh tak dia janji dengan aku? - YES
You have accepted me now - aku hantar emoji 'mini love' (aku hantar je bukan bermakna aku percaya kat dia)

11.8.2021 - Dia nak gambar dan aku bagilah gambar aku pakai baju kurung kelabu yang bermanik (Kak Safura yang jahitkan) dan gambar ni juga gambar pertama aku hantar dekat Mr.A di WA. - dia balas, " Wow you are so beautiful" dan dia hantar banyak emoji love...dia pun ada bagi gambar dia kat aku. "Honey can you say I love you to me" - ewah-ewah....

"My love I we request a acation to visit your country and spend time with you." - aku balas sekarang kan pandemik, tak kan nak datang sini (kalau betul dia nak datang!) Aku cakap tunggulah lepas pandemik, dia tak nak. Dia cakap, "I want to be with you soon"

12.8.2021 - Good morning honey. I miss you. I love you. Lepas tu macam-macam ayat manis yang keluar (aku paling cantik kat bumi lah, aku cantik lah, aku buat dia gembiralah). Tiba-tiba tanya aku right-handed or lef-handed.

Memang hari-hari dia mesej aku, dia akan cakap ILU kat aku dan aku eya kan sahajalah. Lepas tu panggil aku honey, honey, honey....aduh! 

16.8.2021 - Dia tanyaboleh ke dia nak datang sini melawat aku? Aku jawab, boleh tapi bukan sekarang lah. dah chit chat bagai tiba-tiba dia tanya, boleh tak dia gunaka nombor telefon  aku untuk IG baru dia/ Aku jawablah tak boleh dan kenapa? Dia boleh cakap yang dia dah pun guna nombor aku dan tak lama lepas tu aku dapat kod dekat mesej aku.

DIa minta kod tu dan aku tanya kenapa tak tanya dulu sebelum guna? Dia cakap dia beritahu (tu lepas kau dah guna bongok!) IG kau ada masalah tu bukan masalah aku kan sampai nak kena guna nombor telefon aku pula! Tak bolehlah macam tu. Dia cakap dia guna sebab dia tak ada orang lain. Alahai, kawan-kawan kau tak ada ke? Tak pun adik beradik kau kan ada. 
Dia - Please you have to help me dan lepas dah bersoal jawab tu dia cakap,
"You don't love me. You know my IG just go away like that and this is my opportunity to take it back. Just a little help you can't. - Aku cakaplah maaf sebab tak dapat tolong dia lagipun tu nombor telefon aku kot!
"How can I believe you again. I don't need they help (bila aku tanya kenapa tak minta tolong kawan dia). I need your help."

Lepas tu dia ada mesej macam biasa dengan ayat rindu-rinduan dia tu.

18.8.2021 - Eh, dia tanya lagi pasal nombor telefon aku untuk buka IG baharu dia. 
22.8.2021 - Last mesej dengan dia sebelum dia senyap je.
7.9.2021 - Aku tengok kat status dia, "Happy birthday to me" dan aku pun 'wish' lah dia - Happy birthday to you. Many happy returns.

Dia balas, "Thanks. I miss you."
Aku tanyalah kenapa tak WA
Dia cakap, " I think you don't love me. No matter how far you go, you'll remain close to my heart. I love you, darling. " - dah darling pula
Lepas tu aku tanya ada telefon famlii dia tak? - Dia cakap ada
Dia tanya, "I miss you. You miss me. Dia bagi bunga ros kat aku 2 kuntum dan lepas tu tak ada mesej lagi.

Masa aku tulis entri ni, aku dapati dia masih lagi tengok status WA (kadang-kadang bila aku ada post) cuma tak tahulah dia ke orang lain yang guna nombor tu kan!

MULA CHAT DI IG: 31.7.2021
MULA CHAT DI HP: 1.8.2021
AKHIR CHAT: 7.9.2021
PANGGILAN: HONEY, DARLING
SEBAB: TAK BAGI KOD UNTUK BUKA IG BARU UNTUK DIA

*******************************************************************************

RASHID ABDULLAH
42 TAHUN / EXPERTRATE WORK FOR PETRONAS (OFFSHORE) / PAKA, TERENGGANU
TEL: +1 (315) 667-2009

Mula start chat di FB tu pada 5.3.2021 dan pada 19.3.2021 dia minta nombor telefon aku nak WA, aku tak balas. Aku diam je dan pada 1.5.2021 aku yang mesej dia balik. Aku tulis Hi dan dia balas pada 20.5.2021 (aku ingat dia tak kan balas).

16.6.2021 - Dah lema senyap  aku mesej tanya khabar dan esok baharu dia balas. Senyap balik.
29.6.2021 - Dia mesej dulu tanya khabar aku dan aku balas dan bila aku tanya dia kerja ke? Senyap dan pada 10.7.2021 baharu dia balas balik beritahu dia travel for offshore. Kemudian baharu dia minta nombor telefon aku.

10.7.2021 - Apa kabar cantik Nor. Aku jawab kemudian dia tanya "You dah makan malam."
Dia beritahu dia duda ada anak sorang, isteri dia dah meninggal (dah 2 tahun). "Do you have any relationship. I would like us to build relationships. I really admire you. I have stay Malaysia 1 years now. Anak dia dengan adik dia, Khadijah (34 thn) dekat New York, USA. Mak dia dari Jasin, Melaka. Ayah dia dari Turkey. Masa ni kat Selangor PKPD. Aku cakap aku tak pernah sampai Paka.  Dia jawab, "Ok I will invite you after the open lockdown."

11.7.2021 - Dia kerja 3 tahun dekat sini. Dia kata, "If we luckily we are married." Lepas tu cakap, "Will your family accept me"
Accept you for what
Like excepting me by your mom and dad as their son in law. Dia cakap dia suka budak perempuan - aku suruh kahwin cepat 
"Yes I love girls child. Yes you will give me baby girl." - aku bagi emoji gelak je
What is my sayang doing
Who's your Sayang?
Norrehan
Hahaha....my full name

12.7.2021 - Assalamualaikum. Selamat pagi Sayang Nor. Borak pasal tempat kerja (pasal Covid-19 kan!)
Selamat malam Sayang Nor. Aku pun jawab good nights to you. Sweet dreams.
You too sayang. Hope you don't chat others.
Why.
Because you are my sayang - ye lah tu kan! suka hati je!

13.7.2021 - Dia tanya aku dah sarapan ke belum. Bila aku tanya dia, dia cakap dia puasa. Dia nak puasa 3 hari. Dia cakap dia selalu puasa = "Yes I do for Allah to ease my work and make things go smooth." Dia cakap dia puasa pada setiap awal bulan.

15.7.2021 - Dia tunjuk cek dia dapat...masa dia tunjuk tu aku dah agak mesti dia nak kan sesuatu ni. Tiba-tiba dia tanya aku berapa hari nak 'clear' cek kat sini. Habis tu selama hari ni kau dapat cek kau buat macam mana. Kenapa sekarang nak tanya aku?

18.7.2021 - Selamat malam cintaku. Esoknya,  Assalamualaikum.  Apa khabar Sayang Nor. Borak macam biasa, dia tanya plan aku raya ni...nak buat apalagi kan duduk kat rumah sahajalah! Aku tanya dia suka makan apa bila raya. Dia jawab, "Rendang ayam @ daging."

19.7.2021 - Bagi salam. Selamat pagi cintaku. Dah tanya khabar bagai dan borak,
Dear please I want to ask you for something. - masa ni aku dah berdebar dah. Episod lama jadi lagi ke?
Ask what
The cheque I submitted bank said 7 days because it foreign currency. And my homestay owner disturbing so badlt.
Ok
If I can lend little money definitely Monday I give back to you.

Aku cakap, beritahu tuan rumah minta tangguh beberapa hari.
"He want to kick me out that is why I ask you. I can pay you double pls.  - aku tak balas mesej dia
If because of this you are silent then it ok.
Am sorry...I can;t help you. Selamat berbuka puasa.
Tk
What did you eat?
I am stranded now
Am so sorry about that - bukan salah aku pun tapi aku cakap je maaf. Selama ni bila cek ko tu lambat tuan rumah kau tak ada nak halau ke, sekarang pula nak halau sebab kau nak duit aku kan!

20.7.2021 - Aku mesej dulu, tanya khabar dan dia jawab,
What reaction do you expect from me when I told you my condition yousaid you can't help. So you expect me sad been thrown out th chat about what.
Lepas tu dia cakap tak ada orang yang nak perkara buruk trjadi dekat dia orang. Anyone can fall for temptation. If you are in my shoe I would not abandon you because we are human. Money can come and go but the life you help will never forget you. - bukan main panjang dia bercakap.

21.7.2021 -  Aku cakap kalau dia kat tempat aku, tak kan kau nak pinjamkan duit dengan orang yang kau baru kenal. Mungkin aku yang berfikiran sempit.
Dia -  It okay since you think I am too poor to run away because of little money
Aku - Maybe for you little money. I have experience before
Dia - It okay since you don't trust me I understand.
Aku - Sorry can't help you. Hope your problem will solved ASAP. I know you won't messages me after this...so I wish you all the best. - memang betul pun, mana ada dia mesej aku lagi lepas tak bagi pinjam duit.

Akaun dia di FB ada lagi dan dah tukar gambar profil (sehingga entri ini dicoretkan).

15.7.2021 - INGAT AKU NAK PERCAYA KE DENGAN CEK NI?


MULA CHAT DI FB: 5.3.2021 (CHAT SEKEJAP LEPAS TU SAMBUNG PADA 18.5.2021)
MULA CHAT DI HP: 10.7.2021
AKHIR CHAT: 21.7.2021
PANGGILAN: MY SAYANG, CINTAKU
SEBAB: TAK BAGI PINJAM DUIT - NAK BAYAR SEWA RUMAH

*******************************************************************************

RAZAK SAM
TEL: +1 (412) 324-2495



24.7.2021 - Borak macam biasa masa mula-mula kenal. "The time I set my eyes on you. You got my attention with your beautifu eyes. I don't like lies at all so I never lie to you I promise you."

25.7.2021 - Tanya pasal 'onine relationship aku, ciri-ciri lelaki yang aku nak. Dia cakap dia nak hubungan yang serius bila dia join FB tu. Dia cakap I'm a religious man and I practice Islam lifestyle. Dia kata dia anak sulung dan ada 3 adik lelaki.Dia cakap dia tak buat benda-benda yang tak elok (party, mabuk semua tu lah), dia kaki gym. Dia cakap adik di dekat Singapura dan ada yang bekerja sebagai agen rahsia untuk kerajaan Singapura (boleh percaya ke?)

Dulu dia ada awek dan dah putus 3 tahun lalu sebab perempuan tu curang dengan dia. Curang lagi? Lelaki yang sebelum ni aku kenal pun macam tu juga kan!

26.7.2021 - Dia cakap, "Wow you are looking beautiful today." - bila aku bagi gambar selfie. "You have beautiful eyes and also a nice smile. Why don't yu have a man yet? I don't think you should be single."

"You have a beautiful face and a good heart you should have a man in your life by now. Or do you think we are destined by Allah to be together? Cause I've been single for years now so are you."

"What do you want in a man?" - aku cakap ciri lelaki yang aku nak. Semua yang aku nak dia kata dia ada ciri tu...hahahasiap cakap kewangan dia stabil, tak curang, tak menipu. Bukan main dia mengayat aku dengan ayat-ayat manis. Lepas tu dia ckap dia tak nak perempuan lain (bila aku cakap kenapa tak chat dengan perempuan lain). "I have found you and I know you will be better for me."

Dia tanya aku rindu dia tak masa kat tempat kerja? Aku tanya dia balik? Dia cakap, "Of course I do."

"Goodnight dear. Sleep tight and sweet dreams. Going to miss you really much dear."

27.7.2021 - I missed talking to you dear. Lepas  tu dia hantar beberapa gamber dia kat gym. Memang sado lah! Aku tanya siapa yang ambil gambar dia? Dia cakap kawan dia yang tolong ambik kan gambar. Kemudian dia tanya aku takut ke nak ada hubungan dengan dia? Aku tak balas dan chit chat benda lain. Tak lama lepas tu dia tanya lagi pasal ni dan aku jawablah yer...adalah takut sikit.

Dia nak telefon aku tapi line kat sana tak berapa ok. Bagus lah dia tak telefon aku. Tanya lagi, "Are you sure you are ready for a relationship. Cause right now I am ready for a relationship. Aku jawab, "Ok...I can try".

"Thank you. I will make sure you are the happiest woman ever. Once I'm done with my contract I'm coming to Malaysia to come and marry you. I'm almost done with the payment of my house there." Nak telefon lagi tapi aku cakap nanti. Dia dah dapat vaksin Pfizer dan dah selesai 3 dos. Dia cakap, "I wokr for the government so I get those vaccines anytime I need them. Although it do sign some documents before they hand it over to me."

Borak punya borak dan nak tamatkan chit chat,
"Goodnight baby sweet dreams my pretty sweetheart." - amboi, bukan main kau punya ayat manis yer!

28.7.2021 - Dah bagi salam dan tanya khabar, dia cakap"
"I'm having difficulty upgrading the system I got from Malaysia." Lepas tu dia ulang lagi sekali sebab aku tak respon kan!
"I don't know why it's now it brought this issue up. It say it needs some amount of gifts card to upgrade." Ni nak minta duit aku lah ni kan! Bukan aku tak tahu.
"Google play card wortd of 500 MYR. Mind helping me get it once it's upgraded I pay you back." Aku baca tapi tak balas pun. Dua jam lepas tu dia mesej balik, "Hello dear?"

29.7.2021 - Aku beritahu yang semalam aku dah tidur awal. Dia balas, "I told you to assist me with 500 MYR you haven't responded yet. What's taking you to long?" Lepas tu dia asyik cakap yang dia perlukan duit tu untuk upgrade sistem dia punya. Siap minta nombor akaun aku sebab lepas dah selesai dia akan bayar balik duit aku tu! Dia siap tunjuk contoh kad tu dekat aku padahal aku dah tahu sebab masa chat dengan si Khalish dulu, dia pun pernah minta aku belikan kad tu untuk dia.

30.7.2021 - Dia chat dulu, dia baru balik kerja dan letih sangat (katanya) dan dia minta gambar aku. Aku cakaplah aku tak pakai tudung (dia dah bagi gambar dia dengan bath robe nampak dada sado dia tu. Dia cakap tak apa, bagi je dia tengok. Eh, kau kata kau hidup ikut cara Islam tapi minta gambar perempuan tak bertudung. Lepas tu tanya pasal kad yang dia minta aku belikan tu. Aku cakap hari ni aku tak keluar pergi mana-mana. Dia cakap ok tapi esok tolong belikan untuk dia.

2.8.2021 - Dia cakap, " I've been out for days and I didn't get any message from you why? Dia cakap aku online tapi tak mesej dia pun. Dia cakap lagi bukan dia tak bayar balik nanti kat aku. "For just 500 MYR. You can't help me dan sekarang dia ada dekat Dubai (keja katanya). 
Aku - Maybe for you the amount not big
Dia - You should have told me how much you can afford. You just brought up excuses and you hurt me so much.
Aku - Of course not...that not the excuses
Dia - Made me counted on you. Trusted you and now I didn't get what I was doing. Well I'm still having some feelings for you and hoping you won't be useless this time around. I want to send you some packages to your address.
Aku - Yes I was useless.
Dia - I will get you some gifts and also some cash too. I send them to you
Aku - I dont' want. Am sorry but I don't want any gifts. Tqvm for your kindness.

Lepas tu dia tak ada chat aku lagi...

MULA CHAT DI FB: JULAI 2021
MULA CHAT DI HP: 24.7.2021
AKHIR CHAT: 2.8.2021
PANGGILAN: DEAR, BABY, SWEETHEART, HONEY
SEBAB:  MINTA BELIKAN KAD GOOGLE PLAY RM500

Friday 25 February 2022

15.2.2022 - HOSPITAL AMPANG & KEMAS BARANG OPIS + COVER TELEFON BIMBIT

Setelah hampir setahun tidak buat rawatan susulan untuk sakit mata ni (awal tahun 2021 - ramai doktor kena kuarantin sebab Covid-19 & hujung tahun pula dia orang terus bagi tarikh baru untuk tahun 2022), akhirnya aku pergi lagi. Seperti biasa memang aku selalu pergi sendiri pun.

BERATUR UNTUK PENDAFTARAN


BHGN OFTAL






DAH ADA KAFE BAHARU KAT BAHAGIAN LUAR HOSPITAL NI



TENGAH TUNGGU AIR KAT KAFE BAHARU TU


RUPANYA GLORIA JEAN'S COFFEE - MAKLUMLAH MATA DAH LETAK UBAT KAN, TAK BERAPA NAMPAK SANGAT

COVER HP SAMSUNG AKU YANG PERTAMA - NI AKU SIMPAN SIMPAN AKU PERGI BELI DENGAN ARWAH ABAH. AKU NAIK MOTOR DENGAN ABAH, ANGAN DENGAN ABG ALI DAN PERGI KE PLAZA LOW YAT SEBAB TU AKU SAYANG NAK BUANG.

KENANGAN LALU MENGUSIK HATI

KEMAS MANA YANG TAK PAKAI. AKU SUKA SIMPAN KOTAK-KOTAK GAJET SEBAB NANTI SENANG NAK SIMPAN BALIK TAPI ASYIK SIMPAN SAJA JADINYA AKU BUANG MANA YANG BOLEH.